Friday, August 28, 2009

Menunaikan Nazar


( 10 Ogos 2009)

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah yang Maha Memberi Bantuan,
Dengan rahmatMu aku bermohon agar Kamu limpahkan pertolonganmu buat hambaMu ini dalam ujian yang aku hadapi.
Aku bernazar untuk mencukur rambutku dan menunaikan puasa sunat sebanyak 30 hari sekiranya rezeki oleh Mu, aku memperoleh keputusan yang melayakkan menuntut ilmu di luar negara.
Hanya Kamu sahaja yang kami sembah dan hanya Kamu sahaja tempat kami meminta pertolongan.
Moga dengan setiap rambut yang gugur di atas nazar ini aku memperoleh kebaikan dan moga-moga puasa sunat yang akan ku lakukan nanti beroleh amalan.
Amiin.

( 28 Ogos 2009)
Aku menunaikan nazarku pada hari ini kerana Allah taala.

( Selepas raya haji inshaAllah akan dimulakan puasa sunat..)

Trivia:

Rasulullah tak begitu menggalakkan umatnya bernazar. Kerana nazar menuntut kesungguhan,dan besar kemurkaan Allah bagi mereka yang sengaja bernazar namun akhirnya tak mampu lakukan.

Sabda Rasulullah: Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu bernazar kerana nazar itu tidak dapat menolak sedikitpun takdir, ia hanyalah untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang bakhil.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 3096

3 comments:

bawangmerah said...

erk!
*terkejut*

Anonymous said...

tahniah! moga teros dikuatkan azam dan dipermudahkannya untuk melaksanakan nazar! congratz, dapat fly! doakan juniors2 plak ek! hehehe

Miyn Amin said...

wuaahhh!

perlu ke cukur smpai licin semua? scaryy jugak tgk..

but then, taniah...