Thursday, September 24, 2009

Target

Setiap pendakwah/daie perlu tahu siapa mad'u(orang yang didakwahkan) mereka dan bagaimana mereka-mereka ini mahu didekati. Wujud sahaja golongan yang mengajak mereka solat pun sudah dikira biadab kerana tidak mahu 'menghormati' pilihan mereka untuk tidak mengamalkan agama. Ada pula yang tidak mahu berdamping dengan orang yang kelihatan alim untuk menjaga 'imej ' mereka dengan rakan2 lain. Macam2 dunia ini. Untuk itu, daie harus kreatif agar usaha2 mereka tidaklah menjauhkan jarak antara mereka hanya kerana 'ajakan untuk solat'-meski ianya baik. Ada sesetengah pendakwah pula bercita-cita 'tinggi'-mahu berdakwah pada non-muslim. Alhamdulillah, tapi waspada,maruah Islam di tangan anda. Jangan sampai anda tersipu-sipu malu kerana tidak mengenal mereka-samada mereka itu agnostics, atheists, free thinker,spiritualists, realists, absurdists etc.Sekadar tahu menghentam Bible apa gunanya, kalau kita terketar mempertahankan Quran, dan mereka juga don't care a damn about Bible and their religion. Jadi, buat homework. Kenali mad'u anda. Huhu.

No comments: