Alah, kita bukannya tahu 40% rakyat negara itu hidup dengan USD2 sebulan. Alah, kita bukannya pernah baca kisah-kisah tahanan negara itu disiksa. Kita baca Ayat-Ayat Cinta meleleh-leleh, padahal si pengarang memaparkan realiti penjara negara itu.
Seronok pasal Fahri itu sempurna sahaja. AAC cerita jiwang, bukan cerita melawan kejahatan, kan kan?
Kita kata, "dah aman dah negeri tu, nak apa lagi? ". Kalau rakyat sebilangannya terlebih kenyang, sebilangannya kelaparan,aman apa?
Amanla, dah dapat duit berbillion buat tembok tinggi keliling teroris antarabangsa, Palestin.
Kalaupun benci sangat membaca berkenaan Revolusi Iran itu, sebab Islamik sangatlah, syiah kafirlah, bacalah pasal Revolusi Perancis. Rujuk silanglah, silakan.
Bacalah puisi William Wordsworth berkenaan revolusi itu, misalan. Baca kenapa lapar itu akhirnya menjatuhkan monarki Perancis.
Tapi,memang bodohla sesiapa yang menyamakan negara ini dan negara itu. Itu namanya hiperbola. Tapi, amaran, Obama cakap betul juga, kalau tidak ada reform dalam sistem kita, akan jadi negara itulah dalam setengah abad lagi. Jangan main-main. Negara itu living proof.
Tapi, kalau ada manusia-manusia yang cakap mengguling pemimpin negara itu tidak ada gunanya - itu saya cakap ini sahajalah, "selamat membaca".
Tak apa. Kalau benci sangat dengan al-jazeera pun, baca BBC atau Fox News pun tak apa. Media itu pun jelas cakap sebab-sebab kenapa rakyat negara itu benci pemimpin mereka.
Saya sendiri menyokong pemerintahan jenis demokrasi sekular di negara itu. Jadi, jangan ingat saya tulis macam ini sebab saya menyokong puak Islamis. Rakyat yang murtad pun ada hak asasi.
Sekian.
Sent from my iPod
2 comments:
dude, skrg puak pnyokong hosni mubarak serang balik. habis la umat islam. agka terkorban tah berapa. last2 sekali kita rugi. kdg2 kite lupe, revolusi tu boleh berlaku secara perlahan.
heh?
revolusi apa yang perlahan?itu bukan evolusi ka?
apparently kita tak sedar berapa ramai umat Islam mati dalam penjara Mesir tu, ek?
perlahan pun orang mati jugak, hakikatnya. negara itu bukan NZ, misalan, where rights of democracy are a given.
wankhai.
Post a Comment