Friday, May 14, 2010

Of Palestine.

Nakba. Tragedi melanda umat Palestin 62 tahun dahulu.

Apa yang umat Islam mahu buat, saya tidak mahu peduli.
Kita sudah lelah dan lesu dengan jawapan dan penyelesaian retorik.

Palestin- semua orang ada respon berbeza.
Misalnya, ayah saya.
With all due respect to my father's opinion, saya tidak bersetuju dengan pandangan beliau berkenaan Palestin. Tetapi tidaklah pula saya menolak hak ayah sahaja untuk melontarkan pandangan beliau. Rujuk Voltaire, saudara, Voltaire.
Ayah saya tidak nampak signifikan kerja keras pihak Aman Palestin misalnya dalam membantu kesusahan umat Islam Palestin.
Hujah beliau, kat Malaysia banyak lagi orang susah, kenapa tidak ada NGO yang betul-betul gigih dalam membantu nasib umat Islam di Malaysia ini? Ini tidak, asyik komplen karenah birokrasi Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja , takpun mempolitikkan nasib orang Melayu. Harap pada kerajaan sahaja. NGO2 sibuk dengan Timur Tengah buat apa?

Itu pandangan ayah saya. Saya berbeza.

Palestin bukannya isu nasional lagi. Ia sudah berbangkit jadi isu agama. Dan sebagai umat Islam, takkan tidak mahu mempedulikan agama sendiri? Apatah lagi nampak sejelas-jelasnya penindasan berlaku . Apa tidak mahu dibantu mustad'afin ( orang yang dizalimi)?

Namun begitu, anda tahu saya, saya bukankah orang yang krtikal tidak tentu hala kan? Kita perlu sentiasa mencabar pandangan sendiri.

Orang menekankan bahawa cara kita melihat Palestin hanyalah boleh menerusi kacamata Hamas, atau sekali-sekala Fatah. Mereka mewakili pandangan umat Islam Palestin.
Tetapi saya  lihat saja pandangan umat-umat manusia lain. Sejak bila saya ikut cakap orang kan?

Konsep two-state solution misalnya, diharam terus oleh ulama kerana Palestin tanah wakaf umat Islam. Saya rasa relevan je two-state solution tu, tapi itu pandangan saya. Silalah berbeza pandangan.

Saya juga misalnya tidak melihat relevannya kita perlu merampas kembali Andalusia. Apa yang kita mahu daripada Andalusia? Bangunan-bangunan lama? Kesan tinggalan sejarah? Just accept the fact that the land used to be ours, and now theirs. All this attachment to some land yang buatkan kita tersekat dengan sejarah, sama seperti orang Yahudi yang dihalau keluar daripada tanah Israel suatu masa dahulu. Kesannya, semua ritual , liturgi agama tersebut menampakkan rindunya pada tanah Israel.

Actually I kind of support the idea of

1) Mekah dikawal OIC, bukannya Arab Saudi. Mengarut sangat kerajaan Arab Saudi sekarang. Mekah jadi pusat kapitalis. Mengaut keuntungan daripada ibadah. Nak bina menara tertinggi kat dunia apa halnya? Dan apa yang cuba disarankan ini apabila pusat beli belah mega dibina merata-rata di Mekah? Siap dengan jenama-jenama antarabangsa lagi- Prada, Marc Jacobs segala? Elokla tu.

We used to have Tokyo, Milan, New York , Paris as pusat fesyen dunia. Nak sangat, jadikanlah Mekah pusat haji itu pusat fesyen dunia juga. Festival Fesyen Mekah.

Mekah milik semua Muslim. Tetapi apabila jadi bahan mengaut keuntungan, rasa dah tak macam milik semua dah. Kalau Mekah yang secara asalnya milik semua umat Islam pun dah jadi macam tu, apa yang kita harap berkenaan isu Palestin?

2) Israel-Palestin dikawal United Nations.

I'd want to say that this land should be  totally free from any ideologies. All this claims actually tak kemana pun. Orang Yahudi memang ada sejarah panjang dengan tanah ini. Orang Kristian , disinilah Jesus dilahirkan dan dibesarkan, dan mengikut mereka, disalib. Orang Islam, well, isra' mikraj..

I don't know whether this belief of mine will deteriorate my aqidah anyway, but I just want to give my piece of opinion.

Saya sendiri rasa this idea juga ada banyak masalah, bagaimanapun. OIC mentadbir Mekah semacam suatu perkara yang pelik- kerana memang jelas pun Mekah ialah tanah kerajaan Saudi.  OIC juga ialah satu persatuan yang sangat fragile dan nampak sangat akhirnya, negara Islam yang kaya akan lebih banyak kuasa lobi berbanding negara Islam yang miskin. Eksploitasi tetap boleh berlaku. Tetapi kita punya sahaja Vatican yang berada di bawah Rome, misalnya. Tetapi ditadbir the Holy See.

Berkenaan Palestin  dan two-state solution pula, masalah timbul bukan sahaja mengenai keengganan Israel untuk memulangkan tanah yang dirampas akibat kekalahan tentera Arab , tetapi kerana wujudnya fatwa yang mengharamkan tanah wakaf menjadi milik bukan Islam. Kalaupun nak isytihar Israel-Palestin dibawah United Nations misalnya, lobi zionis dalam UN pun sudah kuat. Macam tidak realistik pun.

Tengok, saya mengkritik pandangan diri sendiri.

Sudahnya kemana?

p/s: May 20. Draw Muhammad Day. Apakah?

No comments: