Wednesday, December 16, 2009

Berehat - Akhir Tahun.

Hari ini 16 Disember 2009. Dan masa ini sudah 30 Zulhijjah maybe?

Maka blog ini akan berehat seketika sehingga hujung tahun masihi 2009 lah.

Kita makin tua, dan mati itu memang pasti.
Dan dunia makin kelam-kabut.
Palestina yang sentiasa menangis, ke konflik politik tanah air yang tidak berkesudahan sehingga rakyat rasa malu menjadi rakyat Malaysia, ke Sidang Alam Sekitar di Copenhagen . Semuanya chaotic, semuanya kucar lanar.

Barack Hussein Obama yang terkenal dengan slogan "Change" kelihatan letih dan letih mengurus Amerika Syarikat. Pihak pembangkang di Malaysia yang dahulunya mengisyaratkan naiknya seorang kulit hitam ke jawatan tertinggi empayar US itu sebagai tanda perubahan sejagat kini hanya terdiam dengan segala yang berlaku kini. Obama lelah. Dia seolah berseorangan cuba menukar polisi-polisi US dan setakat ini, samar dan kabur lagi kesannya. Reformasi sistem kesihatan hampir berjaya dan menunggu proses, janji untuk menghapuskan sistem diskriminasi buat golongan homoseksual masih di peringkat retorik dan sebagainya.

Di Malaysia sendiri, pemblog-pemblog sudah ada mula menyoal, apa sebenarnya maksud "Islam sebagai agama rasmi" di Malaysia? Kalau dahulu, status "Melayu" sahaja yang jadi bahan perdebatan. Kini, status Islam menjadi seolah-seolah semakin kabur dan relatif? Saya mengambil pendirian positif dalam hal ini, maaf cakap. Biarlah Islam jatuh tersungkur dan dilihat segala orang, daripada Islam dilihat cantik dan berdaulat di Perlembagaan sedangkan "sudah membusuk sehingga ke usus" di dalam negara.

25 Disember semakin dekat. Saya tidak ramai kawan non-Muslim atau lebih tepat lagi Kristian. Tapi tidak mengapalah. Saya rasa tarikh lahir Jesus Christ ialah sama ada 25 Disember atau 6 Januari mengikut gereja masing-masing, tapi saya ucapkan Selamat Hari Krismas siap-siaplah di sini.

Saya mengucapkan selamat hari Krismas kepada kalian di atas pegangan saya bahawa Nabi Isa ialah Utusan Allah , Roh Allah buat umat sebelum Muhammad.

Dan juga selamat tahun baru masihi untuk semua kita ya~

Dan lebih dekat lagi, selamat tahun baru hijrah buat kita semua. Mari kita bermuhasabah dengan bagaimana kita menghabisi waktu-waktu kita selama ini, dan berazam untuk menjadi lebih baik lagi.

Dan terakhir, salam 10 Muharam yang akan tiba tidak lama lagi. 10 Muharam yang sunnah berpuasa pada harinya. 10 Muharam yang penuh kesyahduan , dengan Imam Husin bin Ali dipenggal kepalanya di Karbala. Panglima tentera yang kehausan di padang pasir , mereka berjuang demi hak dan pegangan Islam. Mereka menentang tirani, dan ijtihad Imam Husin membawa mereka ke jalan syahid semuanya. Ya mereka keluarga Nabi, tapi wanita-wanitanya diarak-arak ibarat hamba, titis-tisis nasab Rasulullah dibunuh tanpa simpati . Begitulah,  'pencinta' Ahlul Bait.

Saya ingin menitipkan kata-kata terkenal Ali Shariati, ahli falsafah Islam terkenal,

" Setiap hari adalah Ashura, setiap tempat ialah Karbala."

Salam. Ketemu lagi  2010.

No comments: