Monday, August 31, 2009
Merdeka & Menanti
Pagi merdeka. Rumah sunyi sepi. Semua masih tidur. Aku yang tidur lewat kerana tidak boleh tidur malam semalam sudah terjaga. Mak,Shahira dan Shuhada tidak tidur malam semalam menjaga adik yang meragam sepanjang malam. Khairill keletihan berpesta merdeka malam semalam, dan abah kepenatan kerana ada operasi trafik di kawasan Gombak. Sunyi sepi rumah ini. Tidak apalah. Merdeka bukannya keraian semata.Merdeka itu satu pengisian, maka mahu diisi apa? Apa mengejar kemodenan rakuskah, atau perpaduan tanpa kondisikah, atau dengan rasa bangga,meski buat seketika,yalah, di sebalik urusan mengejar keduniaan mengurus keluarga, di hari keramat ini,terdetik di nusa,'aku anak Malaysia'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment