Tuesday, August 11, 2009

Terima Kasih Semuanya

Terima kasih Tuhan yang mentakdirkan semuanya, yang kerjanya hanya Dia yang tahu.
Terima kasih ayah, mak, auntie, pakcik, makcik semuanya yang banyak menasihati.
Terima kasih cikgu-cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar dan menegur kesilapan diri ini.
Terima kasih Thirteen Ghosts yang bersama-sama kita bersusah senang.

Terima kasih Hafizuddeen , Saiful Aqmal.
Pada kalian aku mengenal erti impian.
Memang kita bertiga dahulu lagi berazam ingin ke al-Azhar Mesir bukan?
Kamu Hafizuddeen berjaya mengambil perubatan Universiti Al-Azhar Mesir , dan kamu Saiful Aqmal di fakulti Universiti Alexandria Mesir, dan aku ditakdirkan begini dan ke destinasi lain.
Tetapi aku pasti ada sebab di sebalik semua ini. Allah itu Maha Agung.
Antuma rafiqi fillah.
Allah yubarik alaikuma wa alaiyya bittaufiq wannajah, abadan abada. Amiin.

Terima kasih rakan-rakan 407-507 MRSM Taiping.
Kalian buat aku kenal apa itu persahabatan dan apa itu perpisahan.
Dan apa itu kekesalan dan peri pentingnya waktu.

Terima kasih rakan-rakan ALevel.
Kalian memang sempoi.
Aku tak tahu mcm mana nak gambarkan betapa gembiranya aku berkawan dan hidup bersama kalian 2 tahun ni. Geram, seronok, cemburu, rendah diri, bahagia, semuanya bersatu membentuk persahabatan yang tak terlupakan.

Kawan-kawan IB.
Aku memang sayang korang!
Enough said. Huhuhu.

Senior-senior TESL saya,
tasha, ben, fafa, semuala..
terima kasih atas semua nasihat dan tunjuk ajar.

To my ex-roommate Hariz Azhar dan Faizi..
siapa boleh lupa malam pertama di KMS dimana kalian berdua rancak menelefon awek masing-masing dan aku hanya baring memandang siling. Haha. Aku berfikir dalam hati, "shit, aku dapat roommates ada awek semuanya, cis".
Aku xkan lupakan gotong royong mingguan kita membersihkan Bilik Celcom 013 itu.

To my roommate Juju,
tahniah, kamu capai juga impian nak ke UK.
may God bless u always.
Carilah kawan-kawan yang memberi manfaat dan boleh membimbing kita ke jalan yang diredai,
jalan yang menegakkan agama, membantu bangsa, mempertahankan negara - BTN style.

to my visitors in blog,
terima kasih atas komen2 membina, dan kepada yang selalu mengeluh kerana post aku yang terlalu terlalu panjang, aku mintak maaf ya? itulah diriku. Long winded yang kadang2 takdak isi pun.

terima kasih shida, husna, asmaa, farah,shazmin, nazirul, zulhusni, izdihar, afif di atas tazkirah-tazkirah kalian.

Tuhan itu bekerja dalam kerahsiaan, dan masa hadapan itu ialah perkara ghaib yang wajib kita imani.
Moga kita dipertemukan dalam suasana kedamaian dan keselamatan, di dunia mahupun di akhirat.
Salam.

6 comments:

Anonymous said...

auww.
terharu. serius, tidak tipu.
jumpa di sini nanti insyaallah.

Anonymous said...

thanks wankhai. haha... very btn indeed.

Hasmah Markom said...

Tahniah, langkahmu pasti tak berhenti di ujung sana ye!

Miyn Amin said...

even though i dunno what is ur result, but still, congratz..

may u become a great teacher/lecturer in the future~

rainbOw said...

kehadapan WANKAI y disayangi..congratz!!you can go further buddy,trust me!!

Saiful Aqmal said...

Thanks Wan

Good luck in NZ

BTW, I'm currently at Mansoura Univ, Egypt, not Alexandria Univ