Baru-baru ini kehampaan melanda.Sudah diceritakan di post sebelumnya.Resolusi sudah mula dilaksana meski hati masih luka.
Mujur kegilaan pada buku menghilangkan rasa nestapa.
Manikam Kalbu, karya Faisal Tehrani mengubati kedukaan.Pengajaran yang bermakna,falsafah yang nyata.
Banyak ilmu dipelajari.Siapa sangka ada makna di sebalik nama "baju kurung" dan ada falsafah di sebalik butang baju melayu?
Sungguh. Sesedih-sedih manusia, Tuhan sentiasa menawarkan pengubat hati dengan macam-maccam cara. Kerja Tuhan, siapa tahu?Dan bagi insan bernama Wan Khairul Nizam ini, Manikam Kalbu dan Tunggu Teduh Dulu mengisi masa, menawar duka.
Tunggu Teduh Dulu?Biarpun penulisnya tidak suka dibandingkan dengan Ayat-Ayat Cinta, tapi saya dengan beraninya mengatakan bahawa TTD sama tahapnya dengan AAC. Siapa kata produk Malaysia tidak ada umph?
Manikam Kalbu pula, biar novel remaja,falsafahnya dalam.Patut diberi pada model-model fashion yang suka mendedah dada, bangsa tergadai maruah entah kemana.
Apapun, terima kasih wahai Manikam Kalbu,wahai Tunggu Teduh Dulu. Saatku sedih, kalian muncul.
No comments:
Post a Comment