Tuesday, October 7, 2008

13, bukannya 9

Dua tahun dahulu, di beranda rumah Tok di kampung di Perak. Along(aku) bertanya pada mak dan makjangku.

Along: Betul ke tokwan kat Kelantan tu kawin banyak?
Mak: Urm, banyak.... Berapa ntah...
Makjang: Tokwan hang tu memang kawin banyak. Kawin cerai kawin cerai.9 ke apa....
Along: 9 kali kawin?!

Hari pertama Raya Aidilfitri 2008, di First Coffee House Ipoh. Makan -makan bersama my stepmum( auntie sue), abah, adik-adik. Mak takmau pi. Tengah sibuk sembang-sembang dengan atih dan makwa dan pakwa yang baru sampai dari penang.

Along: Ayah abah kawin 9 kali ka?
Abah: Bukanlah.13.
Along: 13?!Ingat 9 kali ajer.
Auntie Sue: Haha. 13. Ayah kamu ni pun kawin 2 ajer. Papa, papa tak kenal pun kan bini dia yang pertama kan?
Abah: Tak sempat kenal. Banyak. Yang cerai pulak kawin lain. Bercambah-cambah familinya.
Along: Tokma( mak abah) bini yang keberapa?
Abah: Ntah. Second last ke third last. Tokma kamu tu kata nak kawin lagi baru-baru ni. Dengan oang dari Kuantan.
Along: Huhu.13 kali kawin cerai, tokwan meninggal umur baper? 80?
Abah: 52 tahun. Tokwan kamu tu masa nak sakit-sakit pun sibuk kata nak kahwin lagi..
Along: hahahaha...
Auntie Sue: Dalam semua anak-anak tokwan kamu tu, bapak hang nila yang ikut pak dia, kawin 2. Tu pun gatal kata nak kahwin sampai 4.
Along: Hahahaha.
Auntie Sue: Along nanti ntah-ntah ikut jejak langkah pak hang ni jugak.
Along: erk. no comment.

12 comments:

ceria seindah suria said...

isy2..

NHAR said...

ko anak first ek?

Miyn Amin said...

fuhhhhh!

Anonymous said...

i somehow remembered that u once introduced yourself by saying "atuk saya kahwin 13"

and of course, 2 minggu jugalah kakak2 tesl kamu ni berbicara tentangnya.

Anonymous said...

i see....
patutla ko pyh nk wat pilihan ttg ppuan...
hurmmm....

r a y z i n i e said...

wow.hebat.like great2grandfather like great grandson. =)

wankhai said...

well, orang Kelantan dengarnya memang camtu dulu2.
arwah moyang yang dulunya imam masjid Dalam Rhu Pasir Puteh Kelantan itu juga berpoligami, tapicuma 2 orang.

Aku pulak, x terfikir pun poligami ini. Sunnah ini sunnah yang besar. Sunnah Rasulullah ini boleh generally divided into 3, sunnah antara Manusia dan Allah, antara Manusia dan dirinya sendiri, dan antara manusia sesama manusia. Antara manusia dengan Allah ialah seperti pengalaman doa-doa yang warid daripada Junjungan Mulia, antara manusia dengan dirinya ialah sunnah makan dan minum, dan sunnah antara manusia dan manusia ialah pligami ini dan amar makruf nahi mungkar dan dakwah.

Kalau method dakwah pun kita kena belajar dengan tekun dan tertib, poligami ini juga sama. Tuntutan melakukan poligami sama tingginya dengan tuntutan melakukan dakwah. Aku tak yakin mampu melakukannya.

Lagipun, cukuplah seorang untuk dicintai.

wankhai said...

emosah,

ya, aku anak sulong.

Anonymous said...

jap, jap, jap. tak mampu maka tak mahu lakukankah?

saya bertanya tentang dakwah. he he.

wankhai said...

eh tidak sama sekali. dakwah itu kan satu kewajipan. dalam konteks dakwah, tuntutannya jelas bermula dengan " sampaikanlah dariku walupun satu ayat".

maknanya, permulaannya begitu. Ilmu mesti ada walau sekelumit buat bahan mendakwah. cukuplah dengan informasi " jangan buat camtu. nanti mak marah/ nanti jiran mengadu/ nanti mak malu/ tak elok dipandang orang" kalaupun kita tak tahu hadis nabi ayat Quran bagi memberi hujah. itu satu ilmu juga.sekurangnya-kurangnya, kita mengetahui kefahaman dan budaya masyarakat.

Ilmu satu perkara yang mustahak bagi proses dakwah.

dakwah kecil-kecilan seperti tegahan perbuatan nakal misalnya tidaklah rumit dan memerlukan hujah hadis dan quran buat menegak dakwah. cukuplah dengan bicara . kerana kita bukan robot. kita dilahirkan, di"sosialisasikan" dengan budaya. dan budaya yang tidak melanggar syariat boleh diislamisasikan buat gaya hidup.budaya ini juga satu hujah.

dalam bidang perbankan Islam misalnya, sebenarnya dalam sistem perbankan Islam Malaysia masih terdapat kontoversi-kontroversi yang mencacatkan sistem perbankan Islam. hal ini kerana Malaysia mengamalkan sistem dwiperbankan,Islamik dan konvensional. masih terdapat beberapa isu berbnagkit.

orang yang bukan ahli dunia ini, malah tidak memahami konsep ekonomi Islam saya rasa tidak wajar berdakwah buat pengamal bank islam kerana kita tidak mengetahui struktur bank islam ini. Tambahan pula, persepsi masyarakat memngatakan bahawa bank2 islam malaysia 100% menepati syariat.biarlah orang seperti nik mahani( penulis jemputan Milenia Muslim),ustaz zaharudin ( ahli panel bank2 islam)misalnya yang berdebat isu2 ini. kalau kita berdakwah secara khusus supaya pergi ke kesempurnaan syarii bank2 islam ini, kita khuatir akan menimbulkan fitnah pula atas sebab ketidakmahiran kita memahami konteks dan isu.bukan sahaja kita akan dipandang serong, nanti islam juga akan dipandang hina.

Dakwah dalam bidang ini menuntut ilmu yang benar2 dalam. Even ahli PHD islam dan ulama2 masih bertelagah. cthnya, pengislamisasian kapitalisme dan sosialisme , bagaimana ingin menyuntik falsafah deus ex machina dalam pemikiran2 ini.

tanpa ilmu yang memcukupi, eloklah tidak diganggu isu ini. biar dibincang oleh ahli-ahlinya.

dakwah tanpa ilmu bahaya, bahaya sekali. lebih besar skop dokwah, lebih tinggi tuntutan.

wallahualam.sedia ditegur jika ada salah silap. saya budak baru belajar.

wankhai said...

deus ex machina ( jika tidak salah ejaan sebutannya begini) boleh diertikan dengan ringkas sebagai "kerja Tuhan", "campur tangan Tuhan".

Anonymous said...

hehe. legaaaaaaa mendengar penjelasan kerna komen pertama itu buat saya sedikitttttt risau. sikit sajelah =)