Thursday, April 30, 2009

Tak Ada Hasil.

Janganlah jadi bangang.
Berkesan ke memaksa segolongan orang yang berumur 20 tahun belajar sedangkan rakan-rakan mereka yang lain sedang berbahagia di bilik menonton movie?
Biarlah mereka belajar on their own accord? Mereka pun tahu dengan jelas, mereka punya exam dah dekat.
Bukannya mereka ini budak bodoh.
Di kala rakan-rakan mereka sudah pulang ke rumah, mind you, rumah, bukan bilik kat hostel, mereka sedang menyumpah-nyumpah sesetengah pihak 'tertentu' itu.
Huh.
Ingat seronok ke menyumpah-nyumpah orang ni?
Apa yang korang dapat buat mereka macam ini?
Bugger. Minger. Flip, flip, and flipping hell!

Saya Suka Melawat Blok IB

Seminggu ini, saya suka pergi Blok IB!!
Hari-hari macam hari Sabtu.
Tapi, saya tahu,
Tak boleh dah.
Kerana hujung minggu ni,
hari penghujung percutian mereka.
Maka, saya tak nak lah pulak nak sengsara bersama-sama mereka.
Huhu, sori ya.
So, kena tukar aktiviti pulak, naik aras atas Amin and mencari mangsa-mangsa urutan yang lain.

Courageous?

The most blasphemous thought I've ever had, once:

I don't want to believe in a God.

Yet,

I NEED to believe in one.

Sad, sad,and corrupted mind, isn't it?

I personally believe that atheists are the most courageous people in the world.
They, knowing the fragility of themselves humans and all things related to our civilization,
dares to defy any existence or any concrete or supreme existence that govern us all.
To believe in something,what you believe must be truth in your perspective, concrete in nature and sustainable to any negative thought
that may later doubt what you believe in.
I can never understand the atheists that just believe in science.
They know that science is changing, it is a revolutionzing discipline after all.
What holds as truth can never be as flexible as that?
Like, can you imagine, today, my God is Allah, tomorrow, Buddha, the next day, Elohim??

That's why I said that atheists are the most courageous people.

Tuesday, April 28, 2009

Pandangan Wilayah Khairul Dalam Mesyuarat The Thirteen Chairs

Adapun dengan ini dimaklumkan bahawa pada akhir-akhir ini, dimasa krisis kewangan yang melanda dunia ini , kesemua wakil -wakil wilayah telah bersidang di The Thirteen Chairs dan dan Wilayah Khairul, sebagai wakil tidak rasmi, mengeluarkan pandangan berikut.

Menurut Perlembagaan TESL , Perkara 13.4,

"disebabkan Persekutuan Kejuruteraan merupakan jiran akrab Persekutuan TESL disebabkan kedua-dua negara terletak di Semenanjung A-Level , maka wilayah-wilayah Persekutuan TESL secara automatik menjalin hubungan akrab dengan Persekutuan Kejuruteraan".

Mahkamah Tinggi TESL telah menafsirkan " hubungan akrab" dengan Persekutuan Kejuruteraan sebagai pewujudan hubungan diplomatik tahap 3 (tahap tinggi) dengan Persekutuan tersebut. Namun, baru-baru ini, disebabkan tidak lama lagi, Mahkamah Majlis Kolej MARA Seremban akan dibubarkan, Persekutuan TESL dan Persekutuan Kejuruteraan telah membentuk satu gagasan yang dinamakan " Snakes" -sempena nama rasmi Persekutuan Kejuruteraan.

Dalam hal ini, Persekutuan TESL yang mempunyai nama rasmi "The Thirteen Ghosts" telah sepakat untuk tidak mempertahankan kedaulatan negara kami dan bernaung di bawah panji
" Snakes'. Namun, tidak lama kemudian, kami mendapati kepentingan kewujudan kami dalam gagasan ini agak meragukan.

