Monday, March 30, 2009

Belasungkawa

Moga pengunjung blog dapat menghadiahkan pahala bacaan Al-fatihah buat Mak Ulong saya ( kakak tiri sulung kepada ayah) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat yang lalu. Beliau telah meninggal kerana sakit tua yang sudah lama, yang bagi pihak kami sekeluarga, walaupun menyedihkan, tetapi sekurang-kurangnya, beliau tidak lagi perlu menghadapi penderitaan di dunia ini. Allahyarham meninggal dunia di rumah keluarga beliau di Tanah Merah Kelantan dan jenazahnya telah selamat dikebumikan paada pagi Sabtu kelmarin di sana.

Semoga Allah mengampunkan dosa beliau, menerima amalannya dan beliau dicucuri rahmat oleh Tuhan yang Maha Pemurah.

Amiin.

No comments: