Sunday, February 8, 2009

Sabar Sajalah Datuk Seri


Sabar ya Datuk Seri . Allah akan bersama orang-orang yang sabar.
Saya bukannya penyokong parti anda, dan juga bukannya penyokong parti lawan anda, ataupun penyokong kumpulan penentang demokrasi seperti HT dan saya juga tidaklah pula fanatik bebenar dengan demokrasi ni seperti Malaysian Think Tank London.
Oh ya, saya juga bukannya royalist ataupun republican.

Cuma,
Saya anak Perak.
Dikala saya mungkin tidak bersetuju dengan cadangan pemberian tanah kepada kaum Cina di Perak, ia tidak bermakna saya tidak mengakui ketinggian budi pekerti Datuk Seri yang selama 11 bulan menerajui tanah tercinta saya ini.

Dikala saya tidak bersetuju dengan penandatangan peletakan jawatan secara automatik dan tidak bertarikh yang tidak law-abiding in actuality, tidaklah pula saya menyalahkan Pakatan Rakyat secara mutlak ataupun Barisan Nasional secara mutlak atas cacamarba ini, kerana benda dah jadi.

Cuma , Datuk Seri seorang yang diakui ketinggian akhlak dan kesopanannya. Saya memang tak berapa berkenan dengan konsep tahaluf siyasi, tapi siapa saya untuk membantah? Yang saya tahu, anda dah lakukan tugas anda dengan jauh baik (pada pandangan saya ) di Perak berbanding dengan Khalid Ibrahim, MB Selangor, negeri yang saya tinggal sekarang ini. Pendapat saya, lah.

Tuan Haji orang politik, saya pula cuma boleh memerhati politik sajalah, itupun dengan penuh rasa disgusting , menyampah, jijik dan sebagainya. Saya dah tak boleh nak jadi begitu neutral dah 2-3 tahun ni, Datuk Seri. Dah menyampah. Betul.

Jadi, sabar saja Datuk Seri. Berkongsilah sebentar jawatan MB itu dengan BN sampai keluar result mahkamah.

Kalau menang, selamat bertugas secara rasmi. Jikalau kalah, selamat kembali ke bahagian pembangkang. Bukannya hina pun jawatan pembangkang ini kan Datuk Seri?

Yang penting, check and balance.

Allah berkati kita semua. Moga Perak jadi aman semula la.

1 comment:

Anonymous said...

salam...sheikh ana rase nta kene dalami semula mengenai apa itu tahaluf siyasi
n mengapa wjdnya ia dlm pemerintahan islam.