Kami tidak begitu mendapat apa-apa manfaat dalam gagasan "Snakes" ini , malah kami mendapati bahawa mesyuarat-mesyuarat antara 2 negara ini tidaklah bersifat holistik atau menyentuh kepentingan sosiobudaya, ekonomi atau intelektualiti negara kami. Kebanyakan mesyuarat hanya menyentuh mengenai proses melicinkan pentadbiran Persekutuan Kejuruteraan semata, dan bagi kami, mesyuarat-mesyuarat sebegini hanya membazirkan masa dan kos, serta menunjukkan sedikit rasa kurang sopan dengan kedaulatan negara kami ini.

Kami mengakui , negara kami ini cuma kecil, cuma sekadar 13 wilayah. Tapi kami sangat berbangga kerana kami mempunyai sistem ekonomi yang berdiri dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan mana-mana negara lain, dan program intelek yang bersifat lokal atau setempat dengan keadaan sosiobudaya Persekutuan kami. Justeru, kami amat mengambil kira pada integriti Persekutuan kami.

Jadi, kami agak ragu mengenai kepentingan gagasan " Snakes". Sebilangan ketidakpuashatian juga telah diujarkan wakil-wakil sesetengah wilayah , dan ada yang sudah agak berat hati untuk menghantar wakil mereka ke Jamuan Diplomasi yang akan diadakan di Pan-Pacific , KLIA Malaysia-kerana kami tidak sedikit merasakan sedikit pun rasa bangga menjadi ahli gagasan Snakes. Walaubagaimanapun, kami mengakui bahawa hubungan antara 2 Persekutuan adalah persahabatan tradisi dan wajar dikekalkan.

Mungkin keputusan mesyuarat ini boleh menggangu hubungan antara Persekutuan, tetapi kami yakin bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua belah negara masih boleh diteruskan dengan harmoni. Yang penting, kami berharap Persekutuan Kejuruteraan boleh memahami kenapa kami sedikit "menolak" gagasan Snakes ini, kerana bagi kami, gagasan ini bersifat berat sebelah dan sepertimana protes kami terhadap lobi dalam PBB/UN, kami tidak merasakan bahawa Gagasan Snakes ialah gagasan yang ikhlas memajukan kedua-dua belah pihak.

- Lord of the Rotten Flesh, Diplomat Wilayah Khairul ke The Thirteen Chairs, merangkap satu daripaa tiga Hakim Utama dalam Mahkamah Tinggi TESL dan bekas wakil Persekutuan dalam rundingan dengan Majlis KMS.

Perutusan daripada Wilayah Khairul ini hanya merujuk kepada sentimen dan pandangan wilayah ini semata, dan tidak menjadi wakil bagi Persekutuan TESL secara total, walaupun begitu, ada kebarangkalian yang pandangan wilayah ini mungkin dikongsi wilayah-wilayah lain.

Thank You For IRP Week 1 AGAIN and Wearing Formal Clothes

I will never hide the fact that I dislike certain people in the college.
I don't care.
World, hear this.

I don't like Tuan Haji Tamam, at all.
I kinda not liking Dr. Noraini, either.
And sadly, I'm not alone on these.
Do I need to say the reasons??

What, me saying that I don't like them pun "kesalahan tahap berat " ke yang boleh dibicarakan dalam Jawatankuasa Disiplin Maktab( sounds familiar, mrsm products?)?

If yes, to hell I care.

Selamat Hari Lahir

Kepada saudari Nur Amanina Zakaria daripada 85 TESL,
Selamat Hari Lahir.

Semoga anda diberkati Allah sentiasa.

Dan semoga "rasa kasih, rasa rindu, rasa bahagia yang dicampakkan oleh Tuhan " kedalam diri manusia itu sentiasa membara dalam diri kamu, terutama kerinduan pada Rabbul Jalil dan sayang pada ibu bapa dan bakal suami.

