Benar-benar keletihan dan kebosanan minggu ini. Silibus untuk ketiga-tiga Literature in English, Sociology dan Mathematics sudah habis belajar dan kini, mengulangkaji pelajaranlah sahaja kerjanya.
Bosan. Tertekan. Stres.
Tambah-tambah apabila Pn Ririn menyuruh kami menyiapkan 2 set soalan Past Years Pure Mathematics dan Statistics SETIAP hari.
Bugger.
Dengan ketiadaan kelas tetap, lagi tertekan dibuatnya. Kehulu-kehilir membawa buku-buku yang berat, sedangkan hakikatnya bukan menggunakan semua pun, cuma disuruh bawa.
Cepat-cepatlah sesi IRP ( walaupun itu menandakan peperiksaan akhir A2 sudah sangat, amat, dan terlalu dekat). Terlalu!
No comments:
Post a Comment