Monday, June 29, 2009

Alpha Male, Beta Male? Who Will Get The Woman?


Adakah anda pernah mendengar terma "alpha male" dan "beta male" ini? Sekiranya anda lelaki , apa pula pandangan anda tentangnya? Di mana anda kategorikan diri anda? Adakah anda "alpha male" ataupun "beta male"? Ataupun kategori ini cuma sekadar mitos?

Sekian lama, "alpha male" dinobatkan sebagai lelaki sejati yang menampilkan ciri-ciri maskulin. Lihat sajalah pada filem-filem Hollywood dahulu. James Bond, Indiana Jones misalnya ialah "alpha male" yang berjaya menarik minat mana-mana perempuan yang didampingi mereka. Bagi mereka yang meminati karya klasik pula, "Heathcliff" daripada "Wuthering Heights", "Mr Rochester" dalam "Jane Eyre", "Mr Darcy" dalam "Pride and Prejudice", malah hero Nusantara kita, Hang Tuah boleh dicirikan sebagai "alpha male". Dikatakan, "alpha male" mempunyai ciri-ciri keimpinan dan keyakinan diri yang tinggi, lantas menarik minat wanita.Benarkah?Malah, sekiranya mereka berwajah tampan dan tegap, mereka lebih selesa dengan personaliti macho dan menjadi pemimpin yang lebih autokratik daripada demokratik.

Sekiranya kita melayari laman web pula, kita boleh dapati bahawa persepsi mereka berkenaan "alpha male" dan "beta male" ini berbeza-beza. Seorang penulis, Sherry Mauro menulis dalam blog beliau begini untuk menerangkan tentang "alpha male":

"The Alpha male is attractive, brilliant, a little dangerous, sexy, charismatic and somewhat ruthless. He is of course great in bed, but not always interested in being tied down. He loves fiercely and would probably make a good husband, but he's usually wounded and will emotionally distance himself from a woman who makes him feel too much. He knows that he is gorgeous but it just another asset he uses"

"In modern society an Alpha male not only requires physical prowess, but also confidence and attitude. In summary, the Alpha male is one that has money, influence, respect, education, fame, love, and tons of charm.The common characteristics associated with the Alpha male include confidence, brilliance, inner strength, peace of mind, calm, strong belief in self, motivated, charming, proud, direct, somewhat cocky, and without doubt, a person with a game plan and the ability to see it through to success. There is nothing wrong or bad about being an Alpha male as long as these gifts are put to good use. Sadly, some Alpha males become entangled in things of the world, wasting the precious advantages they have."

Kelihatan sangat bagus bukan? Secara umumnya, beginilah sifat-sifat dan perwatakan "alpha male". Walaubagaimanapun, Urban Dictionary mempunyai beberapa definisi yang sedikit unik dan berbeza. Dengan sedikit sinis, salah seorang contibutor mendefinisikan "alpha male" :

"an act that is performed by males usually in their teens and twenties who act tough, are loud, and have to be the center of attention or they feel insecure. When a man is successful and in his thirties he no longer acts this way because he has grown up and realized that the entire alpha male act is phony. When was the last time you saw a rich, successful man try to pick a fight? Never. The only guys that do this are the losers that go to bars to take their anger out because they are angry inside for going nowhere in life."

Bagaimanapun, apa pula dengan " beta male" ? Disini, kebanyakan lelaki memandang lelaki "beta male" sebagai satu kelemahan. "Beta male", misalnya, didefinisikan dengan sedikit buruk oleh contibutor yang dipercayai lelaki di dalam " Urban Dictionary" . Malah, dikatakan bahawa "beta male" hanya dapat saki baki wanita kerana semuanya diambil oleh "alpha beta" terlebih dahulu:

" alpha males get everything, beta male got the leftovers. It's a little thing called life".

Ada sedikit kebenaran dalam kata-kata ini kerana " beta male" dikatakan kurang daya keyakinan diri, kurang daya saing dan tidak mampu mengekspresikan diri mereka dengan baik di hadapan orang lain, lalu mengurangkan daya penarik diri mereka. Bagaimanapun, artikel daripada Times Online ini mungkin boleh menguatkan semangat mereka ini. Dalam Sunday Times October 7 2007, artikel bertajuk "What Modern Women Want : A Beta Male" ini menunjukkan bahawa wujud trend bagi wanita-wanita berkerjaya, dan juga feminis generasi kedua untuk menjadikan "beta male" sebagai pasangan hidup. " Beta male" dilihat lebih sensitif terhadap wanita , kurang ego dan boleh memikirkan pendapat orang lain, malah tidak melihat wanita sebagai objek seks semata. Lihat sajalah populariti rancangan video web seperti "WeNeedGirlfriends" yang boleh ditonton di YouTube ataupun di weneedgirlfriends.tv yang menampilkan watak-watak "beta male".

Jadi di sini, kita lihat bahawa "alpha male" dan "beta male" mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing bukan? Jadi, lelaki di luar sana , adakah anda "alpha male" ataupun "beta male"?

Atau anda seperti penulis blog ini, yang percaya bahawa 'the notion "alpha male" dan "beta male" is overrated' dan agak susah untuk membahagikan lelaki( dan juga perempuan) dalam 2 kategori sahaja. Apa mungkin ada "omega male", "phi male" ataupun "kappa male" pula?
Sumber:

1)http://www.urbandictionary.com/define.php?term=beta+male
2)http://women.timesonline.co.uk/tol/life_and_style/women/relationships/article2602592.ece
3)http://ezinearticles.com/?Alpha-Male-Characteristics---5-Beta-Male-Traits-to-Avoid&id=737980
4) http://www.themodernman.com/how_to_become_an_alpha_male.html
5) http://www.askmen.com/dating/curtsmith_100/137_dating_advice_a.html
6) http://www.nytimes.com/2008/02/07/fashion/07girlfriends.html
7)http://www.urbandictionary.com/define.php?term=alpha+male
8) http://sherrymauroblog.blogspot.com/2008/06/author-sherry-mauro.html
9)http://weneedgirlfriends.tv/

Saturday, June 27, 2009

Buat Benda Mengarut

Korang semua, cuba bagi pandangan.
Ni, makcik2 saya bagitau cari bini yang lagi muda daripada saya.
Nak tanyalah,
apa pro kontra kahwin umur pasangan sebaya??

Lawa-Lawa Blog Korang

Huhu, melayari blog-blog rakan amat menyenangkan.
Comel-comel layout blog korang. Penuh dengan nilai kreativiti individu.
Baru nampak lain daripada yang lain.
Aku ni...
adush...punyalah buruk layout blog.
Haha.Pakai template blogspot jer.
Tak gheti teman benda-benda canggih ni wooo...
haha.

Thursday, June 25, 2009

Cuti Nak Buat Apa? Apa Kata....

Seperti yang sedia maklum, cuti ini saya diberi upah sedikit mengajar anak-anak jiran mengaji Quran di sebelah malam. Tak banyak pun upah saya dapat, tapi saya anggap ia tanggungjawab sosial sebagai penduduk kawasan kejiranan ni sajalah kot, memandangkan ustaz yang mengajar budak-budak ni mengaji dulu sudah berpindah.

Terdetik di hati saya sesuatu apabila ada pelajar Tingkatan 3 turut belajar mengaji bersama mereka ini. Dan bacaan Qurannya agak teruk. Memang ia melepasi tahap boleh baca, tetapi sangat perlahan dan tidak lancar, tajwid sedikit berterabur dan sebagainya. Saya tak dapat tidak terdetik di dalam hati, " Apa dia ini tidak belajar Quran dengan betulkah?".Tekaan saya benar. Remaja perempuan ini tidak ke sekolah agama rakyat dan setakat mengaji kadang-kala di surau oleh ustaz yang saya beritahu sebentar tadi. Dia sendiri mengaku tidak pernah membaca Quran di rumah. Kalau membaca pun tidak, bagaimana pula dengan proses tadabbur? Memahami terjemahan Quran? Saya rasa tidak juga dilakukan.

Barulah saya sedar. Selama ini, saya telah memandang remeh kurniaan Allah taala kepada saya. Allah beri saya nikmat kemampuan membaca Quran dengan lancar, Insha-Allah bagus tajwidnya, malah saya diberi peluang belajar taranum seketika. Tapi saya alpa. Saya mengakui hakikat betapa malasnya saya membaca Quran di rumah, apatah lagi tafsirannya. Saya lebih leka membaca Kreko dan Arena Komik yang berselerakan di atas meja.

