Friday, July 17, 2009
Bergembiralah kamu, wahai syahidah Marwa al-Sharbini.
Wahai syahidah yang mempertahankan maruah jilbab menutup aurat, bergembiralah.
Kamu memohon kepada seorang lelaki di taman untuk membenarkan anak lelaki kamu bermain buaian.
Tidak disangka.
Kamu dipanggil "slut", "islamist", "terrorist", "islamic whore", kerana kamu bertudung menutup aurat pula.
Kamu mengadukannya kepada mahkamah di Jerman.
Dan kamu berjaya. Lelaki ini didenda.
Tetapi lelaki ini merayu, dan kamu harus bertolak ke Dresden, Jerman untuk menegakkan keadilan, kononnya kamu "memaki lelaki tersebut terlebih dahulu."
Siapa tahu kembara ke Dresden inilah kembara terakhir kamu.
Sayang,
amarah manusia.
Lelaki durjana itu tidak boleh menerima.
Di tengah-tengah perbicaraan, di hadapan semua orang yang hadir di mahkamah,
kamu diserang, ditikam 18 kali di hadapan anak lelakimu yang berusia tiga tahun.
18 kali tujahan, di kala hadirin di mahkamah Jerman sekadar memerhatikan di permulaan?
Takdir apakah di hadapan anak lelakimu berusia 3 tahun, kamu ditikam bertubi-tubi?
Takdir apakah hanya selepas 18 kali tikaman barulah polis meluru masuk "meleraikan keadaan"?
Takdir apakah, 18 kali tikaman itu kamu terima di kala kamu mengandung 4 bulan?
Takdir apakah di kala suamimu meluru menghalang segala, lantas ditikam tiga kali di kaki oleh lelaki durjana itu, polis yang meluru masuk ke dalam mahkamah menembak suamimu, bukan si durjana?! Semuanya atas alasan " The guards thought that since he wasn't blond, he must be the attacker so they shot him".
Takdir Tuhan yang menetapkan.
Jangan risau Barat.
Kami "tidak akan melatah" dengan isu ini kerana kalian mengatakan bahawa ini isu terpencil, sedangkan ramai lagi perempuan Islam dibunuh kerana mahu menanggalkan tudung, honor killing. Yalah.
Kami "tidak akan melatah" apabila media-media utama di Jerman mengatakan bahawa ia cuma "Murder over quarrel over swing", menafikan sekeras-kerasnya wujudnya sentimen "Islamophobia" di negara terbabit, sedangkan ia sudah terang lagi bersuluh.
Kami juga "tidak akan melenting" apabila kalian juga lebih bersifat "denial" apabila lebih memandang perkara " lelaki ini bukanlah orang asli Jerman, dia hanya pendatang Rusia".
Kami juga "optimis" bahawa anak lelaki syahidah ini tidak akan mengalami trauma sepanjang hayatnya kerana 18 kali tujahan pisau dikenakan pada ibunya yang tidak mampu berbuat apa-apa.
Kamu, seorang ahli farmasi yang mengikuti suamimu yang juga ahli farmasi ke Jerman untuk belajar di Max Planck Institute.
Jangan risau, kamu telah berjihad.
Jihad mencari ilmu.
Jihad mempertahankan agama.
Jangan risau syahidah.
Jenazahmu disambut beribu-ribu muslimin di Mesir.
Tetapi apalah sangat.
InshaAllah ibu Fatimah menunggumu di syurga Ilahi.
Cuma, yang tinggal cuma kami,
yang masih hidup di bumi ini,
saudara-saudara kamu.
Apa yang sepatutnya kami lakukan, wahai syahidah?
Ampunkan kami syahidah.
Dan saya tidak tahu siapa yang tidak mampu sayu atau menangisi anda. Tuhan yang mengetahui segala, kamu berkatilah almarhumah.
Amiin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sedih rase hati...
waktu arwah marwah dibunuh, hny suaminya dtg m'bantu...manusia lain di mhkmh x tolong pun...
adakh nyawa seorg muslim x lg b'harga....
-huz-
Post a Comment