Saturday, December 12, 2009

Pindah Rumah.

Kompleks Perumahan IPPD Gombak. Rumah flat. 4 bilik dan 2 bilik air. Mak yang terlalu sayangkan perabot- meski sudah terlalu usang- dah lama pakai katanya. Kalau dalam istilah saya: nostalgik. Atau dalam bahasa saya dalam hati: *&^%. Tidak paham kenapa mak tidak tahu dan tidak mahu tahu pasal minimalisme. Saya yang suka sejarah ini pun tahu: 1) perabot 2) kalau dah usang, boleh perbaik 3) kalau x mahu perbaik, apa lagi....

Tetapi saya sajakah yang tahu di rumah ini?

Dan memang tidak faham perempuan. Oh kata-kata dalam post ini akan jadi sexist jadi feminis tegar bersedia.

Beli baju kejadah apakah sampai bilik-bilik lain pun terpaksa ditumpangkan baju mereka sedangkan sampai bila-bila pun mereka ( baca: anak lelaki)  tidak boleh pakai benda-benda alah ini melainkan mereka tiba-tiba berangan nak jadi mak nyah.

 Rumah makin sesak. Dua minggu mak tiri  tumpang tinggal di rumah mak ini kerana dia sedang berpindah ke rumah sewa baru yang lebih dekat dengan rumah mak. Sebelum ini dia tinggal di Bangsar. Yay ayah dah tak ada alasan nak mengelat " Abang kat mana? Kat rumah Sue jangan tipu Sue ada kat rumah dengan Kamarul ni. Dia bawak Ida dan Erin gi Selayang Mall tadi".

Tapi begitulah. Sesaklah rumah ini. Dua isteri dalam satu rumah sederhana besar dengan perabot yang banyak , dua anak kecil ( Erin 5 bulan Kamarul 3 bulan) yang selalu menangis tak tentu pasal yang saya rasa macam nak baling -baling saja dan mujur saya sabar, dan kerja memindahkan barang yang memenatkan.

Masa nak angkut-angkut barang semalam dan tadi, baru sedar mak dan auntie ada satu citarasa yang sama. Tak reti erti "lama" dan "tidak berguna". Perabot-perabot lama abah dan saya nak buang je dah, tiba-tiba auntie menjerit " jangan buang!" . Mak yang datang tolong-tolong pun kata "betul! buat per buang. boleh letak baju lagi. pintu yang kopak. leh perbaik lagi!". Yelah "perbaik lagi" itu tidak mungkin dah dalam kes ini. Dan sebenarnya almari itu tidak perlu pun melainkan baju-baju zaman-zaman muda-muda ( baca: dah tak muat pakai) tetapi masih mengada-ngada mahu disimpan. Ikut hati jahat mahu sahaja dibakar baju-baju itu  ikut hati baik baling-baling dalam plastik sampah hantar ke rumah anak-anak yatim.

Abah bertikam lidah lah sekejap dengan mak dan auntie. Heh. Kalah. Dua madu mempertahankan sikap " menyayangi barang-barang lama meski dia dah tak berguna. ATAU sebenarnya berusaha bermati-matian memastikan tidak wujud alasan abah nanti " hah baju-baju ni dah tak ada tempat nak letak bak sini nak buang."

Ceh.

Tetapi auntie tidak tahu, saya dan abah dah senyap-senyap buang dua tiga belas bundut barang-barang lama masa auntie duduk rumah mak. Di rumah di Bangsar itu, sambil-sambil mengemas barang-barang yang mahu, abah dan saya memasukkan sebahagian baju-baju lama dan campak terus ke tepi rumah tong sampah besar. Alah dia bukan ingat pun baju-baju tu. Tapi tak boleh buang semua, dia leh sedar jugak kang.

" Kamu jangan bagi tahu auntie kamu.". OK. Rahsia lelaki.

Nak jadi suami tak perlu pandai menipu. Dosa. Tetapi kena pandai tidak memberitahu benda-benda yang tidak perlu. Huhu.

4 comments:

r a y z i n i e said...

haha. lawak but trueee. almari baju ak dah jd almari bju parents. but still boleh pakai la. like byk gile bju dorg. haha

shida said...

hahahahaaa..adeh..tergelak2 aku baca post kau nih...hehe..yep,aku setuju je ngan mak n auntie ko (mungkin sebab sama gender?)..betol pe,ade memori sume bende tu (memori gi date pakai baju tu,dipuji sebab cantik dressing time 'date' ke..opss)..lelaki n perempuan kan ada different style of thinking..ngehehee(teringat baca buku 'Men from Mars,women from Venus')

Anonymous said...

ha ha ha ha ha... haih kat umah aku terbalik. ayah aku suka simpan barang. ikut hati mak aku bunag je semua.

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya bekas pelajar KMS. singgah disini.

akan ke NZ, insyaAllah?

mari singgah ke pre-departure program. :)

lawati
http://flyhigh.iluvislam.com/

mari segera mendaftar sebagai peserta! :)

nur syamimi mohamad napis.