Memandangkan Faisal Tehrani pernah menulis, " cinta itu suatu keasyikan", maka saya berdoa bahawa moga-moga kita semua "asyik" dengan kerinduan pada Sang Pencetus Rindu, kecintaan pada Sang Pengutus dan ahli keluarganya yang suci, dan kepatuhan kepada ajaran dan syariat yang mulia.

Semoga saudari bakal ketemu Salsabila Fahim dalam diri, Salsabila Fahim yang sentiasa diuji pelbagai dugaan itu, kadang-kadang lalai dan leka, tetapi akhirnya mengerti letak duduk Hamba di bumi ini, yang merupakan cuma sekadar Tempat Berteduh.

Selamat meniti usia, mencapai kematangan, dan memahami erti kehidupan. Allah yubariki.

p/s: Doakan juga aku ketemu keteguhan fikiran seperti Usman Awang dan Shahnon Ahmad, ya.

Thursday, April 23, 2009

Hindustan Mode

Malam 23 April 2009.

301.
Paper 7 Statistics menanti keesokan harinya.
Tertekan dengan Matematik.
Tertekan kerana Puan Muna nak bagitau result Sociology Paper 3 esok jugak.
Tertekan kerana azam P( X>9)= 1.00

Dan boleh pula Dila dan laptop Intannya membuka video lagu-lagu Hindustan zaman 90-an dan awal 2000s.
Aduh.
Apalagi, bangkitlah nostalgia seluruh ahli kelas.
Daripada Dilwale Dulhania le Jayenge ke Kaho Na Pyar Hai ke Mujshe Dosti Karoge ke Dil Se ke Kal Ho Na Ho.
Dan separuh kelas menyanyikan lagu-lagu ini, kebanyakannya tanpa gagal .
Waduh waduh.
Besar sekali penangan Hindustan sewaktu kami 'kanak-kanak' dulu.
Pesta Hindustan TESL et al.
Suara aku dan Nila yang 'ehem-ehem' ini pun tak dipedulikan kerana asyik dengan lagu-lagu yang mengulit rasa dan menyentuh kalbu.
Wakakakaka.

Well, if Munal yang suka Nirvana, Metallica dan My Chemical Romance pun boleh menyanyi bersama-sama, apa lagi nak dicakapkan?

Wednesday, April 22, 2009

Ooo....

It seems that School of Theology New Zealand only focuses on aspects of Christianity,as said in the web, if I read it right. Well, so sad, it seems that I have to cancel my idea taking electives in Theology. Why can't a study of God consists of many, many religions? I love theology because of the fact that I can explore a lot of culture and beliefs and see the similarities that link us together. Without Judaism , there won't be Christianity. Without Christianity, there won't be Islam. ( though in actuality, all three religions are considered Islam after all before the two earlier religions started to be corrupted by some scholars= Islam's opinion).

Sigh.

Well, too bad. I'm jealous with Miss Muna, our Sociology teacher who says that she had fun learning theology when she studied for her degree in geography and sociology in United States. Huh.

Trial.

Exam trial ini buat saya lapar hampir sepanjang masa. Tengah-tengah malam dah tido terjaga pukul 4 pagi dek terkejut dengan jeritan manusia-manusia kelawar yang bersorak 8 gol . Hantu betul. Dah la tido pukul dua dan pagi nanti ada test Pure Mathematics 3 dan Sociology P2. Mana boleh tido sangat dah kalau terkejut dengan gegak gempita di bloody DS itu. Maka, dalam kegelapan malam itulah, mind you, lampu sudah tidak boleh dibuka, automatic switch off right, perlahan-lahan saya menyelongkar bekas makanan...

dan tadaa....

semangkuk bubur nasi dimasak menggunakan mini-cooker dan 2 butir telur rebus menggunakan bekas membuat telur separuh masak di pukul 4.30 pagi bersama secawan besar kordial laici .

Tak pernah makan sahur se-grand ini. Selalunya, sahur setiap hari ialah tiada sahur.
Makanya, saya pun tidak pasti samada saya patut berterima kasih kepada manusia-manusia yang berbuat bising pagi-pagi buta itu ataupun tidak.

