Thursday, April 29, 2010

Masalah Umat Islam Tradisional


Keengganan untuk berubah . Paranoid pada mempersoalkan semula dan mereintrepretasi. Sukarnya untuk berlapang dada.
Kenapa?
Well. Itulah yang akan berlaku apabila umat Islam dalam mod defensif selama beratusan tahun.  
Apabila Kerajaan Abbasiah jatuh, kesannya tidak begitu ketara kerana Kerajaan Abbasiah telahpun menjadi serpihan-sepihan apabila kuasa Khalifah di hujung-hujung empayarnya tidak lain hanya terbatas di sekitar Baghdad. Wilayah-wilayah lain semuanya ketika itu dibawah pemerintahan mutlak amir-amir ( gabenor) dan pemerintahan khalifah hanyalah suatu simbolik- malah, di sesetengah tempat, doa pada hari Jumaat tidak lagipun dibaca untuk khalifah , terus sahaja amir-amir tersebut.
Jatuhnya khalifah Abbasiah tragis, tetapi mereka masih punya Umawiah di sebelah sana di Andalusia.
Tetapi bila Andalusia jatuh, serta merta umat Islam berada di bawah mod defensif ekstrim.
Apatah lagi ulama-ulama ketika itu lebih cenderung pada epistemologi mazhab Al-Ghazali daripada Timur Tengah yang budayanya lebih homogenus berbanding epistemologi mazhab falsafah Ibnu Rushd daripada Andalusia.
Kerajaan Andalusia bertindak seperti span. Mereka menyerap dan menyerap ilmu pengetahuan. Di zaman Abbasiah dahulunya, ulama-ulama' yang kita sanjungi dan ikuti kini , Ulama' Kutub misalnya ( 4 Imam Mazhab) menunjukkan reaksi negatif pada Baitul Hikmah di Bahgdad- tempat penafsiran kitab-kitab falsafah Yunani, Parsi,  Greek, India dan China. Lihat sahajalah pandangan mereka pada ilmu Kalam. " Perosak aqidah", " sia-sia". Falsafah akan merosakkan pembangunan agama.

Umat Islam tidak mengikut kaedah epistemologi mazhab Ibnu Rushd. Ibnu Rushd yang lahir di tanah jajahan Andalus lebih dekat dengan falsafah. Bagi beliau, falsafah ialah matlamat yang atas dalam pemahaman agama. Atas banyak dasar mereka tidak bersetuju dengan Ibnu Rushd. Apatah lagi kesan 'tolerannya' Kerajaan Andalus - semua agama tinggal bersama- akhirnya di hujungnya hanyalah Inquisition dan kejatuhan Qurtuba.

Ulama-ulama' kemudiannya mengambil tindakan refleks yang ekstrim sebagai langkah defensif. Pintu ijtihad yang " entah masih dibuka telah ditutup" secara 'rasminya' ditutup. ( Perkara ini tidak berlaku dalam komuniti shiah yang pintu ijtihadnya sentiasa terbuka. Mereka dalam keadaan sentiasa tertindas mungkin sudah lali dengan ketidakadilan).

Beratusan tahun kemudiannya, semua perubahan akhirnya menjadi suatu keanehan.
Tetapi.
Perubahan apa yang dimahukan?
Benar, umat Islam kini perlu melihat semula cara kerja "memakmurkan alam"- saya rasa. Saya, yang jahil inilah.
Tidak adakah strategi yang mengurangkan bilangan musuh dan menambahkan bilangan pendokong? Tidak adakah ruang dalam Islam dalam memakmurkan alam dalam erti kata memakmurkan alam atas dasar "keharmonian beragama" dan bukanlah untuk menguasai atau menakluki? Biarlah kuasa-kuasa hegemoni itu yang ingin menguasai atau menakluki. Kita terlalu silap dalam memberi respon yang sama. Ia hanyalah akan mencipta suatu justifikasi bahawa penaklukan, penguasaan dunia itu wajar - sama ada kita menakluk , atau kita ditakluk. Buah fikiran beginilah yang menjajah hati semua raja dan bangsawan, semua ilmuwan ataupun agamawan sejak tamadun itu dicipta- justifikasi konflik.

( Bersambung- Masalah Umat Islam Liberal)

No comments: