Salam.
Semalam aku menghantar budak-budak Actuary KMS fly ke US di KLIA.
Since I live in Selayang yang jauh jugak from KLIA, aku bertolak awal sikit. Pukul 5 dah drive keluar daripada rumah. Konon-konon nak elak kesesakan la. Memang nak sesak dah time tu. Tapi aku drive bagai nak gila, 130-140 kmph ....sampai-sampai KLIA, "lor, baru pukul 6.20? Budak-budak kumpul pukul 8 malam kot".
So, aku berlegar-legar gakla kat Terminal tu..berjalan-jalan kat ruang tinjau tu, sambil membaca buku mengenai Palestin yang aku beli kat kedai buku situ.
Dalam pukul 7 lebih tu, terserempak dengan budak-budak junior aku (IB KMS), dorang yang tegur aku pun. Aku lupa pulak dorang tu sapa. Haha. Dorang datang dari KMS, tumpang Cikgu Siti Mariam, nak hantar Zikri la lebih kurang.
Jumpa banyak orang. Yusri, Abos, Faiz, Izlan, Rahim, Naim, from ALevels.
IB banyak super. Tak leh nak sebut satu-satu. Suruh Syazwan upload and tag gambar kat Facebook la. Hahaha.
Shazmin semalam dalam pukul 6 tu call aku. Dia pergi ambil kakak dia dulu kat Puduraya. Tapi kalau xsampai2 lagi dalam pukul 7 tu, dia pergi KLIA naik cab lah dengan mak dia.
And then , lepas maghrib , dalam pukul 7.45 tu, I got a call from him.
Shazmin punya cab accident tadi.
Hujan sangat lebat on the way to KLIA. Cab itu cuba elak sebuah kereta kat sisi and suddenly kereta teksi ini melanggar pembahagi jalan (divider) dan berpusing beberapa kali sebelum berhenti di tengah-tengah lebuhraya. Ya Allah.
Dalam hujan lebat itu, Shazmin segera keluar dan cuba membawa mak dia keluar daripada kereta.
Mujur semua selamat, termasuklah pemandu teksi tu.
Shazmin tak sampai2 lagi semasa check in pukul 8. Kami menunggu dengan sabar jugalah. Yang lain semua dah ada di sini .
Dalam pukul 8.15 tu, Shazmin sampai. Bajunya basah kuyup. Habis basah sweater mahal dia tu. Huhu. Shazmin dan ibunya kelihatan pucat. Aku tak terus tegur dialah. Dia dah terlambat nak buat check in bagasi. habis semua tu, baru kami jumpa dia.
Shazmin tukar baju lain. Urm. Kami tegur sekejap-sekejap jer. Shazmin kena temankan mak dia. Mak dia mungkin masih dalam keadaan trauma lagi.
Semuanya takdir Tuhan. Mujur mereka masih lagi dipanjangkan hayat. Dramatik jugalah. Malam sebelum fly dan mengalami kemalangan, dan mengejar masa ke lapangan terbang. Semua ini kerja Tuhan. Moga-moga ada hikmah di sebaliknya.
Kepada kawan-kawan AS, jaga diri kalian, jaga iman kalian ya? Jangan lupa kami kat sini. Moga-moga kalian sukses selalu dan sentiasa berada dalam naungan Ilahi.
No comments:
Post a Comment