Dan begini , maka bolehkah saya komplem yang saya semakin gemuk lagi?

Monday, April 20, 2009

Auckland

Saya nak pergi ke University of Auckland untuk melanjutkan pengajian dalam Bachelor in Education (TESOL) pada tahun 2010 nanti.

Kenapa saya pilih Auckland? 70% of my decision is purely intuition.

Saya nak merasai keindahan Rakatoa dan Akaroa.

Saya nak merasai, melihat dan menyentuh alam semulajadi yang mengalami empat musim.

Saya nak berjalan ke tanah milik Allah yang lain dan mengenali keagungan ciptaan-Nya.

Saya nak cuba belajar Theology kalau boleh di Auckland nanti, kalau boleh.

Saya nak cuba berubah daripada totally disliking kids to extremely loving them melalui modul Psychology of Children.

Saya nak jaga air muka mak bapak saya depan orang kampung.

Jadi, wankhai,

Awak kena cari semangat untuk menekan butang "delete" semua movies yang ada dalam laptop awak itu dan uninstall those games!

Fat and Fattiness

Maka berkatalah saya kepada seorang rakan :

" Wei, kamu sudah semakin gemuk! Dah jadi macam aku dah!"- saya sekadar berjenaka.

" Wei wankhai, kamu jangan cakap camtu. Wooo..Doa tu. Aku takut giler jadi gemuk macam ko"

"Hahaha."

Tak lama kemudian, baru saya terfikir.

" Huh, am I that fat??"

" I am? OMG."

Selamat Hari Lahir


Kepada saudara Ikhwan Moeid. Selamat Hari Lahir yang ke-20.
You are a really lousy, lousy friend.
But you're a friend indeed.
Well, once you're in, you're in.
I'm so sorry you're so unfortunate to be included to my friendship book.

Semoga hidup diberkati dan ketemu jodoh yang berkekalan. Lekas-lekaslah memilih. Banyak sungguh pilihan kamu sekarang ni. Tak kelabu mata ka? Hehe.

( gambar ini aku ambil dari profile friendster kamu )

Friday, April 17, 2009

Hate The Talk But Love The Guy

I hate it when I am patronized. I don’t like to be pitied or sympathized. I don’t care if people know that I have problems, I do tell some of my problems loud and clear but to simply gaze me like I’m some Palestinian kid who the mother has just being shot to death is rather comfortable. Or treating me like I’m some minority group, like “so make sure they don’t feel neglected.”Save the sympathy to the troubled Kampucheans and starving Africans. Even sympathy in itself can’t help their problems.

But they’re friends, in a general sense. Good friends, in a way. But, good friends don’t really mean that they understand me, right? Like me, I do contribute to the part that most people, if not all, fail to understand me because I myself create my self-imposed barrier towards any sentiments reflected towards this egoistic maniac.

So, Wankhai, quit complaining as it is also partly your fault and just suffer in silence!

Get Your Facts Right, Wan Khai

Those who observe very well will realize that I’ve changed some statements in the previous post. I got my facts wrong on certain matters; or rather I keep myself not updated with the change of situations. Things do change in actuality. Looking at that, I then realized on what has happened to me. These past 4-5 weeks I’ve been ignorant on a lot of things. I simply take things for granted, as if there’s no change at all whereas we are humans after all.

These few weeks I kept myself occupied with my own personal issues that I forgot to even care about my friends. At hostel now, I don’t even talk much with A-Levels or the IBs people, only sometimes opening up their room doors, smile a bit and close the doors back. I did went outing with them, sometimes eating together at restaurants and such things, but most of the time, though I laughed and gossiped, I did save some space for me to live in my own world at that time. People won’t be asking if I suddenly went quiet.

These few days I just walked around alone, eating (that’s the ultimate stress solution) at whatever dining places that has crossed into my mind and simply enjoying the silence or the surroundings as I listened to the music played from my Nokia through the headphone. I have a lot to think these days that I simply need time to stop thinking per se.

