Monday, June 29, 2009

Alpha Male, Beta Male? Who Will Get The Woman?


Adakah anda pernah mendengar terma "alpha male" dan "beta male" ini? Sekiranya anda lelaki , apa pula pandangan anda tentangnya? Di mana anda kategorikan diri anda? Adakah anda "alpha male" ataupun "beta male"? Ataupun kategori ini cuma sekadar mitos?

Sekian lama, "alpha male" dinobatkan sebagai lelaki sejati yang menampilkan ciri-ciri maskulin. Lihat sajalah pada filem-filem Hollywood dahulu. James Bond, Indiana Jones misalnya ialah "alpha male" yang berjaya menarik minat mana-mana perempuan yang didampingi mereka. Bagi mereka yang meminati karya klasik pula, "Heathcliff" daripada "Wuthering Heights", "Mr Rochester" dalam "Jane Eyre", "Mr Darcy" dalam "Pride and Prejudice", malah hero Nusantara kita, Hang Tuah boleh dicirikan sebagai "alpha male". Dikatakan, "alpha male" mempunyai ciri-ciri keimpinan dan keyakinan diri yang tinggi, lantas menarik minat wanita.Benarkah?Malah, sekiranya mereka berwajah tampan dan tegap, mereka lebih selesa dengan personaliti macho dan menjadi pemimpin yang lebih autokratik daripada demokratik.

Sekiranya kita melayari laman web pula, kita boleh dapati bahawa persepsi mereka berkenaan "alpha male" dan "beta male" ini berbeza-beza. Seorang penulis, Sherry Mauro menulis dalam blog beliau begini untuk menerangkan tentang "alpha male":

"The Alpha male is attractive, brilliant, a little dangerous, sexy, charismatic and somewhat ruthless. He is of course great in bed, but not always interested in being tied down. He loves fiercely and would probably make a good husband, but he's usually wounded and will emotionally distance himself from a woman who makes him feel too much. He knows that he is gorgeous but it just another asset he uses"

"In modern society an Alpha male not only requires physical prowess, but also confidence and attitude. In summary, the Alpha male is one that has money, influence, respect, education, fame, love, and tons of charm.The common characteristics associated with the Alpha male include confidence, brilliance, inner strength, peace of mind, calm, strong belief in self, motivated, charming, proud, direct, somewhat cocky, and without doubt, a person with a game plan and the ability to see it through to success. There is nothing wrong or bad about being an Alpha male as long as these gifts are put to good use. Sadly, some Alpha males become entangled in things of the world, wasting the precious advantages they have."

Kelihatan sangat bagus bukan? Secara umumnya, beginilah sifat-sifat dan perwatakan "alpha male". Walaubagaimanapun, Urban Dictionary mempunyai beberapa definisi yang sedikit unik dan berbeza. Dengan sedikit sinis, salah seorang contibutor mendefinisikan "alpha male" :

"an act that is performed by males usually in their teens and twenties who act tough, are loud, and have to be the center of attention or they feel insecure. When a man is successful and in his thirties he no longer acts this way because he has grown up and realized that the entire alpha male act is phony. When was the last time you saw a rich, successful man try to pick a fight? Never. The only guys that do this are the losers that go to bars to take their anger out because they are angry inside for going nowhere in life."

Bagaimanapun, apa pula dengan " beta male" ? Disini, kebanyakan lelaki memandang lelaki "beta male" sebagai satu kelemahan. "Beta male", misalnya, didefinisikan dengan sedikit buruk oleh contibutor yang dipercayai lelaki di dalam " Urban Dictionary" . Malah, dikatakan bahawa "beta male" hanya dapat saki baki wanita kerana semuanya diambil oleh "alpha beta" terlebih dahulu:

" alpha males get everything, beta male got the leftovers. It's a little thing called life".

Ada sedikit kebenaran dalam kata-kata ini kerana " beta male" dikatakan kurang daya keyakinan diri, kurang daya saing dan tidak mampu mengekspresikan diri mereka dengan baik di hadapan orang lain, lalu mengurangkan daya penarik diri mereka. Bagaimanapun, artikel daripada Times Online ini mungkin boleh menguatkan semangat mereka ini. Dalam Sunday Times October 7 2007, artikel bertajuk "What Modern Women Want : A Beta Male" ini menunjukkan bahawa wujud trend bagi wanita-wanita berkerjaya, dan juga feminis generasi kedua untuk menjadikan "beta male" sebagai pasangan hidup. " Beta male" dilihat lebih sensitif terhadap wanita , kurang ego dan boleh memikirkan pendapat orang lain, malah tidak melihat wanita sebagai objek seks semata. Lihat sajalah populariti rancangan video web seperti "WeNeedGirlfriends" yang boleh ditonton di YouTube ataupun di weneedgirlfriends.tv yang menampilkan watak-watak "beta male".

Jadi di sini, kita lihat bahawa "alpha male" dan "beta male" mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing bukan? Jadi, lelaki di luar sana , adakah anda "alpha male" ataupun "beta male"?

Atau anda seperti penulis blog ini, yang percaya bahawa 'the notion "alpha male" dan "beta male" is overrated' dan agak susah untuk membahagikan lelaki( dan juga perempuan) dalam 2 kategori sahaja. Apa mungkin ada "omega male", "phi male" ataupun "kappa male" pula?
Sumber:

1)http://www.urbandictionary.com/define.php?term=beta+male
2)http://women.timesonline.co.uk/tol/life_and_style/women/relationships/article2602592.ece
3)http://ezinearticles.com/?Alpha-Male-Characteristics---5-Beta-Male-Traits-to-Avoid&id=737980
4) http://www.themodernman.com/how_to_become_an_alpha_male.html
5) http://www.askmen.com/dating/curtsmith_100/137_dating_advice_a.html
6) http://www.nytimes.com/2008/02/07/fashion/07girlfriends.html
7)http://www.urbandictionary.com/define.php?term=alpha+male
8) http://sherrymauroblog.blogspot.com/2008/06/author-sherry-mauro.html
9)http://weneedgirlfriends.tv/

No comments: