Thursday, November 5, 2009

Dr Asri dan Kebebasan Bersuara.

Petikan berita terbaru Malaysiakini: Asri: Tauliah cabul hak bersuara.

Sistem pentauliahan bagi mengajar agama yang diamalkan oleh pihak berkuasa agama Islam di semua negeri adalah melanggar hak kebebasan bersuara, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, ini kerana dalam, Nabi Muhammad sendiri menyuruh supaya setiap umat Islam itu berdakwah "walaupun satu ayat".

Sehubungan itu, beliau tidak menolak sistem ini telah disalahgunakan sebagai 'alat kawalan' terhadap pendakwah-pendakwah Islam di negara ini.

Katanya, walaupun Perlis mempunyai undang-undang yang sama, tetapi beliau tidak pernah menguatkuasanya sepanjang menjadi mufti negeri itu.

Dr Mohd Asri yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas memberi ceramah agama di Gombak baru-baru ini, memberitahu demikian dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini.

Respon saya:

Ustaz, saya menghormati ustaz selaku seorang ahli agama yang berprinsip dan berhujah menggunakan intelektualiti dan semangat empirisme. Tetapi tidak tahulah, saya masih tertanya-tanya akan erti di sebalik "kebebasan beragama" yang ustaz maksudkan.

Saya tidaklah nampak "kebebasan bersuara" yang ustaz maksudkan apabila rombongan Habib Munsib al-Attas dari Tarim Hadramaut, yang sunni masalahnya, sekitar tahun 2007 dulu dihalang daripada menyampaikan ceramah dakwah di sebuah pondok agama di Perlis?

Ulama-ulama ini dituduh syiah oleh pihak mufti pada awalnya untuk menghalang mereka (hanya kerana ulama hadramaut ada asal usul ahlul bait kah?), kemudian ditukar pada kononnya ia majlis politik, alih-alih pihak mufti Perlis menyalahkan imigresen Malaysia dan tak benarkan majlis sebab tidak ada tauliah daripada kerajaan Malaysia. Memanglah ustaz tidak "kuatkuasakan enakmen tu", sebab kalau ustaz kuatkuasakan, takut ustaz kena marah dengan orang-orang pondok agama yang tak tentu pasal ulama' mereka dituduh Shiah, sedangkan saban masa mereka menguliti kitab al-Ibanah daripada Imam Abu Hasan al-Asyari.
Alih-alih guna hujah ulama' Hadramaut ini tidak ada tauliah daripada kerajaan Malaysia( sedangkan kat negeri lain, okay la pulak)

Ustaz, ustaz pernah dengar hukum karma?

Kebebasan bersuara apanya kalau ustaz dengan kuasa ustaz, menyarankan supaya Faisal Tehrani  yang mengeluarkan "Ketupat Cinta " dalam Harian Metro digam dan dihentikan penerbitan.

Dalam banyak hal saya tidak bersetuju dengan Faisal Tehrani malah dengan ustaz sendiri, tapi sebab saya jahil, maka saya berlapang dada.


Tetapi saya takkan terima hujah "kebebasan bersuara" . Saya merupakan seorang yang sangat berpegang pada kebebasan bersuara, tetapi kalaulah kebebasan bersuara dijadikan alasan dan hujah, malang sekali.


Kerana apa yang berlaku selama ini tidaklah mencerminkan "kebebasan bersuara" yang ustaz pegang ini. Tetapi saya mahu ustaz terus berjaya di masa hadapan. Malaysia merupakan negara yang mengalami masalah rendahnya budaya intelektual sekarang ini. Mahasiswa kini sudah gagal menghayati falsafah intelektualiti. Semuanya mengenai melahirkan produk tenaga kerja sahaja, kalau Karl Marx lihat ini pasti dicemuhnya universiti sebagai "capitalist factory of the highest order".


Tetapi, dalam hal ini, orang yang mendapat faedah dalam pandangan " kebebasan bersuara" ini cumalah golongan Islam Liberal ( Sisters in Islam dan sebagainya). Mereka juga boleh berhujah dengan "sampaikanlah walau satu ayat".

1 comment:

Anonymous said...

agreed.