I need to keep my facts right. I need to know about the updated matters in my surroundings. What meant as an inside joke might be disastrous if misunderstood by the audience. Huhu. I don’t believe in true friendship; yes, it’s all about mutualism, we just benefited each other. Still, it is rather unethical of me in conveying sensational false facts; and for this I give my apology. However, if it’s a true fact, it’s always okay to make it sensationalized, as I love gossips. Hehe.

This blog post makes me feel so bad.

Wednesday, April 15, 2009

Selamat Hari Jadi


Buat rakan saya, Wan Muhammad Khairul Afif Abdullah , atau dalam telefon bimbit saya " KMS Afif 015"- merujuk kepada nombor bilik asrama beliau, selamat hari lahir!

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-20, dan semoga Allah merahmati kehidupan akan datang anda juga Semoga berjaya dunia dan akhirat, dan mungkin kelak apabila kita akan jarang-jarang (mungkin sangat jarang) bertemu dek kerana perbezaan jarak, justeru moga anda sejahtera sentiasa hendaknya. Terima kasih atas segala outing selepas solat Jumaat juga!!

Allah yubarik.

Salam.

Tuesday, April 14, 2009

Terima Kasih , Kolej MARA Seremban versi KEDUA.

Kehadapan pihak pentadbiran kolej yang dikasihi,

Terima kasih.
Terima kasih kerana anda menyediakan kami guru yang benar-benar berdedikasi terhadap anak muridnya.
Terima kasih kerana mewujudkan demokrasi di dalam kolej dengan wujudnya pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar yang menjadi wadah terbaik bagi para pelajar dalam menyampaikan masalah mereka.
Terima kasih kerana pihak pentadbiran telah berusaha sedaya upaya memohon para pelajar ke negara-negara lain.
Terima kasih kerana proses pembaikbulihan kolej berjalan dengan lancar.
Terima kasih kerana masih lagi membuka ruang bersuara bagi pihak pelajar dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka.
Terima kasih atas keprihatinan pihak pentadbiran dalam memahami masalah pelajaran pelajar sehingga pelbagai program akademik diadakan.
Terima kasih kerana semasa saya di Tahun Pertama, anda masih lagi tidak berpegang dengan "we must not make a scarecrow of the law".
Terima kasih kerana makanan DS yang boleh dimakan.
Terima kasih kerana Koperasi yang menjual makanan sedap-sedap.
Terima kasih kerana kolej ini terletak di bandar Seremban yang memenuhi kehendak asasi remaja.
Terima kasih kerana sebilangan cikgu juga bersimpati dengan pelajar dan lalu kadang-kadang sama-sama bergosip dan ber'kutuking' dengan pelajar.
Terima kasih kerana PSP yang mempunyai air-cond.
Terima kasih kerana membenarkan gerakan Islam bergiat secara harmonis di sini dengan kewujudan majlis nuqaba' dsb.
Sekian, terima kasih

Terima Kasih , Kolej MARA Seremban versi PERTAMA.

Kehadapan pihak pentadbiran kolej yang dikasihi.

Terima kasih kerana sangat berusaha memahami pelajar, dan bukannya pelajar sahaja yang kena cuba memahami pihak pentadbiran.
Terima kasih buat SEMUA undang-undang yang sangat bermanfaat buat pelajar , yang menekankan konsep student-centred learning, and student sebagai customer, seperti yang tidak dilakukan sesetetengah kolej itu...
Terima kasih buat pemeriksaan pakaian yang sangat bagus kerana mengingatkan pelajar mengenai kewajipan menutup aurat, dan tidak seperti kolej-kolej lain yang pemeriksaan pakaiannya hanya berkisarkan rambut panjang yang tidak berdosa, kasut mestilah gelap ataupun hitam, dan TUMIT KASUT TIDAK MELEBIHI 4 cm.
Terima kasih kerana anda memahami keinginan kami yang mahu belajar di waktu malam, lalu pihak tuan memberikan kami lampu meja BERKUASA TINGGI, tidak seperti kolej-kolej lain yang lampu meja yang diberi setelah diguna 3 kali terus kaput.
Terima kasih kerana melayan kami seperti kanak-kanak berusia 13-15 tahun di Maktab RENDAH Sains MARA, kerana kami tahu kami masih lagi belum matang.Bersyukurlah kerana di kolej lain mereka dilayan seperti berusia 10 tahun , lagi teruk!
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih daun keladi, mujur ada dua bulan lagi.

