Sunday, September 20, 2009

Menziarahi Kuburan

Saya difahamkan bahawa tidak ada nas khusus mengenai ziarah kubur di pagi raya. Memang tidak wujud rasanya. Setakat saya tahulah, Rasulullah menziarahi kuburan Baqi' selalunya pada waktu hampir subuh(barulah ingat mati seperti yang dianjurkan Islam,membolehkan kita bermuhasabah dengan amalan kita), dan juga selalu menziarahi kuburan di bulan Ramadan. Tapi di sini saya tidaklah menyalahkan amalan kita orang Melayu ini. Lantaklah nak pergi bila-bila pun, sebab hadis lain yang menganjurkan kita menziarahi kubur bersifat umum. Cuma ada satu perkara menarik saya jumpa semasa saya dan keluarga ke kubur tok pagi tadi. Di satu kubur ini, satu famili sedang membaca yasiin untuk disedekahkan pahalanya untuk si mati, InshaAllah. Tenang melihat saudara seIslam melakukan amal kebaikan. Tetapi saya ternampak pula sesuatu. Seorang ahli keluarga famili ini, rasanya darjah 6 atau tingkatan 1 barangkali, saya ingatkan sedang membaca yasin seperti ahli keluarganya yang lain, rupa-rupanya sedang bermain PSP? Dan hati kecil saya semacam sedikit..."terkilan?". Wallahualam. Memanglah main PSP tak haram,tapi,entahlah, saya rasa semacam sikit. Huhu. Balik dari kubur pun dengan rasa pelik.

1 comment:

-Shafawati- said...

Ayah aku cakap, Rasulullah akan cuba seboleh2nya berjalan pulang dari solat Eidul Fitri melalui jalan yg jauh dari kubur untuk elakkan sedih. pagi raya patutnya jadi hari yg gembira bg Umat Islam. mungkin ziarah kubur waktu raya ni jadi budaya melayu je kot. Sama la macam takbir raya. Di negara Arab, takbir dilaungkn dgn pnh semangat tanda kemenangan tapi di Malaysia, nada takbirnyer sedih bangat...