Orang yang Allah berikan lidah yang lancar membaca Quran , tetapi malas melakukannya. Saya takjub dengan budak-budak kecil yang mengaji di hadapan saya ini, mereka lambat-lambat membaca, tetapi penuh ketekunan dan kesungguhan untuk membaca sebaik mungkin. Sehelai bacaan Quran bagi mereka dibaca 16-18 minit. Tapi saya yakin kesabaran mereka itu dibalas Tuhan sebaik mungkin.

Saya berazam untuk khatam membaca Quran sambil membaca terjemahannya cuti ini. Sekali-dua pun jadilah. Ini usaha saya untuk mencari semula kegigihan saya di kala Form One dulu. Saya mungkin akan bekerja 6 bulan ini, tetapi saya berdoa Tuhan berikan saya kemudahan dan istiqamah.

Yalah, saya tidak mampu menjadi rakan saya Khairul Afif mengaji ilmu agama di pondok , sekurang-kurangnya inilah usaha saya , persediaan saya untuk ke luar negara nanti.
KUPAS itu permulaannya.

Bermuka-Muka?

My classmates say that I'm a "male chauvinist pig".
My friends, on the other hand, especially the nuqaba' , argue that I'm too "liberal" and kind of "feminist".
And what should I say about that?
Haha.

Well.
It must depends on the situation.
I hate to agree to people without arguing at all about their perspectives.
I believe that makes them stop thinking.

Imam Husein bin Ali pernah cakap, "Sekiranya kamu tidak mahu beragama(mengamalkan agama), maka sekurang-kurangnya jadilah orang yang bebas ( berfikir)"

Cute.

Saya rasa blog Redza Fahmi dan isi-isinya sangat cute.
Tapi tidaklah tuan punya blog yer...
Syazwan itu nak letak mana?
Wakaka.
Lagipun saya pasti dibunuh seseorang jika mengatakan sedemikian.
Hahahahahahaha.

Shazmin: Pandai ek ko.

Bloggers Baru

Well, well, well...
To Shazmin, Pok Jak, Redza, Usu, hazim dan semua-semualah yang kini menyertai dunia blog,
Ahlan wasahlan!!Welcome! Selamat datang!

Tetapi, tetapi...
Manakah blog-blog teman-teman batch 8 a-level aku ni pulak?
Korang ni tahu baca jer buat blog xmau!!
Huhu.

Yusri~
kalau kamu baca ni aku mahu kamu buat blog! hahahaha.

Should I Watch Transformers?


Actually, I haven't been to watch movies in cinema for quite some time.
It's all the fault of the Summer blockbusters.
I've watched Star Trek, followed by Angels and Demons.
That's it.
Then I got tired, confused and extremely stressed out.
So many good choices. so little time.
So confused.
So, I watch none. In fact, I walked from KMS to T1 to watch movie, but I changed the plan to melantak at KFC instead. And it happened twice.
Yup. Feels weird.
I haven't watch Terminator Salvation. Monsters vs Aliens etc.
Yet, I have this urge to watch Transformers.
It's like," dude, you're 19 and you don't watch Transformers?" kind of thing.
It's not like I'm turning into the venerable " Izdihar Zuhdi" aka "KAKA" aka "rafik Wali A-Level Batch 8" who doesn't watch movies in cinema.
Its' just...daa.
Anyhow,
"Is it worth the effort?"

You see, to queue for the tickets that may take hours, or simply the traffic congestion from Selayang to Mid Valley.....................yucks. On top of that, I can only watch the movie in the afternoon. I've got some neighbor kids to teach reading Quran at night. Erm.....

I hope those who have watched the movie or anyone can give their opinion. Haha.
Whatever.

Thursday, June 18, 2009

Weekly Update?

Salam.
Cuti dah start.
Kompem malam-malam remaja2 tua(baca: yang sedang membaca pst ini) ini akan on9 sehingga ke pagi atau at least pukul 1 lebih.
Yelah, x tahu nak buat apa.
Sesetengahnya ber-facebook, ber-YM, ber-OneManga, ber-Twitter, ber-blogging dan sebagainya.

