Tuesday, September 28, 2010
Senyumlah, wahai diri.
Senyumlah, walau hati ini sedang merintih, kerana rintihan mendatangkan duka pada orang lain, sedangkan kamu ialah insan yang cuba mencari faham sebuah kegembiraan.
Sabarlah, ketika tidak ada manusia yang di sekitar yang memahamimu, dan kamu terasa keseorangan. Kamu ialah kamu, dan mereka ialah mereka. Persoalan ini akhirnya kembali kepada kamu sendiri, " siapa kamu yang tidak difahami ini?". Apa kamu sendiri mengetahui?
Tenanglah, ketika jiwamu rasa terhimpit dengan hati yang sentiasa membolak-balik dan akal yang kerap menduga. Pesimis itu suatu sifat bagi sebilangan insan- dan takdir menentukan kamu begitu.
Jadilah dirimu. Carilah nasihat mereka-mereka yang lain, namun di akhir waktunya, fikirlah semula, siapa dirimu kini, dan apa yang dirimu ingin jadi kemudian?
Ketika kamu terasa berseorangan di tengah khalayak, atau kamu terasa terganggu di kala dirimu bersendirian- rujuklah semula akan dirimu. Mungkin kamu sudah lama tidak berkata-kata dengan diri sendiri- menanyakan khabar sendiri, keadaan sendiri, perasaan sendiri. Jangan dianaktirikan diri ini.
Senyumlah wahai diri. Senyumlah meski ombak perasaan melanda deras.
Dia tahu semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment