Saturday, March 27, 2010

Stereotaip

Hidup ini penuh stereotaip.
 " Orang kampung memang kolot dan jakun". " Orang bandar terlalu sosial dan rosak". " Orang Islam terlalu ekstrim" " Orang tak pakai tudung rosak semua" " Orang -orang usrah semua ekstrim" " perempuan semuanya lembab" "lelaki semua tak guna"....
Tapi persoalannya, kenapa stereotaip itu masih wujud?
Dan di depan mata, misalan?
Dan sebenarnya, stereotaip itu generalisasi bodoh saja. 

Eh, tapi. Tapi ada tapinya.
Orang takkan mengata kalau tak ada benda nak dikata.
Penipu besar pun paling kurang akan keluar dua tiga "fakta" dan pusing punya pusing, tadaa, gosip dicanai baik punya.
Yalah.
Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang.
Makanya, muhasabah. Muhasabah. Muhasabah.

" Apa aku peduli orang lain? Hak aku".

Eh. Sila, sila. Buat sajalah kalau begitu. Sebenarnya kami tak peduli pun. Sebenarnya "mengata" ini sebab kebosanan dan perlukan topik perbualan saja. Serius. Kami pun buat dosa juga, jangan risau. = )

Oh ya, saya taknak cili. Laksa kosong dengan telur, ya.

2 comments:

Anonymous said...

haha apkah wankai?

wankhai said...

hahahaha.

saja.

time tulis ini ada benda yang tak bersetuju.