Wednesday, May 27, 2009

Kerana Aku Tahu, Tuhan Tahu.


Padang pasir tandus.Senja merah.
Habuk berterbangan. Batuk-batuk kecil.
Dan Dhab berjalan perlahan-lahan di sebalik batu.
Makanan tradisi si badwi. Aprosidiak. Kekencangan di kamar tidur.
Malam mula pekat menghitam,
dan haiwan-haiwan siang mengucapkan selamat tinggal kepada dunia.
Haiwan nokturnal muncul memberi salam.
Di balik batu besar,
berteleku seorang lelaki menghadap Tuhannya.
Jubah lusuh warna tanah
Kopiah kecil di kepala.
Serban diselimpang di leher.
Dan malam mula menjadi dingin.
Tetapi kehangatan seorang Pencinta tidak pernah padam buat Cintanya.
Tangan si lelaki gagah menadah ke langit.
"Tuhanku! Tuhanku!"
"Allahumma nawwir qulubi bi nuri hidayatik
kama nawwartal ard bi nur shamsik abadan abada birahmatik"
" Ya Allah Engkau terangilah jiwaku dengan pancaran hidayahmu,
seperti mana kamu terangi matahari yang terang benderang
dengan rahmat-Mu".
Dan seluruh yang ada di daratan dan di laut
Mengaminkan.
Dan si lelaki ini tahu,Allah, Tuhan tahu.



Pagi suci di sebuah biara kecil di tengah pergunungan.
Seorang biarawati tua duduk di bangku kecil.
Kulit kerepot.Tasbih tak lekang di tangan. Bibir menguntum doa tanpa henti .
Remaja dihabis demi berbakti kepada Father.
Usia dikorban untuk menjadi seperti Saint Teresa Avila.
Mary jadi idola buat hati, dan Jesus tak lekang di bibir.
Dan gambar the Immaculate Conception tampak kudus digantung .
Sebuah rumah Tuhan yang dikelilingi manifestasi keagungannya.
100 lilin dibakar di tepi jendela menghadap kebun.
Dan "Lord's Prayer" perlahan-lahan dibaca.
"Our Father in Heaven,
Hallowed be your Name,
Your kingdom come,
Your will be done,
On earth as in Heaven.
Give us today our daily bread.
Forgive us our sins
As we forgive those
Who sin against us.
Lead us not into temptation
But deliver us from evil.
For the kingdom, the power,
And the glory are yours
Now and for ever.
Amen."
Dan biarawati tua ini tahu, Jesus, Tuhan tahu.



Tengah hari yang terik amat.
Seorang budak kecil pantas berlari masuk ke rumah.
Kelaparan.
Sudah seharian bermain di luar.Dan perut menyanyi-nyanyi.
Dan ibu hanya tersenyum melihat keletah.
Tangan nakal menggagau,
dan ibu menjeling.
Si anak faham dan duduk senyap di atas bangku.
" Apa lagi?"- ibu mesra bertanya.
Yay. Kegirangan.
Dan doa makan dibaca.
"Barukh Attah Adonai Eloheinu Melekh ha-Olam"
"Blessed art Thou, O Lord our God, King of the Universe"
Dan ibu juga membaca di hati,
"who hast created the fruit of the vine'.
Dan makanan dimakan dengan penuh kesyukuran.
Dan si ibu tahu, Yahweh, Tuhan tahu.

You need not to believe in God to believe in humanity.
Yet you need to beliieve in humanity to believe in God.

1 comment:

rainbOw said...

wa..y ni level terlalu tggi utk ana.xpe2,try je e..cite ni cnfirm nte buat sndr kn..hebat2..

selepas m'bace ny berulang-ulang kali, ana merasakan bahawa signifikan tajuk "Aku Tahu,Tuhan tahu" dipilih bagi menunjukan pentingnya mempercayai kewujudan tuhan, rase rendah diri seorang abid dan kebergantungan manusia kepada Sang Pencipta. kepayahan hidup seorang hamba di muka bumi ini telah digambarkan dan diadun dengan harmoni melalui penampilan imejan alam, latar tempat ,latar masa,watak serta perwatakan manusia itu sendiri.objektifnya tidak lain hanya semata mahu sidang pembaca membuka mata akan realiti kehidupan yang sebenar.

seperti biasa,pengarang yang berpaksikan kewajaran universal ini tidak pernah mengetepikan hak agama samawi yang lain.beliau tidak menafikan kebenaran yang dianuti mereka khususnya agama kristian..kerana apa?coretan di dalam bible itu merupakan edisi awal kalamulLAh yang menjadi warisan umat sehingga mutakhir ini.

mesejnya jelas, Tuhan maha mengetahui..segala apa yang terlintas di benak hati manusia, sudah sedia maklum di pihak yang maha Esa.tidak sesekali Sang Pencipta menjadi makhluk di muka bumi ini dengan sia-sia.setiap kejadian itu ada tujuan serta matlamat.

"maka apakah kamu mengira,bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"(Al-Mu'minun 23)

akhir kalam,ana kagum dengan idea yang dibawakan oleh pengarang bahwa setiap makhluk tidak kira apa dan siapa,semuanya bergantung harap pada yang Empunya alam.keyakinan terhadapNya bakal menerbitkan rasa izzah dan keinsanan dalam diri manusia yang sekaligus mewujudkan kedamaian sejagat..