Sunday, March 28, 2010

Luahan Rasa.

Mereka mengatakan bahawa dalam sebuah sistem demokrasi yang mulai matang, akan wujud parti politik yang bukan lagi dua fraksi semata, tetapi lebih kepada sebuah continuum.

Mereka mengatakan lagi bahawa permulaan sebuah demokrasi matang itu ialah yang dibahaskan ialah isu dan prinsip, bukan tuduhan " Barisan Nasional gagal membantu rakyat - seluruhnya", " Pakatan Rakyat pakatan rapuh" di Parlimen semata. Mereka kata baik pergi zoo sahaja kan kalau nak tengok monyet.

Mereka mengatakan bahawa demokrasi itu matang apabila wujudnya fraksi-fraksi pelobi yang cuba mempengaruhi pembahas-pembahas undang-undang.

Mereka turut mengatakan bahawa biasalah ada puak liberal, neo-liberal, konservatif dan ultra-konservatif dalam politik negara. Di mana-mana negara juga ada. Orang yang menuduh PERKASA ultra-konservatif misalnya memang benar- betul, PERKASA Ibrahim Ali MP Pasir Mas memang ultra-konservatif. Tetapi ingin juga diingatkan bahawa rasisnya Ibrahim Ali itu menggambarkan pendirian konservatif beliau dengan jelas.

Tetapi jangan juga lupa, mahu dikesampingkan ultra-liberalis jugakah? Tak adillah sebegitu, bukan? = )

* adegan cium keris!*- kedaulatan Melayu la konon.......daulatnya Melayu saya dengar pada agamanya, pada budinya.
" Kaum Cina kaum pendatang"- Oh oh oh, bukankah kaum Melayu datang dari Sumatera ke Tanah Melayu?
" Wanita sepatutnya mewarisi harta yang sama banyak!"- Shari'ah oh Shari'ah....
" Golongan homoseksual perlu dilindungi sesuai dengan hak asasi yang dipersetujui PBB!"- Errrr...
 Bagi sayalah, SAMA saja...........

 Ah, mari bersifat optimis sahajalah. Saya suka membaca kekalutan politik tanah air buat masa ini. Tampak serasi dengan kekacauan jiwa kini.

huh...apa kata...
5 tahun di MARA dan .....

tada, Permanent Resident Tonga, Vanuatu, Cape Town, anyone?



Hahahahahaha. Indonesia sounds nice, though.

( Nak migrasi ke negara Eropah khabarnya lebih susah kini. Apatah lagi dengan kelulusan seorang guru cuma. Saya kena realistik?)

Ketika ini Indonesia sedang bangkit. Ekonomi lebih maju berbanding Malaysia kini. Universitinya lebih liberal dari segi kebebasan 'opini'. Kenapa? Sudahnya pakatan politiknya berpadu- begitulah. Kestabilan.  Mereka sedar fokus barangkali. Sebab itu masalah besar di Sabah Sarawak kini- kurangnya pekerja kelapa sawit. Yalah, gaji bekerja di Indonesia kini lebih mahal daripada Malaysia sekarang kamu tahu?

Teringat Tan Sri S.M Salim- " Apa dah jadi............................"

Eh, teringat pula Siti Nurhaliza dizaman innocentnya................

Eh eh eh.
Berangan macam- macam.
Assignments pun tak siap lagi.
Karang degree pun xdapat.

4 comments:

Anonymous said...

wkhai dengan siasinya..

Anonymous said...

haha bernas, takpe.
wow, indonesia sudah maju.

Anonymous said...

ok i think that was a bad thing to say (wow, indonesia sudah maju.).

maaf.

wankhai said...

well,Malaysia is not that bad after all- well, except the paranoid people all around.

i blame capitalism and materialism.

lol

( xnak salahkan diri sendiri haha)