Tapi takpela, kome (baca: kalian) ada internet kat rumah. Teman (baca: saya) mana ada. Huhu.
Selalunya pergi on9 malam-malam kat CC. Time tula nak baca manga ke, blogging ke apa....
Tapi nampaknya xberapa boleh sgt dah kot~huhu.
kenapa?
Saya kena upah ngajar budak2 kecik kat flat umah saya duduk ni mengaji Quran malam2. That includes my own sisters yang cukup liat nak mengaji Quran as well ( aku pun liat sebenarnya...). Upah pun ala2 tradisional gitu. Kain pelekat, kain baju melayu parents budak2 ni bagi, siap pulut kuning diberi kat tuan guru ( baca: saya?!) apabila mula mengajar dan kalau sempat khatam nanti.
So, perhaps blog ini at least akan diupdate weekly. Yelah, kalau lepas BTN lak, siangnya pun nak bekerja as well. Nak cari duit kot. Maintenance tinggi ( baca: banyak buku novel nak beli . Hehe. )

Monday, June 15, 2009

Bye-lah.

Saya seronok dengan Farewell Dinner Batch 8.
Saya seronok pergi Kem Pemantapan Akidah Sahsiah (KUPAS) KMS. Believe it or not, tak kisah apa pun, apa saja program yang boleh buat saya bertemu semula kawan-kawan IB dan juga membolehkan saya meluangkan masa dengan Batch A-Level saya sendiri amat saya hargai.

Dah habis dah pun KUPAS ini.
Budak IB dah xder dah.
Budak A-Level pun dah tinggal sikit.
Dan mahu tidak mahu, saya kini terpaksa mengucapkan,
" Selamat tinggal, Kolej MARA Seremban."
Ampun maaf salah silap, dan halalkan kalau saya mengambil hak anda.
Boleh tuntut hutang pada saya kalau ada, dan saya halalkan segala hutang kalian"
( rasanya ramai jer orang hutang, tapi cincai jela".

"To meet is to part, and to this I bid you, my love, farewell."

Wednesday, June 10, 2009

The SEVENies




Saya kadang kala, rindu kelas ini. Mereka menyedarkan banyak perkara buat saya. On how life is, and what memories are for.
Kami mungkin membawa jalan masing-masing, dan mungkin akan jarang, mungkin amat jarang sekali bertegur sapa, tapi saya yakin 2 tahun bersama mereka dahulu paling kurang pasti membawa sedikit makna.
Masa ini dimana sahabat itu ialah dan tentunya sahabat. Masa dimana kita cuba mencari diri dan mencari keremajaan-dan apabila Tuhan mentakdirkan saya dipertemukan dengan kalian-saya bersyukur.
Benar-benar bersyukur.

Ia tidak semuanya manis, pahit juga ada, tetapi pahit bagaimanapun, tidak dapat tidak saya cuma tersenyum sendiri dan menepuk dahi kerana kebodohan dahulu.
Huhu.
God bless you all Sevenies, God bless you.

Apa Punya Turr....

Saya sembahyang, berpuasa , beribadah ikut mazhab Shafii kerana saya dilahirkan dan dibesarkan didalam masyarakat Malaysia yang kental Shafii-nya.
Saya mempelajari I'dadi di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah selama 3 tahun daripada F1-F3 yang merupakan silibus sukatan matapelajaran agama dari Al-Azhar- pelajaran tauhid yang tegar berpaksikan konsep Ahli Sunnah wal Jamaah jalur Asyairah dan Maturidiah.
Bagaimanapun, dengan kepelbagaian ustaz-ustaz kami di SIS yang belajar di Mesir, Jordan , Saudi , kami telah dinampakkan akan bolehnya fahaman-fahaman yang berbeza hidup secara harmonis.

Ustaz kami yang cenderung kepada aqidah salafiah misalnya boleh saja mengikut giliran beliau mengetuai bacaan Yasin beramai-ramai di Musolla tanpa perlu bertelagah mengenai bidaahnya perbuatan itu ataupun apa.
Hendak bertelagah dengan siapa? Budak sekolah yang masih lagi hingusan?

Seorang lagi pula sedikit tashyayyu' dengan syiah- sympathetic. Walaupun mereka berbeza, kita ASWJ dan Syiah punya perkara yang sama kata beliau- kita percaya dengan terpeliharanya Quran, kewajipan berpegang pada Sunnah Rasulullah ( walaupun ASWJ tegar dengan Ilmu Jarh wa Ta'dil dan Syiah dengan 'Adalah Sahabiah, itu isu metologi) dan tanpa dibangkang, wajib bagi kita, ASWJ atau Syiah, menyayangi Ahlul Bait Baginda Rasulullah.

Mereka berdebat santai di dalam bilik guru, penuh dengan hujah-hujah yang dipetik daripada nas-nas sahih dan penuh profesional.
Akan tetapi, mereka tidak memanjangkan perdebatan itu dalam pengajaran mereka dengan kami . Ini masalah berzaman yang penuh dengan fitnah yang tersendiri. Kedua-dua pihak bersyak wasangka dengan pihak yang lain. Aoa budak hingusan perlu diberitahu benda-benda sebegini? Haru biru lagila ada.

"They are many learned men but prejudiced"- Ahmad Deedat.

Saya tidak pernah mempedulikan apa saja label yang diberikan kepada saya.
Adakah saya seorang liberalis sekularis apabila saya dilihat membaca buku " A History of God" daripada Karen Armstrong ataupun "Malaysia and the Club of Doom" daripada Syed Akbar Ali? Saya rasa tidak. Saya juga membaca dengan penuh berahi karya Ali Shariati ahli falsafah Syiah itu dan masih lagi santai membaca Matan Arbain Imam Nawawi dan Matan Arbain Imam Khomeini.

Adakah saya tiba-tiba menjadi seorang salafi apabila saya tidak membaca Qunut pada waktu Subuh setiap hari dan lebih cenderung untuk menyetujui pendapat bahawa kita tidak wajar mentakwil ayat Mutasyabihat mengenai zat Allah? Tidaklah juga. Saya masih lagi bertawassul kepada Baginda Rasulullah kerana saya tahu , Rasulullah itu jauh lebih mulia di sisi Tuhan ini dan saya hamba-Nya yang kerap lalai dan leka.

Dan tidaklah pula saya patut dilabel syiah hanya kerana saya lebih mengutamakan keluarga Baginda daripada para Sahabat. Hadis-hadis sahih daripada jalur Sunni sendiri memberitahu akan keutamaan Ahlul Bait Baginda. Dan pegangan Syiah untuk tidak bersetuju dengan Sunni berkenaan para Sahabat ialah masalah kompleks yang tidak perlu dipanjanglebarkan lagi. Hiduplah dengan harmoni berdasarkan kepercayaan masing-masing.

Begitu juga dengan politik. Terlalu banyak kucar-kacir dalam Malaysia ini sehingga saya, seperti ramai yang lain juga saya yakin,sudah berputus asa dengan demokrasi tidak matang ( 50 tahun tak matang lagi) di negara ini. Oh, tidak, obviously saya bukan Hizbut Tahrir. Tapi saya hormat pandangan HT, dan tak perlu rasanya nak berbalah tak ketahuan hala.

Daripada dok balah tak ketahuan hala penuh emosi bawak bala, baik pi kedai mamak pakat mintak roti jala.

Apa punya turr....

Habis Dah

Yup, dah habis dah A-Level examination.
Sayangnya,
walaupun dah habis,
tak terasa apa pun-
melainkan syukur belaka.
Balik bilik terus tidur jer sampai pukul 3 petang.
Huh.

Oh, dan semua notes, maaflah ilmu, dah diletak di depan bilik. Buang straight.

Wednesday, June 3, 2009

Saya Dah Malas Belajar

Terus terang saya dah lama putus asa dengan Literature.
Seolah-olah Literature inilah yang bakal menjatuhkan saya nanti.
Ouch.
Ntahlah.
Doakanlah.
Saya dah cuba macam2.
Alternative interpretation.
Feminist standpoint.
Mainstream criticism.
Internet research.
Dan countless reread
-sampai dah malas nak study skang ni..
hours before the paper.
Doakan ya.
Esok paper modern drama-
The Homecoming yang penuh dengan kata-kata lucah,
dan The Guide- cerita Hindustan berbahasa Inggeris.
Huhu.
Dan inilah Kesusasteraan Bahasa Inggeris.
The Art seen from the display of tragic pathos of humanity.