Majoriti mereka yang cuba mengagak political affiliation saya pasti akan sedikit keliru untuk mengaitkan saya dengan mana-mana komponen parti atau ideologi tertentu. Di kala saya terang-terang mengaitkan , mengiyakan, mengecam beberapa dasar kerajaan yang bertindak di luar batas kemanusiaan, wujudnya korupsi ( dan definisi korupsi sangat, sangat luas) , dan beberapa kenyataan-kenyataan pemimpin kerajaan yang saya kira tidak rasional, diskriminasi gender dan kebelakangan ini, bertambah rasis, saya berkeyakinan bahawa kita tidak boleh menyalahkan kerajaan "sekali pukul".
Saya kira tidak rasional untuk kita menyalahkan segala kepincangan , permasalahan negara kesemuanya di atas pundak kerajaan. Itu sangat tidak adil. "Saya masih bekerja sebagai 'erani cabuk' kerana salah kerajaanlah kerana tidak membela saya. Saya orang Melayu juga ". Yang kamu malas belajar semasa SPM dulu tidak mahu dipersalahkankah? Saya peduli apa kamu orang Melayu. Berusahalah. Kerja pun tidak tekun dan sambil lewa apa yang kamu harapkan? Tidaklah juga termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia itu bahawa YDPA perlu memastikan bahawa semua orang Melayu itu perlulah menjadi majikan dengan gaji minimum RM10 000 sebulan. Kerajaan boleh memberi insentif yang sedikit lebih kepada orang Melayu kerana hak istimewa yang kita punyai , yang sudah enshrined dalam Perlembagaan. Tetapi semuanya kembali kepada usaha, dan usaha, dan usaha. Pernah dengarkah "Protestant Ethics"? Dan kerana Melayu itu Muslim, sepertimana Perkara 60(2) mengatakan, kita punya konsep "tawakal".
Saya juga rasa ianya absurd untuk melabel-labelkan sesuatu parti itu dengan apa-apa gelaran yang teruk. Apa wajarkah UMNO/ BN dipanggil " haprak", "anjing", " perosak", "taghut"? Dan wajarkah pula PAS dipanggil "kolot", "pengkhianat Melayu" dan sebagainya?
Saya mungkin boleh memahami mengapa orang-orang tua boleh mengatakan benda-benda sebegini. Baik penyokong PR dan BN. Mereka sudahpun tenggelam dalam rasukan dan "kefanatikan" dalam politik. Landskap politik Malaysia ini dahulunya berbentuk satu dimensi dan jumud, dengan kefahaman kepada politik hanyalah "samada anda bersama kami atau bersama mereka" . Tidak ada tengah-tengah. Yang tengah-tengah itu saya kira yang sengaja membuat undi rosak. Membazir masa beratur di pusat undi dan minyak petrol nak ke sana.
Tetapi adakah ini patut berlaku kepada mahasiswa, pelapis golongan intelektual negara ini ?
Adakah mahasiswa, dengan segala galakan agar mengimplementasikan nilai inkuiri dalam diri, bersifat investigatif( perkataan baru yang saya rasa belum digazetkan Kamus Dewan ), menggunakan hujah yang mapan dan empirikal dalam menyampaikan pandangan, berfikiran terbuka ( yang perlu difahami menerusi aspek ketatanegaraan, kesusilaan dan agama di Malaysia), menghormati pandangan yang berbeza menurut lunas demokrasi; masih lagi terperangkap dalam kekalutan dan kejumudan politik?
Apa ini? Apakah ini bermakna bahawa sistem pendidikan kita telah gagal? Apakah ini bermakna pelaksanaan demokrasi di negara ini tidak telus? Yang menghairankan, kedua-dua pemikiran "sekular" dan "Islam" sendiri meraikan kebebasan berpendapat. Sekularisme meluaskan kebebasan berpendapat tetapi tidaklah menghalalkan slander/fitnah. Islam lebih tegas demi menjaga kemaslahatan dan keharmonian. Jadi, siapa kata dalam kebebasan berpendapat ia tidak punya limitasi?
Saya kira intelektualisme mahasiswa di Malaysia telah tercalar dengan gejala sosial mahasiswa yang sudah terlalu jelas untuk disorok-sorok dan dikabur-kaburkan. Kita sendiri tahu saja siapa mereka yang tenggelam dalam dunia hedonisme dan kebaratan. Mungkin rakan-rakan kita. Mungkin kita sendiri. Arak dan seks bebas jadi "biasa" sahaja kini . Dan paling menyedihkan, mereka ini mahasiswa , "bijak pandai" Melayu Muslim. Apatah.
Baru-baru ini pula, kita dikejutkan dengan kes pelajar UM yang menconteng " C4", "Altantuya" di dinding dewan kuliah utama UM dan mencurah minyak petrol di karpet sebelum kehadiran Datin Seri Rosmah isteri PM ke sana sempena kempen GAZA. Telah tertuduh 5 orang pelajar Akademi Pengajian Islam UM tersebut. Seseorang itu tidak dikira bersalah sehingga terbukti bersalah. Tetapi siapa pun mereka ini yang melakukannya, ini satu "kebangangan" yang tidak dapat ditolak lagi. Kalau yang melakukannya mahasiswa, lagilah. Apa anda punya cukup bukti untuk menyabitkan Rosmah? Atau ianya sekadar cakap-cakap orang, video Youtube atau karya separa fakta separa fiksyen Raja Petra's Malaysia Today? Saya cakap Najib pembunuh maka dia pasti pembunuhkah? Saya kata Anwar peliwat sudah tentu dia peliwatkah?
Ya Tuhan, bijaklah sedikit.
Kini, banyak sahaja buku-buku, rencana yang menentang/ menyokong kerajaan . Ini hasil keterbukaan Pak Lah sewaktu memerintah dahulu. Mahasiswa kena membaca kedua-duanya. Jangan terperangkap dalam dunia kejumudan yang menjadi legasi politik dunia ketiga lagi. Baik penyokong Tun Mahathir dengan gagasan Wawasan 2020, TunLah dengan Islam Hadhari, Tok Guru Hadi dan Nik Aziz dengan Islam Untuk Semua, mahupun DAP dengan " Malaysian Malaysia", bagi mahasiswa, kesemuanya perlu dilihat daripada cerminan intelektualisme.
Politik ialah satu aspek yang amat, amat penting di Malaysia. Namun, apapun, intelectualism must be above politics. Agree?
Berkenaan baju kurung di sini. "Anggunnya Berbaju Kurung".
2 comments:
strongly agree with you... actually kadang-kadang pelik tengok sesetengah orang yang semangat bercerita pasal politik bagai nak rak tanpa apa-apa fakta yang 'SAHIH'. Kenapa mudah sangat melatah??
Betul gak ek. Lagi baik kita timbang pros and cons dgn akal kita sendiri dari terpengaruh dengan kata2 orang.
Satu je aku nyampah mahasiswa Malaysia nih. Ada dok marah2 kata kerajaan pakai duit haram, tuang duit haram (judi, arak, bla bla)... Sian giler aku selama belajar kat KMS pakai duit haram ek. Apa boleh buat,mak abah aku bukannya cop duit... Abah dah bersara, mak memang tak keje...
Post a Comment