Thursday, April 29, 2010

Masalah Umat Islam Liberal.

( sambungan daripada Masalah Umat Islam Tradisional dalam post sebelum ini)

Paranoid. Defensif. Ego. Merasakan bahawa mereka yang liberal itu jauh lebih bagus daripada mereka yang tradisional. Mungkin mereka tidak mampu bersabar dengan masa.
Mereka revolusioner perubahan. Mereka menggesa akan perubahan. Mereka terasa begitu marah, segan, malu dengan komuiti sendiri yang tidak mahu berubah ke arah mereka. Mereka tidak mahu menerima bahawa sejarah menunjukkan akan apakah yang telah berlaku pada revolusi. Masyarakat France menumbangkan sistem monarki dengan revolusi. Mereka ialah rakyat-rakyat yang kelaparan, yang jelek dengan mewahnya monarki, yang tertipu dengan sokongan gereja kepada institusi beraja ini. Jatuhnya monarki dek revolusi. Bagus.
Tetapi, kadangkala revolusioner lupa . Mereka lupa bahawa manusia itu punya pilihan. Revolusi kadang kala wajar pada suatu perkara, tetapi tidak perlu meliputi semua perkara. Obsesi revolusioner-revolusioner ini untuk mengubah semua perkara akhirnya membawa kepada keganasan, penindasan jua. Yang ditindas kini menindas.

Umat Islam liberal tidak bersedia menerima bahawa ya, mungkin sekali mereka secara intelektualnya lebih kehadapan daripada umat Islam tradisional ini yang mungkin terbatas dalam aspek fikirnya, paradigmanya. Tetapi, umat Islam liberal , TERMASUK juga umat Islam tradisional  perlu menerima suatu hakikat bahawa destinasi pemikiran intelektual itu luas. Mereka perlu menerima bahawa ada sesetengah mereka yang apabila ditunjukkan kepada mereka budaya luar, pemikiran luar- ini membuatkan mereka lebih ingin memeluk budaya mereka yang mereka ada. Mereka ingin lebih rapat dengan tradisi, misalnya. Kerana mereka melihat. Siapa kita untuk menentukan hala tuju seseorang? Inilah hakikatnya, sesetengah liberal berang secara tidak rasional dengan proses "Islamisasi" yang pesat berlaku dalam kalangan masyarakat. Ini cumanya suatu rencaman statistik pun. Lebih banyak manusia, lebih ramailah pendokong suatu ideologi- kalau kena dengan caranya. 

Muslim liberal inilah yang kononnya "khuatir" segala dengan indoktrinasi agama dalam masyarakat Islam kini. Aneh, bila ditunjukkan statistik yang memaparkan negatifnya kesan pemikiran mereka- kadang kala mereka buat bodoh saja pun.

Umat Islam tradisional "paranoid". Benar.
tetapi kalau ianya diujarkan muslim-muslim liberal ini kadangkala ia tidakpun memberi impak kepada umat Islam tradisional ini- liberalis ini kadangkala lebih paranoid.

Saya melihat paranoid ini datang melalui proses "judging".
Kelakar.
Don't judge people, don't judge people. -laungan liberalis.
Benar. Benar sekali.
Tetapi, ada liberalis terlebih-lebih pula.
Ya saya bersetuju sekali bahawa tidak elok kita judge a people, dalam Bible pun cakap " don't judge other people. God is the judge".
Tetapi umat Islam perlu sekali menimbangtara perbuatan orang lain.
Atau takkanlah demokratiknya masyarakat 'moden' itu kononnya, sehinggakan semua perbuatan pun kita tidak boleh judge.
Perbuatan yang melanggar syariah- salahkah kalau kita rasakan ianya "tidak elok", "penghinaan kepada agama" dan sebagainya?
Salahkah?
Dalam Islam tidak wujud mentaliti " ini urusan dia dengan Tuhan".
Islam ini agama komuniti. Agama Kristian misalnya, menjadi benteng moraliti dan support di kawasan-kawasan Afrika. Malah, politik US juga dicerminkan keadaan ini. Kita punya "red states" dan "blue states" di US. Lihat sahajalah bagaimana demografi kawasan Bible Belt di US membentuk suatu identiti dalam masyarakat Barat.

