Sesungguhnya kerinduan pada masa lalu itu tidak terkawal dek manusia.
Di MRSM dahulu, kamu ini sentiasa tertanya-tanya , mengapalah kamu kena belajar Add maths , mengapa Kimia ini susah sangat, mengapa Fizik ini confusing sangat?
Stress. Tension. Tekanan. Geram. Marah. Rendah diri. Malu pada rakan-rakan.
Siapa yang lupa? Sampai-sampai saja kamu ini di MRSM Taiping itu, budk-budak belajar macam tak ingat dunia. Kamu terkedu, terpinga-pinga. Kamu menjeling pada Aud di sebelah. Aus yang nampaknya memahami, selamba berkata, " Bangkhai( hari pertama di MRSM Taiping sudah dipanggil bangkhai), macam inilah MRSM ini. Tensen ek?"
Girang sungguh. Paling kurang pun, kamu tidak keseorangan.
Kimia. Sangat menakutkan. Matematik Tambahan itu seolah-olah membuatkan kamu ini sangat bodoh berbanding kawan-kawan lain. Di kala Hazimi , Hazman, Haziq mendapat 90% keatas, kamu cuma sekadar mencapai 65% . Cikgu pun membuat muka kecewa dan sinis, seolah-olah kamu tidak berusaha.
Cikgu tidak tahu, kamu tidur pada pukul 2-3 pagi semata-mata menelaah Add Maths, Kimia in. Cikgu bukannya tahu betapa kamu kadang-kala membuat muka tidak malu pergi dari satu bilik ke bilik yang lain , mencari rakan-rakan yang sudi mengajarkan kamu teori -teori Fizik yang memeningkan kepala itu. Kamu diamkan saja walau kadangkala kamu terguris sedikit kerana ada ketika rakan-rakan yang sudi mengajarkan itu berkata, " La ini ke, takkan tak tahu kot. Senang giler la benda ini." . Kamu sekadar macam biasa, cuma senyum atau ketawa membalas.
Kamu rasa sangat gembira apabila kamu mampu memahami sebenar-benarnya teori-teori subjek kamu ini. Kamu rasa bahagia, bahagia sangat apabila kamu dengan beraninya menawarkan diri ke hadapan menjawab soalan Add Maths di papan tulis dan ianya betul. Ia mungkin remeh bagi orang lain, tapi bagi kamu, itu satu perkara yang membuat kamu lebih yakin pada diri.
Kamu rasa sebak( dalam hati) apabila ada ketika kamu mendapat A dalam subjek ini, cikgu mencalit 'smiley' di sebelah markah itu. Kamu rasa usaha kamu mendatangkan hasil. Kamu seronok, seronok sangat.
Kamu terima situasi seadanya. kamu yakin Tuhan itu, apa nama pun dia, tahu apa yang kamu tidak tahu. Kamu terima keseorangan dengan tenang, dan kamu terima wujudnya persahabatan yang luhur ikhlas dengan syukur.
Kini, kamu masih lagi mencari. Adakala kamu rasa kamu menemuinya, tetapi kamu kemudian sedar ia ilusi semata . Kamu lalu tidak berhenti mencari, dan terus mencari.
Kerana kamu yakin, ini kembara kamu, dan setiap kembara itu pasti ada penghujungnya. Kamu telahpun lama mengucapkan selamat tinggal, maka berazamlah.
Kerana kamu tahu, segala sesuatu itu kerja Tuhan- dan tiada makhluk yang boleh sepenuhnya memahami dan mendalami rahsia Tuhan ini. Tuhan itu bekerja dalam rahsia.
2 comments:
errr..aku terasa macam ku ade gak wat ko terasa ar we..maka saya nurul shida zulkifli memohon maaf atas segala perkataan yang saya keluarkan mengguris hati,jiwa dan perasaan kawan saya, wan khairulnizam wan khalid..huhu..
aku suke post ni..
teringat pelbagai kenangan lama..
tapi bukan dlm subjek yg kamu sebut tu..
tapi subjek EST..
aku masih ingat pandangan sinis ckgu bile aku kate nak amik sbjek tu..
aku tidak segan nak tanye budak2 yg pandai BI..supaya ajar aku BI..
syukur..still dapat A..n tidak menyumbang pengurangan TPNG sekolah scara ksuluruhan(mcm yg ckgu mase awal2 ak nak amik sbjek tu)..
Post a Comment