Saturday, October 3, 2009

A Prayer In Tawassul With The Holy Patriarchs

Segala puji buat Tuhan yang menurunkan utusan-Nya kepada manusia.
Segala puji buat Tuhan yang menurunkan Quran kepada kami.
Segala puji buat Tuhan yang memberi rezeki kepada siapa yang Dia mahu.

Salawat dan Salam buatmu Saidina Muhammad Rasulullah Pesuruh Allah.
Salam buatmu ya Saidina Ibrahim Kekasih Allah.
Salam buatmu ya Saidina Ishak dan Ismail Bapa Dua Keturunan Agung.
Salam Buatmu ya Saidina Adam Bapa kami.
Salam buatmu ya Saidina Isa Ruh Allah.
Salam buatmu ya Saidina Elijah. Ezra, Jirjis Penunjuk Jalan buat Bani Israil.
Salam buatmu ya Saidina Sulaiman Raja Kerajaan Agung
Salam buatmu ya Saidina Musa dan Harun Cahaya Bani Israil.
Salam buatmu ya Saidina Yusuf Hamba Allah yang Allah muliakan wajahnya.
Salam buatmu ya Saidina Yahya Si Pembaptis.
Salam buatmu Nabi-Nabi mulia dan Rasul-Rasul agung. 

Salam buatmu ya Imam Ali Pemimpin Timur dan Barat
Salam buatmu ya SaidinaHamzah syuhada' agung.
Salam buatmu ya Sayyidatina Fatimah waris Baginda.
Salam buatmu ya Imam Hasan pendamai Muslimin.
Salam buatmu ya Imam Husin Penghulu Syuhada.
Salam buatmu ya Ahli Al-Kisaii
Salam buatmu ya Dua Belas Imam Agung.
Salam buatmu ya Saidina Abu Bakar, Umar , Uthman pemimpin mulia.

Salam buatmu ya Isteri-Isteri Rasulullah.
Salam buatmu ya syahidah Asiah,  saidatina Maryam wanita mulia.
Salam buatmu ya Para Sahabat yang sejati.
Salam buatmu ya Tabiin mulia.
Salam buatmu ya Tabi' Tabiin mukminin.

Salam buatmu ya Zabur Kitab Mulia.
Salam buatmu ya Taurat Kitab Mulia.
Salam buatmu ya Injil Kitab Mulia.
Salam buatmu ya Quran Kitab Agung .

Salam buatmu Saidina Jibril Penghulu Segala Malaikat.
Salam buatmu para malaikat yang sentiasa bertasbih memuji Dia.

Ya Allah ya Tuhan kami.
Dengan kemuliaan Al-Quran Kamu dan kitab-kitab sebelumnya, dengan kemuliaan Saidina Rasulullah Muhammad dan Nabi-Nabi sebelumnya, dengan kemuliaan Saidina Ali dan Ahl-al-Bayt mulia, dengan kemuliaan Abu Bakar, Umar dan Uthman dan sahabat-sahabat yang menurut jejak langkah baginda,dengan kemuliaan wali-wali Allah yang telah Kamu berikan rahmat dan kelebihan kepada mereka,

Ampunilah dosa kami ya Allah.
Sesungguhnya kami ini banyak berlaku dosa kepada-Mu.
Ya Allah yang Memiliki Segala Kekuasaan.
Kamu tanamkanlah rasa tabah dan sabar dalam menghadapai dugaan kehidupan ya Allah.
Ya Allah yang Maha Mengetahui.
Kamu anugerahkanlah ganjaran mulia kepada mereka yang ditimpa malapetaka-malapetaka kebelakangan ini ya Allah.
Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.
Bala bencana yang kian menjadi ini, apakah mesej-Mu ya Allah, ya al-Rahman?
Ya Allah janganlah jadikan kami orang yang melihat kiamat di hadapan mata kami.
Ya Allah berikanlah ketabahan kepada mereka yang ditimpa bala bencana ini.
Ya Allah jauhkanlah kami daripada bala taufan, gempa bumi, kemarau panjang, banjir besar.

Ya Allah kami tahu kiamat makin hampir tetapi kami masih lalai.
Ampunilah kami ya Allah.
Ya Allah jadikanlah kami ahli tentera Imam al- Mahdi dan Isa al- Masih.
Dan jauhkanlah kami daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal.

Ya Allah, dengan kemuliaan hamba-hamba-Mu yang kamu kasihi, kabulkanlah permintaan kami ini.

Selawat dan salam buat Rasulullah Muhammad dan Bahtera Nuh Umah.
Walhamdulillah rabbul 'alamin.

[amiin]

No comments: