Wednesday, March 31, 2010

Cubaan. Dugaan.

Satu cubaan sebenarnya. Perlu menghabiskan bacaan beratus muka dalam satu malam kerana ujian EDUC 115 Children & Adolescent Development  yang akan berlangsung dalam masa kurang 10 jam.

Dan latihan -latihan subjek lain yang semuanya perlu dihantar esok= 1 April 2010. 2 latihan ENGLISH WRITING 101. LINGUISTICS 103.

Oh ya, 2 April 2010 ialah perayaan Easter- detik Penyaliban Jesus Christ menurut agama Kristian. Kalau ingin dibuat perbandingan, Easter ini paling signifikan dalam kalendar Kristian sepertimana pentingnya Hari Raya Idul-Adha bagi kita Muslim.Mereka yang sedikit alim akan menamatkan puasa Lent mereka manakala sepertimana sambutan-sambutan lain yang telah disekularkan ( dan ini berlaku kepada semua agama nampaknya) , mereka yang tidak alim juga menyambutnya atas dasar tradisi dan penghubung ikatan kekeluargaan.

Oh ya. Tadi pertama kali menderma darah. Kebelakangan ini saya selalu mencuba perkara-perkara yang takkan saya lakukan sebelum- sebelum ini. Stres kah? Aish kalau trend sebegini berterusan jangan terkejut yang saya sendiri yang akan terjun bungee di Lake Taupo nanti.

 Okay, itu agak melampau untuk seorang Wan Khai.

Malam ini bakal jadi malam yang sangaaaaat panjang. Belajar dan terus belajar.

" Dan janganlah kamu takut dan janganlah kau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita".

Amiin. Amiin. Amiin.

No comments: