Wednesday, June 10, 2009

Apa Punya Turr....

Saya sembahyang, berpuasa , beribadah ikut mazhab Shafii kerana saya dilahirkan dan dibesarkan didalam masyarakat Malaysia yang kental Shafii-nya.
Saya mempelajari I'dadi di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah selama 3 tahun daripada F1-F3 yang merupakan silibus sukatan matapelajaran agama dari Al-Azhar- pelajaran tauhid yang tegar berpaksikan konsep Ahli Sunnah wal Jamaah jalur Asyairah dan Maturidiah.
Bagaimanapun, dengan kepelbagaian ustaz-ustaz kami di SIS yang belajar di Mesir, Jordan , Saudi , kami telah dinampakkan akan bolehnya fahaman-fahaman yang berbeza hidup secara harmonis.

Ustaz kami yang cenderung kepada aqidah salafiah misalnya boleh saja mengikut giliran beliau mengetuai bacaan Yasin beramai-ramai di Musolla tanpa perlu bertelagah mengenai bidaahnya perbuatan itu ataupun apa.
Hendak bertelagah dengan siapa? Budak sekolah yang masih lagi hingusan?

Seorang lagi pula sedikit tashyayyu' dengan syiah- sympathetic. Walaupun mereka berbeza, kita ASWJ dan Syiah punya perkara yang sama kata beliau- kita percaya dengan terpeliharanya Quran, kewajipan berpegang pada Sunnah Rasulullah ( walaupun ASWJ tegar dengan Ilmu Jarh wa Ta'dil dan Syiah dengan 'Adalah Sahabiah, itu isu metologi) dan tanpa dibangkang, wajib bagi kita, ASWJ atau Syiah, menyayangi Ahlul Bait Baginda Rasulullah.

Mereka berdebat santai di dalam bilik guru, penuh dengan hujah-hujah yang dipetik daripada nas-nas sahih dan penuh profesional.
Akan tetapi, mereka tidak memanjangkan perdebatan itu dalam pengajaran mereka dengan kami . Ini masalah berzaman yang penuh dengan fitnah yang tersendiri. Kedua-dua pihak bersyak wasangka dengan pihak yang lain. Aoa budak hingusan perlu diberitahu benda-benda sebegini? Haru biru lagila ada.

"They are many learned men but prejudiced"- Ahmad Deedat.

Saya tidak pernah mempedulikan apa saja label yang diberikan kepada saya.
Adakah saya seorang liberalis sekularis apabila saya dilihat membaca buku " A History of God" daripada Karen Armstrong ataupun "Malaysia and the Club of Doom" daripada Syed Akbar Ali? Saya rasa tidak. Saya juga membaca dengan penuh berahi karya Ali Shariati ahli falsafah Syiah itu dan masih lagi santai membaca Matan Arbain Imam Nawawi dan Matan Arbain Imam Khomeini.

Adakah saya tiba-tiba menjadi seorang salafi apabila saya tidak membaca Qunut pada waktu Subuh setiap hari dan lebih cenderung untuk menyetujui pendapat bahawa kita tidak wajar mentakwil ayat Mutasyabihat mengenai zat Allah? Tidaklah juga. Saya masih lagi bertawassul kepada Baginda Rasulullah kerana saya tahu , Rasulullah itu jauh lebih mulia di sisi Tuhan ini dan saya hamba-Nya yang kerap lalai dan leka.

Dan tidaklah pula saya patut dilabel syiah hanya kerana saya lebih mengutamakan keluarga Baginda daripada para Sahabat. Hadis-hadis sahih daripada jalur Sunni sendiri memberitahu akan keutamaan Ahlul Bait Baginda. Dan pegangan Syiah untuk tidak bersetuju dengan Sunni berkenaan para Sahabat ialah masalah kompleks yang tidak perlu dipanjanglebarkan lagi. Hiduplah dengan harmoni berdasarkan kepercayaan masing-masing.

Begitu juga dengan politik. Terlalu banyak kucar-kacir dalam Malaysia ini sehingga saya, seperti ramai yang lain juga saya yakin,sudah berputus asa dengan demokrasi tidak matang ( 50 tahun tak matang lagi) di negara ini. Oh, tidak, obviously saya bukan Hizbut Tahrir. Tapi saya hormat pandangan HT, dan tak perlu rasanya nak berbalah tak ketahuan hala.

Daripada dok balah tak ketahuan hala penuh emosi bawak bala, baik pi kedai mamak pakat mintak roti jala.

Apa punya turr....

No comments: