Saya rasa cukup kelakar tahun ini kerana Keputusan SPM 2008 sangat memberansangkan. Huhu. Ada juga penyokong PPSMI yang menjadikan ini satu hujah berkesannya dasar ini.
Jangan mimpilah.
Lagipun, semua orang tahu, PPSMI ini, banyak mana pun kajian sosiologi pendidikan, cadangan PBB, pandangan sejarah, pandangan 40 pakar bahasa di Malaysia,kajian 7 Universiti awam, resolusi Yayasan Kebudayaan Kedua, pandangan sasterawan, pandangan penulis-penulis, pandangan ahli akademik, pandangan sosiologis, dan apa-apalah, semua akan diketepikan atas dasar " kita kena memandang jauh ke hadapan " dan " kesan jangka panjang". Itu jelah. Bukannya mereka tidak ada duit nak buat hujah yang lebih empirikal dan jangkaan yang lebih persis. Risau dibuatnya. Dah buat, tapi setakat ini, takdak yang sokong.
Tapi mungkin sebab orang2 nak gak nampak kesan jangka pendek, maka dibuatnya begini. keputusan SPM 2008 memberangsangkan. Lebih ramai dapat A dalam 3 subjek sains dan 2 subjek matematik.
Oh, tahniahlah adik-adikku. Usaha anda membuahkan hasil.
Tapi, siapa yang tahu, markah minimum untuk gred terpaksa diturunkan dengan melampau tahun ini? Siapa tahu yang Lembaga Peperiksaan Malaysia telah diberi tekanan besar untuk menunjukkan keputusan positif dalam peperiksaan kali ini, sehinggakan markah 60 sekitarnya pun boleh dapat A2 dalam Chemistry dan Biology?Siapa kata ini bukan masalah. Ini sebenarnya menyusahkan juga sebenarnya, kerana lambakan A boleh menyebabkan universiti sukar memilih pelajar yang benar-benar layak sahaja.
Dahulu, SPM dan STPM merupakan top ten peperiksaan paling susah dan berintegriti di dunia. Yang pertama ialah Ujian Kemasukan ke Universiti Tokyo Jepun dan seterusnya Cambridge Advanced Level( A-Levels). Kini, SPM terkeluar terus. Mujur STPM masih dikenali dengan integritinya lagi di seantero dunia.
Tak salah gred diturunkan . Saya pun seronok. Tapi janganlah melampau, kan?Kan?
Saya juga tak gemar isu PPSMI ini dipolitikkan, Tun . Betul. Saya tak suka Pakatan Rakyat menyalahgunakan isu ini demi ke pentingan parti mereka. Sama jugalah bagi Barisan Nasional. Kalau setakat nak main tarik-tarik undi , baik tak payah. Kan?
Tapi Tun tahu, GMP ( Gerakan Mansuhkan PPSMI) asalnya nak buat the harmonious democratic way, tak mahu demonstrasi jalanan ini. Tapi Tun tahu tak, semua forum untuk membahas PPSMI di Universiti diarah dibatalkan oleh pihak ' atasan yang kabur-kabur siapa dia', kajian -kajian sosiologi mengenai keberkesanan PPSMI yang semenangnya neutral dihad bantuan kewangan sebaik sahaja hasilan awal ialah negatif, KUIS( Kolej Universiti Islam Selangor) diancam untuk ditarik akreditasi sekiranya meneruskan forum PPSMi.
Tun, bila Hishamuddin Hussein marah kat GMP, " pasai apa tak guna saluran-saluran bantahan yang ada?", semua jawapan-jawapan beliau mana ada yang ditunjuk kat media utama. Siapa tahu yang semua saluran bantahan telah ditutup dan tidak dilayan? Sedari 2003 lagi, banyak forum dah dibuat, banyak manifesto dah dihantar, tapi Kementerian Kata, tunggu 2008 la baru cakap semula. Laa, ni dah 2008 dan 2009 la ni. Awat nak halang-halang ye dak forum-forum sebegini? Pastu, dok marah orang tak guna saluran yang betul. Kalau tak, takder Sasterawan Negara A. Samad Said kena turun padang jugak.
Yang penyokong-penyokong tertentu dalam Pakatan Rakyat pun satu, bangang! Sudah dipesan jangan bawak bendera parti, jangan pakai lambang parti, ini isu nasional , isu golongan marhaen, sengaja membuatkan perhimpunan bantah PPSMI ini dicemari politik kotor kedua-dua belah pihak.
Huh. Ikut hati, aku guling semua pemimpin parti politik kat malaysia ini, kerajaan ke pembangkang, lantik orang Melayu mana daripada Patani Thailand jadik diktator. Tak habis-habis dengan politik segala benda. HUh.
No comments:
Post a Comment