Wednesday, May 14, 2008

Cinta, Love, Mahabbah






Subhanallah.



Seorang lelaki ini baru menyedari bahawa dia sudah jatuh cinta pada seseorang. Takdir menentukan, perempuan itu sangat dikenalinya, malah dikira sebagai kawan yang sangat rapat.Mereka saling memberi tazkirah, berlawak jenaka menghiburkan hati, dan tolong-menolong antara satu sama lain. Si lelaki sangat menghormati keperibadian perempuan ini.

Perempuan ini sangat menyayangi ibu-bapanya. Si lelaki ini, tidak begitu rapat dengan keluarganya. Kehidupan dalam keluarganya hanyalah pulang ke rumah sebulan sekali, bergelak tawa seketika di meja makan, dan berbincang isu pelajaran, jiran dan menghantar ibu membeli belah di mall. tidak ada untaian ucapan-ucapan kasih sayang diucapkan antara satu sama lain. malah, hari ibu juga dipandang sepi."terlalu awkward", kata lelaki tersebut. Ayah dan ibu apabila menelefon, tidak lebih seminit. perbincangan hanya berkisarkan sama ada lelaki ini masih ada wang ataupun pelajaran baik atau tidak.itu saja.

Perempuan ini pula sangat menyayangi ibunya. Baginya, segala usahanya ialah demi Allah dan kelak, dapat meringankan beban orang tuanya. Perempuan ini menangis apabila keputusan ujiannya tidak menepati apa yang diharapkan. Dia sedih kerana ibunya pasti akan kecewa melihat keputusan ini. Lelaki ini tersentuh hatinya melihatkan betapa dalam sayangnya perempuan ini terhadap ibunya.Perasaan seorang kawan baik mula bertukar.

Gadis ini muslimah, selayaknya menjadi naqibah usrah. Lelaki ini biasa-biasa saja, hidup pun tak ketahuan. Hanya bekalan sedikit ilmu di dada membantunya meneruskan kehidupan. Dugaan daripada Allah merata-merata.

Lelaki ini keliru. Kadang-kadang, perasaan cinta itu hadir sewaktu bermesej dengan perempuan ini.Cemburu datang apabila perempuan ini menanyakan apa yang perlu dilakukannya kerana ada lelaki yang meminta " couple" dengannya. Ikut saja, mahu saja lelaki itu terus 'confess',


" Aku juga menyukai kamu, demi Allah! Aku menyukai kamu atas akhlak kamu. Aku menyukai kamu tanpa mengharapkan balasan kamu. Inilah kurniaan Allah keatasku kerana cinta pertamaku adalah seorang muslimah yang taat pada Allah dan mencintai sunnah Rasullullah!"

Tapi perasaan seorang kawan baik hadir. Tidakkah pengkhianatan berlaku kerana perempuan ini boleh mengadu masalah dirinya pada lelaki ini kerana lelaki ini kawan baiknya, tempat dia memohon nasihat!

Lelaki ini risau. Risau sekiranya dia "confess", perempuan ini akan menjauhkan diri daripadanya. Tidak mahu, lebih rela lelaki ini kekal kawan sahaja dengannya. tapi, lelaki ini sedar, muslimah, mu'minah ialah impian semua lelaki muslim sebagai teman hidup.Bukan senang ketemu gadis sedemikian di dunia ini.

Ya Tuhan.

Demi Allah, lelaki ini bukan lelaki yang menyukai seorang perempuan hanya kerana mahu bermesej-mesej, teman kala boring, couple-couple mengikut trend remaja sekarang. Dia serius. Cintanya ialah cinta ke jinjang pelamin. Nampak kelakar, seorang remaja berfikiran sebegini serius. Lelaki ini berpegang pada pendapat couple itu tidak dibolehkan. Perkahwinan itu mendirikan masjid, menegakkan islam.Tapi lelaki ini masih confius, benarkah aku benar-benar mencintai perempuan ini?Dia kawan baikku ya Tuhan!

Terlalu berisiko. lelaki ini takut. Dia bukannya alim, perwatakan pun ntah apa-apa, malah rupa usah dikata. Harta, mana ada. Sesuaikah aku dengannya? Nervous.Sungguh!

Ya Allah.

Berikan lelaki ini petunjuk. Manifestasi Cinta daripada Quran mungkin jawabnya.




Lelaki ini masih keliru, masih khuatir. Dia pasrah sebenarnya. Cinta itu tidak semestinya dua-hala. Cinta seorang kawan juga cinta yang tulus. Akan tetapi, lelaki itu percaya , something need to be done. Tapi, benteng kerisauan, kekecewaan masih teguh!
Ya Tuhan.

Pertolongan, sesiapa?

2 comments:

Anonymous said...

tapi, buku-buku psychology kata, cinta itu perlu ada empat-empat; physical, spiritual, emotional, lust.

tanpa mengabaikan syara', mampukah sebenarnya menakrif apa-apa sebelum akad itu sebagai cinta?

cinta is something we nurture, kita cuma boleh jatuh hati saja.

dan, jika benar-benar muslimah ini mencintai sunnah RasuluLlah, tak mustahil satu hari nanti dia juga yang meminang, umpama khadijah.

hehe.

tapi, apa-apa pun jangan sampai terlepas yang solehah.

although i think benda ni dah settled by now. nak jugak cakap.

jangan keliru, ya. sungguh, tiada cinta sebelum nikah. insyaALlah.

wALlahu'alam

wankhai said...

ya, saya baru tersedar. Baru menyedari kecelaruan tersebut. aduh satu ketidakmatangan pula. AKan diubah, insyaAllah. terima kasih atas ingatan dan komen yang betul betul betul membantu.