Saturday, May 30, 2009
Kawan dan KAWAN.
Sepanjang hidup kita,
Kita menemukan pelbagai ragam, dan pelbagai manusia
yang mewarnai dunia ini.
Sesetengahnya kita namakan sebagai ibu bapa,
ada yang kita namakan saudara,
tetapi yang paling ramai ialah
mereka yang kita namakan 'rakan'
atau 'kawan'.
Tetapi apa itu rakan?
Apakah ia cuma sekadar
entiti-entiti yang melintasi hidup kita yang
dengan mereka, kita dan mereka,
bergelak ketawa seketika ,
berpeluk tangis sebentar,
berpeluh gementar dek dugaan,
atau menjerit kesukaan dek kejayaan?
Adakah kawan itu cuma sekadar 5 tahun berkawan di
sekolah menengah ,
sama-sama bersembang malam,
sama -sama berusrah atau bergosip,
(pilih mana yang lebih kerap),
manusia yang usia remaja kita dihabiskan bersama mereka,
di mana mata kita ketika itu masih lagi galak,
meliar melihat lelaki kacak atau perempuan jelita?
Atau kawan itu cuma sekadar 2 tahun di
kolej buat persediaan ke luar negeri,
sama-sama merungut dengan homework yang menimbun,
atau sama-sama melayan cikgu yang terlebih ramah
atau terlebih leceh,
atau peneman menonton wayang gambar di pusat membeli belah,
bergembira sambil sengsara?
Adakah kawan itu,
ialah manusia-manusia yang 5 tahun atau 2 tahun
bersama itu,
yang mana mesej dihantar beberapa kali setiap tahun,
tanda kita atau mereka masih dalam kenangan?
Adakah itu "kawan" yang antum maksudkan?
Apa antum rasa?
Ana rasa bukan.
Ana rasa....ini apa yang ana rasa, ana tak tahu antum lah,
Kawan itu mereka yang kita mahu bersama mereka di syurga.
Orang-orang yang kita mahukan kebaikan baginya
seperti mana kita gila berdoa untuk kebaikan
diri kita sendiri.
Kawan itu ...mereka yang kita melihat itu,
spontan kita orang kulit coklat ini berkata dalam bahasa orang kulit putih,
" yeah, they are the ones".
Mereka yang kiranya diizinkan Allah, kita dapat masuk syurga dengan rahmat-Nya ,
menjadi jiran-jiran kita di taman syurga kelak.
Di mana ketika itu nanti,
kita dan rakan-rakan itu nanti,
sama-sama menziarahi Rasulullah tercinta dan meminum dari Kauthar baginda,
atau sama-sama takjub melihat Wajah Allah yang mulia.
Makanya,
apa kita ini sudah menjadi "the ones" bagi orang lain,
atau sudahkah kita menemukan "rakan" sebegini?
Ana cuma boleh cakap "wallahualam".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment