Sunday, July 5, 2009

Jantan?

Saya sangat gembira mendengar "khabar-khabar angin yang indah" bahawa sebilangan rakan yang saya kenal ada yang sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Ada yang sudah bertunang, paling kurang sudah berani bertemu ibu-bapa si gadis ataupun berterus terang akan kenapa mereka ingin berkenalan dengan si gadis. Walaupun sekadar khabar-khabar angin yang sepoi-sepoi bahasa, antara benar atau tidak, mendengar khabar-khabar ini buat saya tersenyum suka.

Mengapa tidak?
Benar atau tidak, itu tidak penting.

Mestilah gembira kalau rakan ingin mendirikan masjid.
Mencontohi sunnah baginda.
Meneruskan legasi kemanusiaan.
Menjauhkan diri daripada percintaan yang tidak tertib dan tidak tetap.

Daripada khabar-khabar daripada kawan di perantauan, yang si anu dahulunya begini, tapi sekarang sudah jauh dari Tuhan, lebih baik khabar indah ini jadi pilihan.

Kita gembira kerana si lelaki dan perempuan punya perancangan masa depan bukannya sekadar bersuka-suka, bermesej-mesejan tanpa hala tuju dan tujuan. Tanpa dakwah yang diselitkan. Tanpa Islam pakaian iman. Sekadar bermesej atas nama "rakan (kononnya) " sehingga 3 pagi bersuka-sukaan.

Kalau tahu hendak kahwin umur 30 tahun, buat apa mencari sekarang, bukan?

Saya rasa bangga pula apabila dengar-dengar ada rakan terang-terang memberitahu si gadis bahawa dia menyukainya dan ingin mengahwininya, dan akan menemui ibu-bapanya sekiranya si gadis setuju.

Saya rasa, merekalah lelaki paling "jantan".

p/s: Tuan punya blog mahu kahwin juga, tetapi tidak punya calon. Dah kena rejek, nak buat macam mana? Kui kui.

6 comments:

r a y z i n i e said...

ko bila plak?

wankhai said...

tu lah masalahnya.....
siapala yang nak kat aku?
haha...
dahla xhensem, cikgu je pun.
wakaka.

Anonymous said...

heheh. who? who?
btw senior tesl batch 5 baru kawen smlm.
heheh.

redza said...

sama la kite wankhai.lepak suda.

mulanrizu said...

kne rjek ye wake..?..
x pe, jdoh ko blum smpe ag..
lek2 ah lu...keke..

rainbOw said...

ai,len mcm je post kali ni..hehe..