Setiap hari adalah Ashura, setiap tanah ialah Karbala.
Dan Tuhan ini ialah Tuhan mus'ada'fin, Tuhan orang-orang yang tertindas.
Tuhan ini ialah Tuhan yang mewahyukan agar Musa membawa kaumnya Bani Israel keluar daripada bumi Mesir ke Tanah yang Dijanjikan.
Tuhan ini ialah Tuhan kepada Firaun, Tuhan yang menenggelamkan keegoan dalam lautan yang ombaknya mengganas.
Sebegitu jugalah Tuhan ini, inshaAllah, akan mengeluarkan kaum-kaum yang tertindas kini daripada Firaun-Firaun zaman ini.
Dan kita yakin dengan janji Allah. Kita yakin dengan janji Allah.
No comments:
Post a Comment