Kedua-dua gerakan ini akan menghantar memorandum ke Istana Negara pada hari tersebut, dengan dua motif berbeza, dengan harapan agar pihak Istana campur tangan supaya memansuhkan ATAU mengekalkan ISA.
Tetapi apa itu ISA? Di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Parlimen telah meluluskan satu rang undang-undang yang bernaung di bawah Bahagian 11 Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan seseorang ditangkap dan dinafikan beberapa hak selaku rakyat Malaysia , dan tempoh tahanan bergantung kepada "budi bicara Menteri Dalam Negeri" , apabila seseorang itu dirasakan cuba:
- (a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
- (b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
- (c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
- (d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
- (e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
- (f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya, ( Akta 149 Perlembagaan Persekutuan)
Suka hati andalah nak memilih yang mana. Saya selaku tuan blog akan menghormati anda. Di post ini, saya cuma ingin mengimbau sejarah. Tahanan tanpa bicara itu bukanlah benda asing dalam "Kerajaan Islam".
Ingatan: Jangan samakan "Islam " dan "Kerajaan Islam".
Imam Shafii, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal, semua mereka ini pernah "ditahan tanpa bicara" oleh Khalifah-khalifah Dinasti Abbasiah. Imam Shafii ditahan kerana dituduh Rafidhah ( shiah) , sesuatu yang ditakuti dinasti Abbasiah yang hakikatnya Revolusi Abbasiah itu sebenarnya dibantu golongan shiah ini, sehingga muncul kata-katanya yang cukup terkenal, " sekiranya kalau aku mengatakan bahawa aku sangat cinta kepada Ahlul Bait (keluarga Rasulullah) jadi aku dituduh rafidhah, maka saksikanlah bahawa aku seorang rafidhah". Imam Abu Hanifah diseksa dalam penjara kerana enggan menerima jawatan hakim. Imam Ahmad bin Hanbal diseksa dan ditahan dalam penjara kerana melawan Khalifah Al-Makmun yang berfahaman Mu'tazilah dalam menakrifkan sifat Quran. Imam-imam dua belas Shiah usah dikira la, Imam Ali Redza, Imam Baqir , semuanya mati diracun dalam penjara . Mujaddid terkenal, Taqiuddin ad-Darrani, atau Sheikh Ibnu Taimiyah , ulama' terbilang itu juga ditahan dalam penjara kerana mengeluarkan fatwa yang menyalahi empat mazhab muktabar. Tetapi, dia tidak pernah diberi peluang untuk menjelaskan mengapa dia mengeluarkan fatwa sedemikian.
Dulu lagi advanced, kalau penyokong ISA kata ISA perlu untuk "keselamatan negara", penyokong khalifah ( baca= ulama' kerajaan) kata ayat Quran suruh kita taat kepada Allah, Rasulullah dan ulil-amri(baca=khalifah). Biaq pi lah khalifah nak buat apa. Memang tatkala itu pun, shiah merupakan satu "ancaman", seperti kelompok Hashashin (syiah ekstremis). Kelompok inilah yang dipanggil assassin kini.
Oh ya,ini pandangan saya .Janganlah kita berbangga sangat dengan "kesenian Islam" , "sains Islam" ataupun "tamadun Islam". Kita memang boleh berbangga sedikit, tetapi kita hendaklah mengakui bahawa "Kerajaan Islam yang terkemudian juga banyak kelemahan". Islam di tahap kemuncaknya di bawah pemerintahn Rasulullah, Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar, Khalifah Uthman, dan Imam Ali. Apabila sistem pemerintahan Islam mula digantikan secara keturunan, memang kita membangun secara dunianya, tetapi mulalah wujud kepincangan yang lain-lain. Alhambra itu misalnya. Saya akui Istana Alhambra memang SUPER cantik, tetapi pemerintah Alhambra itu, demi meneruskan legasi pemerintahan mereka, menolong kuffar menjajah wilayah lain (yang Islam) , dengan harapan mereka tidak diserang. Yalah. Survival diri sendiri.
Jadi, sesiapa yang ingin menyokong atau menentang ISA di KL 1 Ogos ini, silakanlah. FRU, polis semua dah siap sedia pun . My dad, my mak tiri, semua dah dibriefing siap-siap baru-baru ini. Saya diberitahu ayah PDRM dah sedia dengan segala "kebarangkalian". Dua perhimpunan ini, secara amnya , "sah". Tetapi Ibrahim Ali dan Syed Muhammad Syed Noh, kedua-dua pemimpin dua perhimpunan ini juga, tidak menolak boleh berlaku kucar kacir. Samada pihak pro-ISA atau anti-ISA yang mulakan, ia tidak penting. Saya doakan perhimpunan ini aman sajalah.
p/s: Jangan mengada-ngada keluar KL 1 Ogos ini kalau nak membeli-belah atau apa. Kurang bijaklah kalian kalau keluar. Dengan sekatan jalan raya , kesesakan semua, gila ke nak keluar? Haha.
No comments:
Post a Comment