Bak kata rakan saya di Sekolah Izzuddin Shah dulu:
"Wan, kita ni bertuah duk kat sekolah agama. Bukan apa, hang pun tau, aku pun bukan baik mana , tapi paling kurang bila aku nak bertaubat nanti, dengan ilmu agama yang aku belajaq kat sinila, paling kurang adalah arah nak bertobat tu. "
Saya pun membalas:" Nak wat camner Din oi, aku pun dua kali lima cam hang ajer sebenanyer."
Sungguh. Telah saya berkali-kali menegaskan bahawa janganlah tertipu dengan latar pendidikan atau pengeluaran fakta-fakta berkaitan Islam , agama dsb dan mengaitkannya dengan tahap keimanan saya , atau secara umumnya kita semua. Itu bagi saya PENGETAHUAN, bukannya ILMU.
Saya mungkin berfakta banyak, tapi ilmu mungkin sifar, kerana ilmu itu tanda wujudnya ialah di amal perbuatan.
Tapi saya tak malu dan tak pernah malu mengatakan bahawa saya ini produk sekolah agama, dan seterusnya masuk ke mRSm. Tidak. Biarpun orang kata saya ni syaitan ke apa, saya tak kisah. Kerana bagi saya kemasukan sekolah agama Izzuddin Shah saya itu benar-benar mengubah halatuju hidup saya.
Di sekolah itulah saya menemukan rakan-rakan yang keikhlasan mereka hanya Allah saja yang mampu membalas, di situlah saya melihat dan hidup dalam suasana dimana dimensi-dimensi pemikiran dalam Islam yang merentasi batas fikah, falsafah dan adat hidup secara harmoni.
Di sekolah ini jugalah saya menemukan personaliti2 yang tidak saya sedari sebelum ini.
Di sekolah ini jugalah saya diduga oleh Allah macam-macam, yang sebilangannya masih lagi dugaan yang belum saya upaya selesaikan.
Tapi paling kurang bak kata kawan saya, kalau nak bertaubat adalah arah. Taklah terkial-kial nak semayang macam mana, apa kebendanya kafarah tu, apa kebendanya istighfar, taubat nasuha.
Dan saya tahu, saya perlu bertaubat nasuha.
Cuma, soalan yang mengelabui minda: ada masa lagi ke tidak, ya Allah?
(jawapan yang obvious: selagi matahari tak terbit dari Barat".
1 comment:
quoting the malaysian not-so-boyband;
"sampai tubuh tak bernyawa, sampai ku kepangkuanNya.."
and the rest of the song is irrelevant.
Post a Comment