Sunday, April 12, 2009

Dua Dimensi- Antara Realiti dan Kehendak


Saya tidak pasti apakah saya ini benar-benar mengikuti jalan sebenar yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w , tidak kiralah melalui jalur Ahl Sunnah wal Jamaah kah, salafi, mutakallimin ataupun syiah sekalipun.

Bukti orang itu tidak diberkati itu apabila lebih banyak pengajiannya, lebih keliru pemikirannya, dan saya hampir-hampir percaya bahawa saya salah seorang mangsa keadaan ini.

Dan saya benar-benar takut. Takut sungguh, melihatkan realiti dunia kini. Memang seakan-akan sudah mahu kiamat lagaknya. Semua tanda-tanda kiamat kecil sudah terjadi ( dan saya sendiri boleh sahaja dikira antara orang yang merealisakannya) hanya menunggu asap keluar daripada perut bumi, keluarnya Yaajuj dan Maajuj, dan seterusnya peperangan besar yang bakal berlaku antara parti Isa al-Masih dan Mahdi dengan bala tentera al-Masih ad-Dajjal yang menggerunkan.

Dan kalaulah saya hidup di kala itu! Difahamkan dizaman akhir itu nanti, betapa dikatakan akan ada ramai muslim yang bakal murtad meningalkan agama Allah dan menyertai tentera Dajjal lantaran ketidakyakinan mereka terhadap agama Allah dan mereka terperdaya dek keajaiban Dajjal!

Ya Allah! Jujur saya mengatakan, saya takut!!

Saya takut, dengan tahap amalan saya, akidah yang sebegini terumbang-ambing, adakah saya nanti akan berdiri dibelakang kuda Nabi Isa Alaihissalam ataupun akan memegang pedang di bawah angkatan besar The Great Eye?

With Respect to the Honourable Rumi


Rumi has faced such spiritual experiences, that we mere believers can never compare to him. He once famously said:

I tried to find Him on the Christian cross; He was not there. I went to the temple of the Hindus and the old pagodas, But I could not find a trace of Him anywhere. I scratched on the mountains and in the valleys But neither in the heights nor in the depths was I able to find Him. I went to the Kaabah in Makkah, But He was not there either. I questioned the scholars and philosophers But He were beyond their understanding I then looked into my heart and it was there where He dwelt that I saw Him; He was nowhere else to be found.

There are times where I feel doubt about such matters in life, such complexity, such absurdities, discrimination, depression, obnoxiousness, that make me cease to believe in Him. But then again, I will quickly remember.

He is not Islam, He is Him.
He is the Lord, and Islam is just the institution.
Muhammad is the Messenger, not the scholars.

He knows everything, and the scholars can just speculate.
Umara' and ulama' may control my social life, but I will handle my personal faith.

The Endless Cycle

Forgive me Lord for I have sinned...

Friday, April 3, 2009

Fly- Aku Mahu! Mahu Sungguh!

Aku sebenarnya taklah peduli sangat dengan "fly ke New Zealand" atau "study overseas" sebelum-sebelum ni, hatta menjejak ke Semester 4 kat kolej ni pun, aku sekadar belajar dan belajar kerana aku perlu belajar sebab mak dan ayah dan auntie dan mak lang dan mak jang dan arwah Tok dan arwah mak ulong dan makcik wa dan makcik-makcik yang lain di kampung Simpang Pulai itu asyik menyuruh aku belajar.

