Saturday, November 28, 2009

Salam Aidiladha

Mungkin sudah lambat, tapi tidak mengapalah.

Selamat hari raya Aidiladha kalian.

Mungkin bagi sesetengah kita Aidiladha itu apalah sangat. Malah ada yang tidak meraikan langsungpun. Sekadar cuti umum bagi kita, hatta tidaklah Aidiladha itu setaraf Aidilfitri, kononnya.

Tidak mengapalah.Saya cuma memesan-mesankan buat diri dan semua  yang kita ingatlah pada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. Kalau mahu lebih ingatlahjuga  pada keturunannya Rasulullah dan ahlul bait yang mulia.

Ismail a.s tidak jadi disembelih tetapi akhirnya di Karbala tersembelih keturunannya yang mulia Saidina Husin bin Ali cucu Rasulullah permata hati Fatimah.

Oh Tuhan. 

No comments: