We will believe all things that we really, really want to believe. We will see what we really, really want to see . We will find what we really, really want to find.
Feminists akan sentiasa menemukan wujudnya patriarchy dalam apa jua social realities dalam masyarakat. Marxists akan sentiasa menemukan konflik antara puak tertindas, the proletariats dengan ruling class capitalists dalam apa sahaja isu sosiobudaya. Kelakar , pembangkang di Malaysia akan sentiasa melihat kesesatan yang wujud dalam parti pendukung kerajaan dan puak kerajaan pula akan sentiasa menemukan yang negatif dalam tindak-tanduk pembangkang. Ceh.
Saya tidak berapa suka bukti-bukti kesalahan politik golongan tertentu daripada bloggers, yang selalunya akan terdiri daripada separuhnya fakta dan separuh lagi cuma fiksyen. Sesetengahnya pula lebih suka mengandaikan, dan juga sebilangan mereka sudah menuduh tanpa segan silu, tanpa bukti kukuh, dan tanpa budi bahasa yang baik.
Pembangkang mengatakan "orang ini " pembunuh, dan orang kerajaan pula mengatakan "orang itu" peliwat", dan nyatanya kedua-dua mereka samada bebas daripada tuduhan ataupun mahkamah tidak menemukan sebarang kaitan antara mereka dengan jenayah tersebut.
Maka, walaupun sedemikian telah diuraikan, "pembunuh" masih lagi dikira pembunuh, dan " peliwat " masih lagi dikira peliwat. Kita akan percaya apa yang kita ingin sungguh percaya.
Buatnya dua-dua "dipercayai" bagaimana? Maka, akan jadilah calon Perdana Menteri kita antara seorang "pembunuh" dan seorang "peliwat". Skandal-skandal yang jauh mengatasi " the scandalous lives of Manhattan's elite" dalam Gossip Girl.
Dan hati kecik ini berteriak, "Adoi, sudah tidak punya calon lainkah?"
No comments:
Post a Comment