Sebelum ini; aku sentiasa berpandangan begini:

Kalau lepas , lepaslah....
Kalau tak lepas....tak lepaslah...

Tapi, apabila aku dan kawan-kawan sekelas menghantar senior-senior kami di KLIA tempoh hari, aku rasa mahu sesangat mengikut mereka ke sana. Rasa seronok, rasa bahagia, rasa usaha berbaloi, rasa bangga kerana membahagiakan keluarga......

God, I want to fly!

IRP akan bermula Isnin ini. Dan pada hari ini, kami ada 44 hari lagi sebelum first paper A2 dijawab. Dan walaupun aku tahu yang buat masa sekarang, Mathematics dan Sociology aku masih lagi memerlukan lebih banyak latihan, aku optimis, dengan izin Allah dan usaha yang aku akan cuba lakukan sebaik mungkin, aku boleh fly.

Kerana aku mahu fly.
Kerana aku mahu mencari diri sendiri dan untuk itu, aku perlu mencabar diri sendiri.

Maka kini hari-hari aku berdoa supaya Najib, sebanyak mana pun skandal dia, beliau tidak sesekali akan tiba-tiba membuat pengumuman di sidang media yang kerajaan sudah tidak punya kewangan yang kukuh untuk menghantar rakyatnya belajar ke luar negara.

Nauzubillah min dzalik!

Thursday, April 2, 2009

Mahu Jadi Pendakwah atau Penghukum?


Bapak Mohamad Natsir, tokoh ulama besar merangkap ahli politik yang cukup terkenal suatu ketika dahulu di Indonesia pernah berkata sewaktu ucapan beliau di hadapan para pemimpin ABIM pada tahun 1981, " Sudah sempurna perpecahan kami di Indonesia!....Malaysia ialah benteng terakhir Islam di rantau serumpun sebangsa dan seagama ini ".

Indonesia sebuah negara yang paling ramai bilangan penduduk Muslim ,tetapi merupakan negara yang umat Islamnya paling berpecah-belah. Kewujudan pelbagai corak pemikiran Islam yang sepatutnya menambahkan lagi kesatuan Islam tidak memberi kesan yang diharapkan, malah perbezaan-perbezaan inilah yang merobek-robek dan mencarik-carik kesatuan ini sehingga bilangan umat Islam yang cukup ramai di negara tersebut tidak langsung menjadi bukti kekuatan Islam langsung!

Betapa pemahaman Islam Liberal telah mula meresap dalam pemikiran rakyat muslim Indonesia , yang telah ditonjolkan melalui sebilangan karya-karya seni dan sastera mereka, malah pemikiran yang sesat dan menyesatkan ini telah menguasai institusi-institusi agama di negara itu, sekaligus membuka ruang bagi mereka menggunakan autoriti yang mereka ada untuk menjustifikasikan pegangan mereka yang mensekularkan agama, merendahkan martabat syariat, dan merendahkan tradisi keilmuan yang sudah siap utuh dalam agama Islam ini .

Sudah sedia maklum betapa Institut Islam Yogjakarta misalnya cukup mempertahankan pandangan (al-marhum) Nurcholis Majied yang nyata sekular serta lari dari acuan syariat. Betapa kita di Malaysia ini terkejut dengan kenyataan Dr Musdah Mulia, tokoh Islam Liberal di Indonesia yang menyarankan agar poligami diharamkan secara mutlak, hak warisan pusaka disamakan antara lelaki dan wanita serta golongan homokseksual diakui "hak" mereka di negara jiran kita ini. Ini satu perkara yang memeranjatkan, dan kita belum lagi meneroka masalah-masalah yang lain, seperti perselisisihan faham antara golongan Nadhlatul Ulama', Muhammadiyah, golongan tariqat, perbatinan Jawa dan sebagainya . Apa sudah jadi dengan negara ini?

