Busy days ahead.
12.30 tengah hari menghantar kak izan ( read: izey [ kelantanese]) dan shaheera ke hospital. Huhu. Bayi auntie amat degil, xmahu keluar-keluar. Sudah 18 jam amniotic fluid keluar anyway. Sudah disuntik antibiotik dah ni.
Selepas itu mahu menghantar Gen 2 dan Naza Citra untuk ditukar minyak hitam. Dah sampai masanya.
Kemudian kena pergi membeli beras. Tetiba ada sudden rush of relatives (bukan epidemic okay) coming to this rumah sempit of us and so we don't think beras mencukupi untuk berbuka puasa nanti. Kalau cukup pun, takkan tahan lagi sehari.
Kemudian kena bawa mak pergi NSK membeli barang-barang masakan. Aiya.
Dalam pukul 4 itu pulak kena melalui that bloody traffic in KL untuk mengambil kak ila di The Mall dengan anaknya. Ini paling leceh. Nak balik rumah nanti kompem jam teruk. Mengapalah tidak mahu menaiki teksi ....
Kalau sempat kena rushing pula mengambil Tok Ma ( mak betul abah) di Taman Greenwood Gombak. This place is where you can find the diaspora of Kelantanese who works here in Selangor and KL. Selayang also has quite a significant number of Kelantanese.
Kalau tak sempat ni kena suruh Khairill yang ambilkan.
Mak-mak abah yang lain sudah menelefon anyway.Pak Amin dah Pak Izan dah ditelefon. Sanak saudara auntie di Terengganu (Jerteh anyway, not THAT Terengganu ) sudah bersiap sedia di sana. Kalau dulu, masa mak bersalin, saya selesa sahaja berbicara dengan sanak saudara yang berziarah yang menggunakan loghat Utara Taiping dan loghat Perak, aiya, tapi untuk kali ini saya kena buat-buat faham dengan perbualan sanak saudara yang bercakap Kelantan. Ketika inilah, saya yang jarang-jarang senyum akan senyum sahaja apabila berbual kerana saya tidak faham apa yang mereka tanyakan.Tambah-tambah pakcik-pakcik yang saya tidak pernah jumpa seumur hidup ini pun.
Keluarga ini besar amat, terlalu banyak rantingnya.Got to go. Salam.
No comments:
Post a Comment