Thursday, March 19, 2009

Kenduri Pakcik

Semasa cuti ini, aku pulang ke Perak. Pakcik sepupu aku kahwin. Sebagai anak saudara, maka wajiblah bagi aku yang belum berkahwin ini menjadi bentara majlis perkahwinan ini.

Bentara itu , erm, macam mana nak cakap....

Majlis perkahwinan ini tradisional saja..

Sebulan sebelum perkahwinan berlangsung, semua sanak saudara satu Tanah Melayu telah ditelefon dan dihebohkan akan berlangsungnya perkara ini. Maka, semua sanak saudara akan bersiap sedia dengan 'tajaan' maisng-masing. Ada yang sponsor gula, beras, offer servis memasak, ,cari kayu api, kupas bawang semuala...

Katering ' adik beradik keturunan Mat Ali yang punya 9 anak dan 28 cucu dan 32 cicit( termasuk tuan punya diri) .

Maka, anak Mak Tam Sadiah iaitu anak sulungnya, Khairul Nizam aka Along dan Khairil Nizal aka K-ril telah dilantik menjadi bentara. Kerja kami, memastikan talam lauk-lauk kenduri sentiasa terhidang apabila tetamu datang, air basuh tangan sentiasa ada, meja dibersihkan. Kerja kuli la, senang cakap. Bentara tu nak bagi sedap nama ja...

Overall, letih. Satu hari melayan tetamu. Mujur malam sebelumnya tak menolong mengacau lauk kari itu. Kalau tak, alamatnya terbongkanglah keletihan yang amat sangat.

Dan upah Bentara = RM1.

No comments: