Wednesday, October 7, 2009

Working dan Kek Secret Recipe.

Ayah saya dilahirkan dan dibesarkan di Pasir Puteh Kelantan. Semenjak umurnya 15 tahun, dia sudah tinggal bersendirian, khabarnya kerana tidak sefahaman dengan nenek saya. Walaupun masih bersekolah, malam-malam dan hujung minggu dia akan turun ke laut menangkap ikan, mencari udang, mencandat sotong buat biaya hidupnya. Dia pernah bilang, semasa umurnya 16 tahun begitu, sebulan sekali dua saja makan daging. Dan sekali sekala jugalah makan ikan segar (meski bekerja menangkap ikan, yalah, bekerja dengan orang bukannya bot sendiri). Selalunya cuma nasi dan kicap dan ikan kering. Kadang kadang, adalah jiran yang memberi sedekah telur. Maka dapatlah makan telur goreng dengan kicap dan nasi. Dan kalau musim hujan, bolehlah mencabut kangkung dan pucuk paku yang tumbuh meliar di parit tepi rumah. Selepas SPM, ayah saya merantau pula ke Singapura bekerja sebagai buruh kasar di sana. Malam-malam, mengorek lubang di jalan-jalan raya membaiki saluran paip tersumbat. Apabila terlihatkan iklan untuk kemasukan ke pasukan polis pangkat konstabel, barulah dia pulang ke Malaysia. Sekarang ini, dia seorang pegawai polis di Gombak, Ketua Polis Balai Gombak Setia , balai polis Gred 1, dan di bawah ayah saya, balai ini dapat anugerah Balai Polis Contoh tahun lepas.

Mak saya semasa kecil hidup dengan agak susah jugalah. Keluarga mak miskin. Tokwan bekerja di laut di pelabuhan Kuala Sepetang itulah (Port Weld). Tok pula bekerja sebagai penoreh getah di Matang, Taiping. Dengan dua belas adik beradik, mereka tak mampu nak menanggung pendidikan kesemua mereka. Makanya, 6 adik beradik yang awal memilih untuk tidak mempunyai  pelajaran. Mak lah salah seorangnya. Di kala kanak-kanak, remaja lain ke sekolah, subuh subuh lagi mak sudah mengikut tok menoreh getah. Meningkat remaja, mak bekerja pula di kilang memproses udang, sehinggalah keluarga ini berpindah seluruhnya ke Ipoh dan mak bekerja di warong makan sebagai tukang masak.

Jadi, ibu bapa saya kedua-duanya pernah hidup susah.

Namun saya tak faham kenapa ibu mahu sangat saya bekerja sementara menunggu fly ni, dan ayah tak mahu langsung saya bekerja sementara menunggu fly ini.

Mak mahu saya rasa macam mana hidup susah seperti dia dahulu.
Ayah tak mahu anak dia hidup susah sebab dia pernah hidup susah dahulu.

Erk?

Semalam ke Kolej MARA Seremban, mahu melawat cikgu. Sebelum itu ke Secret Recipe Seremban membeli kek buat cikgu-cikgu. The lady kat that Secret Recipe, masa I'm paying, tetiba asking me on whether I want to work there, hoho. She's short of workers. Perhaps because I'm kinda "fluent in English" that she wants to offer me a job, huhu. I don't know, but haha, I'm living in Selayang kot~ xkanla nak kerja kat Seremban. Lol~still, being offered a job unexpectedly is pretty cool. I feel appreciated. Hoho. Perasan.

6 comments:

mulanrizu said...

hahaha...almk, lupa plak nk ckp pa..tpi yg pasti lwak gk la enrti neh, part yg dpt ofer keja tuh..

owh2..ingt dh,..ko dh ar mmg hntu mkn en..scret rcipe kot..hahaha..
nice2..kekeke

erm, n abt rse sush tu..hmm..dh lme gk aku tepike..cm ne ek..??..

oreo said...

eit. ko bli kek ckp english gak ke? lol.

em part susah tu. both parents aku nk ak rs susah. ayh xsgt tp mak aku a yg lebih2. bab2 bli barang la terutamanya. huhu

wankhai said...

munalhanan: haha. kek secret recipe is truly a sinful delicacy of indulgence. lol.

wankhai said...

oreo: dah aku terbiasa cakap omputih kalau beli barang. kadang kadang aku tercakap BM baku, so agak pelik jugakla..

" maaf, saya ingin membeli ..." bla bla...

aku pun xpaham pemikiran orang tua.huhu. (yela tue. bajet muda)

Anonymous said...

haha... kalau aku duk seremban and was offered a job like that, sambar stret.

anyway, do what you want la... sampai bile nak elak rasa susah. got to work someday...

wankhai said...

my ex-roommate: isk, aku pun kot..sapa xnak kerja kat secret recipe? haha... bley belajar masak western food. lol. tapi since offernya kat seremban. kat selayang ni SR takdak kekosongan..