Wednesday, April 7, 2010

Guru

Benar, profesyen seorang guru itu mulia.
Itu tidak dinafikan sedikit pun.
Saya sendiri memilih untuk menjadi seorang guru kerana saya percaya bahawa kontrak 5 tahun saya dengan MARA( berbanding BPG yang akan terikat lebih lama) membolehkan saya mengenali subjek yang saya minati : manusia. Saya percaya pengalaman 5 tahun di MRSM nanti inshaAllah bakal mengajar saya banyak perkara mengenai manusia. Guru itu manusia, dan saya ingin memerhati manusia supaya saya boleh menjadi "manusia". Manusia yang kenal kelemahan diri dan kelebihan diri.

Orang juga kata, kalau nak memahami tamadun dan jatuh bangunnya tamadun kelompok manusia itu, lihatlah pendidikannya.
Athens Greece dengan penekanan pada logika, falsafah dan seni. Spartans dengan pendidikan ala militari.
India dengan pendidikan spiritual dan teknikal berasaskan kasta.
China dengan konsep peperiksaan awam dan berpusat.
Tamadun Maori tradisi dengan pengajaran ilmu praktikal dan penyampaian ilmu menerusi lisan.

Tamadun Islam boleh dipanjanglebarkan lagi sejarah pendidikannya.
Tamadun Arab Islam yang mempraktik pendidikan tekstual Quran dan kemahiran teknikal seperti berperang dan bercucuk tanam demi sustainability kota-kota padang pasir itu.
Tamadun Parsi Islam dan Iraq ( Baghdad) -Iran tradisional yang merevolusikan kesenian berasaskan Islam dan menyambung warisan intelektual dunia. Pusat di Asia dimana sistem pendidikannya terkehadapan di waktu kegemilangannya dengan pembangunan modal insan yang holistik.
Tamadun Andalusia - jatuhnya tragis, tetapi di zaman agungnya, kota-kota dibina atas prinsip sains dan kefahaman yang mendalam terhadap geologi alam. Pendidikannya benar-benar agung dan tidak mendiskriminasi. Di kota-kota Eropah inilah umat Islam, Mozarab Kristian, orang Yahudi berkerjasama menafsir karya-karya agung dan menambahbaik ilmu ini- kita punya Ibnu Rushd dan Maimonides, kita punya Andalus dan Valencia. Pendidikan demi kemajuan.
Oh jangan dilupakan Tamadun Islam Nusantara- sejarah pendidikan pondok kita jangan dilekeh-lekehkan. Ijazah pondok di Patani atau Kedah atau Jawa mahupun di Mindanao melayakkan seorang itu menjadi anak murid guru paling terkenal di Al-Azhar Mesir bumi Anbia'. Antarabangsa itu. Exchange student.

Saya seorang idealis yang pesimis. Inilah tragedi saya.
Saya mahu menyumbang kepada agama semampu saya. Dan Allah membawa saya ke B. Ed TESOL. Tampak ironis, paradoks...tapi saya mahu percaya bahawa apa jua yang kita sumbang pada masyarakat, kena pada tempatnya InshaAllah.

Say tidak hairan dengan pesimisnya pandangan masyarakat pada guru sekarang ini, sepertimana saya tidak hairan betapa sesetengah guru menyalahgunakan status "mulia" guru itu sendiri. Apalah yang saya perlu hairankan dengan masyarakat yang materialistik dan memandang dunia sebagai pengukur kebaikan seseorang. Saya yakin di mata Tuhan saya itu, malah Tuhan mengikut pandangan agama mana pun, seorang pencuci tandas ataupun pengutip sampah yang bekerja ikhlas demi meneruskan kehidupan lebih mulia daripada seorang guru yang mencaci maki murid-muridnya, seorang doktor yang menipu pesakit demi wang lebih, seorang jurutera korup, seorang politikus licik...

Pernah juga terdetik di hati saya, kenapa guru di tanah air tidak mahu mengubah mentaliti?
Tetapi kemudiannya saya berfikir ,mahu ditukar apakah?
Memukul pelajar misalnya, ada yang mengatakan bahawa tidak apalah, guru itu kerjanya mendidik maka kalau teguran tidak berhasil apa lagi balunla.
Bagi yang membantah, benar juga hujah mereka : terror breeds more terror. terror, no matter how much you deemed it as counter-terror, it is still terror.
Pukullah mana mana pun, saya sendiri melihat kawan-kawan yang dipukul guru ataupun dipukul senior-senior dengan "izin" guru ( bila pula guru ada kuasa itu tidak tahulah) tidaklah berubah pun. Jarang sangatlah. Ya Allah senang cakap saya tak nampak sebarang perubahan punlah. Yang saya nampak berubah ialah mereka-mereka yang mendekati tarbiyah usrah dan sebagainya.
Dan kadang-kadang saya mencapai kesimpulan ini: benarkah guru-guru yang terpaksa memukul pelajar secara berlebih-lebihan itu ( bukan merotan tetapi membelasah pelajar) mahu mendidik atau melampiaskan amarah?
Benar, berhujahlah atas alasan "mendidik pelajar", tetapi kalau ada secebis sahaja niat untuk "mengajar pelajar" daripada " mendidik pelajar", silalah tanggung di akhirat kerana menipu diri sendiri dan merosakkan imej seorang pendidik.

Saya juga mahu jadi guru yang memerhati.
Saya , kalau budaya mengizinkan, ingin juga jadi jadi guru yang cuba mengubah. Biarlah saya tampak idealis atau naif- Nabi Muhammad itu juga idealis .Apa gilanya seorang gembala kambing ingin menyeru masyarakat supaya meninggalkan tradisi dan menganut fahaman aneh-Tuhan yang tunggal yang tidak memerlukan perantaraan- tetapi lihatlah , saya, seorang Asia yang tinggal di Semenanjung Asia- saya seorang Muslim , agama yang datang daripada gurun nan gersang.

Biarlah mereka dengan bincang-bincang mereka- guru lekeh, guru kini tidak profesional, guru dibayar lebih daripada sepatutnya.
Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Dan saya ini cuma batu sungai yang tiba musimnya, ditutup rumpai cuma.

Tetapi di blog sendiri, biarlah batu sungai ini meluah rasa menguntai kata.

Salam.

5 comments:

mulanrizu said...

wankhai, post neh best.

husna al-peraqqiy said...

ana dh tau mrsm ulul albab kat mn. serius tak sangka ada mrsm sebagus itu.

wankhai said...

munal : thanks~

husna: jangan berebut dengan aku sudah haha. btw , mara cadang nak tambah lagi 3 mrsm, meaning nak "convert" 3 lagi mrsm into ulul albab system , which i believe is cool~

Anonymous said...

ulul albab kat mana? boleh suruh hantar adik aku yang last ke sana. hehe...

btw, nice writings.

wankhai said...

ada kat kota putra kelantan n gemencheh negeri sembilan huhu.

sure ke nak antar adik gi sana?lol.

aim pelajar sana: 30 juzuk 3 tahun lol.