Saturday, May 2, 2009

Kerja-Kerja BodohDalam PAS.

Membaca blog Ustaz Nik Abduh Nik Aziz membuka minda saya.Biarlah apa sahaja yang diutarakan, beliau takbur kah, muda dan mentah kah, tapi saya husnuzan, kesilapan-kesilapan gaya bahasa dan nada dalam blog beliau tidak sedikit pun mengelabui niat beliau menulis post kontroversi itu.

Dan menyentuh mengenai blogosphere pula, saya nampak yang seperti Ustaz Nik Abduh mengatakan bahawa wujudnya anasir 'kerja-kerja bodoh dalam PAS', dalam dunia blog ini, 'kerja-kerja bodoh' yang kita mungkin lakukan ialah percaya bulat-bulat apa yang kita baca dan hanya merasakan interpretasi kita saja yang betul. Sedangkan tone dan cara membaca boleh saja berbeza.


No comments: