Thursday, January 7, 2010

The Polemic of The Deity ( Allah, Jesus, Yahweh, El...)

Dalam isu penggunaan nama Allah ini, ingin saya ingatkan bahawa Kementerian Dalam Negeri lah yang mencari pasal dengan mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam agama-agama selain Islam di Malaysia. Sebelum merdeka lagi, di mana tanah Melayu dan Indonesia dilaht sebagai satu entiti yang dipanggil Kepulauan Nusantara, Bible dalam Bahasa Indonesia sudahpun wujud, dan Allah telahpun dipakai sedari itu. Jadi tidak ada isu berbangkit yang sepatutnya berlaku. Hanya apabila pada 2007 apabila KDN menguatkuasakan undang-undang ini yang mengakibatkan timbulnya tindakan undang-undang daripada Gereja Katolik Malaysia yang mempunyai banyak pengikut di Sabah dan Sarawak.

Namun begitu saya tidak akan menyalahkan KDN secara semberono. Negara Malaysia memang agak terlindung dalam isu ini. Sudah lama rakyat Malaysia memandang "rendah" akan masyarakat Indonesia yang bebas bertukar agama dari Islam ke agama lain, berkahwin campur sesama bukan Islam, masyarakat yang terlalu liberal dan bebas, kewujudan rumah ibadat untuk semua agama, jadi apa-apa hujah golongan bukan Islam berkenaan Indonesia dibandingkan dengan Malaysia merupakan satu tindakan tidak bijak.

Rakyat Malaysia dan Indonesia mungkin berkongsi bahasa,  rumpun yang sama dan budaya juga tidak banyak berbeza, tetapi kekuatan Indonesia dan Malaysia berbeza-beza. Indonesia mungkin sahaja punya umat Islam terbanyak di dunia, tetapi dari segi Perlembagaannya tidaklah umat Islam di sana lebih istimewa daripada rakyat Indonesia yang lain. Di Malaysia, Islam ialah "agama Persekutuan", maknanya kalau Malaysia itu ialah seoorang individu, maka dia ialah seorang Muslim. Banyak juga fasal-fasal yang menyentuh berkenaan Islam yang menonjolkan bahawa agama ini sentral dalam pendirian negara Malaysia ketika itu dan masih relevan kini. Sebilangan khuatir dengan proses liberalisasi yang berlaku di Malaysia, dengan peningkatan gejala sosial dan sebagainya, namun dalam perspektif lain, masyarakat Islam di Malaysia tampak lebih konservatif daripada dulu.

Ia mungkin hasil kempen politik antara UMNO dan PAS selama 12 penggal ini yang cuba menjadi "jaguh rakyat" dalam isu Islam- meski dengan pendekatan berbeza. UMNO agak berat dengan isu hudud dan pelaksanaan hukum undang-undang shariah tetapi sangat proaktif dalam isu kewangan Islam, manakala PAS lebih banyak berpandukan kepada struktur khalifah Islam yang amat tradionalis yang dilihat sesetengah orang "mundur" dan "jumud". Apatah lagi konsep kepimpinan ulama yang dahulunya terkenal dalam PAS ( secara teorinya masih terkenal kini) memang mengambil semangat revolusi Islam Iran yang mewujudkan Republik Islam Iran ( yang menariknya, dilanda pelbagai masalah daripada rasuah ke korupsi).

Dalam isu Allah , sepertimana yang diperkatakan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ,

" Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini."

Mari kita beradab dalam berbeza pandangan.



1 comment:

Lord Hosni the Wise said...

konsep Allah bagi kita dan mereka itu nyata bezanya antara Islam dan Kristian.

Namun sudah bedekad-dekad Bible menerjemahkan kata Father in Heaven kepada Allah.

Tetapi ini mungkin mengelirukan orang umum yang tidak tahu menahu ilmu perbandingan agama ini.

kerana konsepnya berbeza.

sekadar berkongsi.