Memang lebih mudah bagi kita untuk menyalahkan sepenuhnya golongan -golongan ini atas malapetaka yang melanda umat Islam kini. Tapi, pernahkan kita bermuhasabah bahawa mungkin, ia juga bertitik tolak daripada kelalaian dan kegagalan kita sebagai seorang pendakwah atau daie? Di sini, kita tidak mahu melihat daripada banyak aspek, cukup dengan satu soalan : adakah kita ini pendakwah atau sebenarnya kita ini sekadar seorang penghukum?

Cukuplah dengan kita memerhatikan bagaimana Pak Natsir memberi penekanan yang tinggi terhadap isu ini melalui responnya terhadap isu komunis di Indonesia, " Kewajipan para mubaligh, daie, dan ulama tidak sekadar memberi fatwa atau memberi vonis bahawa komunis itu haram . Tidak usah kita yang menyatakan, orang awam pun mengatakan komunis itu jahat. Kewajipan umat Islam adalah mengemukakan alternatif dalam menghadapi sistem komunis itu , mengemukakan sistem yang baik untuk menghadapi sistem komunis ". Nah, ini jelas menunjukkan betapa peri pentingnya uslub dakwah yang sesuai dengan masyarakat, supaya masyarakat lebih dekat dan lebih yakin dengan institusi dakwah, dan keilmuan Islam.

Hal ini juga didapati dalam buku Pak Natsir yang terkenal, Fiqh al-Dakwah dan juga buku karangan Shaikh Hassan al Hudaibi , Murshidul Am Ikhwanul Muslimin di tahun 60an, Nahnu Du'atun La Qudatun ( Kita Pendakwah Bukan Penghukum). Betapa methodologi dalam dakwah itu hendaklah selaras dengan fitrah manusia yang menyukai kemesraan dan kasih sayang daripada herdikan, cemuhan dan amaran. Inilah cara yang sepatutnya dijadikan ikutan orang Muslim yang berazam untuk menjadi pendakwah, bukannya sekadar mencemuh perbuatan jahiliah ataupun maksiat sebilangan manusia atau mad'u dan akhirnya, mereka lebih jauh daripada Islam.

Seperti yang telah diungkapkan oleh Pak Natsir , Malaysia kini benar-benar ialah " benteng terakhir Islam di rantau Nusantara ini". Malah, benteng terakhir ini juga mula dirempuh arus liberalisme melampau atau feminisme radikal yang cuba mengganggugugat keutuhan dan kesucian agama ini di Malaysia. Kita tidak boleh berharap pada rakyat Melayu Islam Brunei yang cuma kecil sahaja bilangannya , atau umat Islam Mindanao yang teruk diasak dan didiskrimasi di Filipina, atau masyarakat Islam Kemboja yang dihambat kemiskinan ataupun umat Islam Thailand yang turut menjadi mangsa penderitaan dan diskriminasi di tanah air mereka ini. Mereka punya isu yang lebih penting- nyawa mereka, survival mereka maka disini, cuma tinggal kita sahaja, umat Islam Malaysia untuk mempertahankan kesucian Islam di rantau Asia Tenggara ini daripada mesej-mesej kesesatan yang cuba disampaikan melalui golongan liberalis sekularis ini.

Maka, bolehkah kita masih lagi mahu kekal menjadi penghukum ? Kita kena mengambil langkah untuk berubah segera, kerana di kala kita masih lagi mungkin melihat seorang pelaku maksiat dengan pandangan menjijikkan, cercaan dan makian; golongan -golongan missionaris, liberalis, sekularis pula sedang melontarkan senyuman paling indah, sapaan paling ramah dan dakapan paling mesra terhadap golongan-golongan yang jahil ini, untuk menarik mereka ke jalan golongan ini. Untuk menjadi pendakwah sebenar ,pesanan Pak Natsir ini hendaklah selalu kita hayati dalam hidup kita sebagai ansarullah , penolong agama Allah.

( Ingin membaca kertas kerja mengenai pemikiran Pak natsir, klik sini. )