Rakan batch saya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah dulu, baru kelmarin kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan yang berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan pulang beraya daripada Kuala Kubu Bharu pulang ke Ipoh.
Arwah mengantuk semasa memandu dan termasuk ke laluan bertentangan dan dirempuh treler. Arwah dan teman istimewanya meninggal di kawasan kemalangan itu juga .
Semua yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Itulah janji Tuhan. Semoga Allah mencucuri roh mereka berdua dan menempatkan mereka selayaknya. Saya tidaklah begitu rapat dengan allahyarham, tetapi melihatkan seorang rakan sebaya, yang masa hadapannya kelihatan begitu cerah ,dan kini jadi begini, membuatkan saya sedikit sayu dan teringat betapa kerdilnya kita di pandangan Dia.
For there is a beginning, and there is an end.
No comments:
Post a Comment