Liberalis marah apabila mereka dipandang serong.
Kelakar.
Mereka pun sama.
Ya, muslim tradisional, memang, sebahagiannya memang jumud, kolot, menindas dan sebagainya. Mereka suka menindas muslim liberal dengan pandangan melampua dan terlalu damaging misalnya.
Tapi, seronok kan, guna istilah "sebahagian"? Kita tidak jadi deterministik. Kita tidak menentang semua. Kita berada di zon selesa. " Saya cuma kecam sebahagian sahaja."
Tambahan lagi, kita boleh respon, " siapa yang saya cakap ini, siapa yang makan cili dialah rasa pedasnya". 

Ha, samalah dengan pandangan tradisionalis terhadap muslim liberal.
Siapa yang makan cili dialah rasa pedasnya.
Masuk disko dan minum arak lalu dikecam muslim , pastu mengamuk kerana 'ditindas' rakan Muslim . Ramai saja liberalis yang tidak masuk disko dan minum arak. Yang terasa itu mengapa? Lainlah kalau memang buat betul.
Orang yang salah saja susah hati apabila dikecam atau dikutuk.
Bersosial sehingga melepasi batasnya. I mean, in a way, batas tu rasanya si empunya diri pun tahu batas itu di mana. Actually, entah-entah ( tengok, saya guna kata2 mcm ni untuk letakkan saya dalam safe zone) si empunya diri pun tahu dia buat benda salah. Bukannya dia tak tahu. Dia cuma tak boleh terima benda tu datang daripada orang lain. Kadang-kadang ( again, safe word) , dia tahu sangat. Pastu, buat tak tahu. Pastu, marah orang yang bagi tahu.
Macam budak-budak?

(note yang tone dan style post ini dah berubah di hujung-hujung hahaha. dah letih berlaku formal)

3 comments:

MAWAR BERDURI said...

menarik.. cuma nak tau muslim tradisional tu yang mana dan pasal kebangkitan orang liberal tu berlaku kat mana ye?

p/s: "Bersosial sehingga melepasi batasnya. I mean, in a way, batas tu rasanya si empunya diri pun tahu batas itu di mana." ada makna ke..

wankhai said...

Salam.

Depends. I don't actually like the dichotomy of "traditional" or "liberal". most people lies in between those two terms.

pretty much you can have your own ideas on how one become a tradiitionalist or a liberalist.

islam itu, apatah lagi, ialah agama yang "membebaskan"-liberal.

kebangkitan? oh well..
to say, ahli2 falsafah islam zaman dahulu pun dah dicop sesat..ibnu rushd segala, meski bermazhab Malik, tetap dicop sesat oleh sesetengah pihak. apatah lagi al-biruni, khawarizmi yang incorporate both muztazilah n sunni ideas,or ibnu sina yang merupakan seorang shiah dan mengatakan alam itu kekal.
ulama2 kalam juga dikritik hebat imam mazhab..

zaman moden..ia bermula dengan pengaplikasian epistemologi/ TOK barat dalam melihat islam...

we have almarhum Dr Nurcholis Majid di Indonesia. di rantau sini..pusat utama Islam liberal ialah Universiti Islam Yogjakarta, misalnya...

the ps thing..it's actually refer to general..
saya yakin most people bukannya jahil...
they do it because they wanna do it..bukannya mereka tak tahu benda tu salah..mcm tu la.

Muhammad Hilmi said...

setuju dgn wan khai..hidup kita ini sentiasa ada pilihan..nak ke tidak..kebanyakan dari kita semua 'tahu' tapi cuma 'tak mahu' sebab kemungkinan masing2 ada pemahaman berbeza dgn apa yang 'difahami' nya..:)