Monday, January 31, 2011

Revolusi Ini.

Revolusi ini, pada pandanganku, bukanlah sebuah revolusi Islam sepertimana yang berlaku di Iran.

Ianya bukan sebuah revolusi Islam, tetapi ini revolusi Islamik. Revolusi ini sungguh mendapat justifikasi dari sudut Islam.

Revolusi ini ialah revolusi rakyat yang tertindas. Rakyat yang Islamik, rakyat yang sekular, rakyat yang agamanya Kristian Koptik, rakyat wanita yang bertudung dan yang tidak bertudung. Ini ialah revolusi para mustad'afin, revolusi mereka-mereka yang tertekan.

Revolusi ini revolusi di mana seluruh lapisan masyarakat turun, lelaki dan perempuan, berjilbab atau berambut blonde, menjatuhkan seorang diktator Firaun. Mereka bercampur baur sesama mereka, tangan lelaki dan wanita sama-sama menghayun bendera Mesir, suara mereka lelaki dan wanita sama-sama mengumandangkan lagu-lagu patriotik Mesir.

Dan sungguh, kalaulah ulama-ulama besar sekalipun menyuruh manusia-manusia ini pulang kerana berlakunya campur-baur antara lelaki dan perempuan, sepertimana kata ulama-ulama salaf  terkenal di Arab Saudi , tidak ramai yang akan mengikut. "Persetan kamu, ulama anjing", manusia-manusia ini mungkin berkata. 

Ini bukan revolusi Islam. Ini revolusi hak civil yang Islamik.

Ini ialah tubuh-tubuh peminum arak , pemain judi, pengganggur terbiar, wanita-wanita yang kalian keji kerana enggannya mereka menutup aurat, peninggal solat TURUN bersekali dengan penjihad-penjihad Ikhwan, pemandu teksi cabuk, peniaga kecil yang saban hari terpaksa membayar rasuah kepada polis yang korup dan lelaki-lelaki tua yang anak mereka tersiksa di penjara-penjara Mesir- semuanya berkumpul di Tahrir Square.


Tahrir : Pembebasan.

Mungkinkah Tahrir kelak akan jadi Tiananmen? Naudzubillah.

5 comments:

Anonymous said...

Roh Mao dalam kubur tergelak besar.

Anonymous said...

Hoho. Dia kena awet. Siap kena sembah.

-wankhai-

MAWAR BERDURI said...

mereka bijak kerana mereka tahu mereka dipijak..

Anonymous said...

Something's not right with this revolution in egypt. Someone is behind all of this. Like what CIA did in 1989, china. Same old shit, different country.

wankhai said...

let's just give them the benefit of the doubt first before jumping to anything, I believe.