Bagi seorang penulis, mahu tidak mahu hasil mereka akan secara mudahnya dibahagi kepada dua; bermesej dan tidak punya mesej. Bagi yang mempunyai mesej, apa akan terjadi ialah akan wujudnya pelbagai interpretasi atau respon mengenai mesej tersebut yang merupakan hasil anilisis pembaca. Penulis tidak boleh melenting sekiranya hasil mereka menimbulkan persepsi berbeza. Inilah dipanggil kebebasan interpretasi .
Tertakluk kepada tahap keilmuan , keadaan emosi dan fizikal serta latar belakang pembaca, dipercayai hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi bentuk interpretasi yang bakal terhasil. Penulis mungkin kecewa sekiranya mesej yang dibawa tidak sampai atau mengalami fusion, akan tetapi penulis juga berhak untuk memberi guideline akan pemahaman hasilan tersebut.
Sekiranya pembaca masih tersekat dalam aspek penggunaan gaya bahasa, maka bagaimanakah pembaca dapat misalnya menemui mesej yang diutarakan oleh SN Shahnon Ahmad dalam SHIT beliau, atau mesej dalam drama Alang Retak Seribu karya Datuk Syed Alwi misalnya. Ketidakjelasan terhadap mesej dan peringatan yang diberi Faisal Tehrani mengenai larangan berfikir secara anarkis dalam karya beliau Saasatul Ibad mungkin juga mempengaruhi tahap interpretasi pembaca. Selaku penulis, mereka sudah cuba mengutarakan falsafah pemikiran mereka menerusi karya mereka, atau sekadar coretan di akhbar buat menunjukkan pegangan mereka, maka selaku pembaca, itu terpulang kepada mereka bagi membuat homework supaya interpretasi mereka paling hampir seperti apa yang penulis maksudkan sebenarnya.
Menyentuh mengenai post saya tempoh hari, hari ini saya kembali menekuni post tersebut dan ya, saya dapatinya memang kasar dalam aspek bahasa, terutamanya kosa kata yang digunapakai. Akan tetapi, saya sangat berpuas hati kerana saya memang telah menyelit mesej dan pandangan peribadi saya didalam post tersebut. Justeru suka saya mengingatkan, blog ini blog peribadi, maka sewajarnya jugalah post ini ditulis dari kacamata saya sendiri, Wan Khairul Nizam Wan Khalid. Maka lihatlah apa pandangan wankhai dalam hal ini.
Saya , sepertimana yang disebut dalam blog saya sendiri :I'm a guy who always being pessimistic about something before thinking of the opposite ( dalam ruangan Mengenai Saya dalam blog). Maka, berfikirlah sebegitu juga sekiranya benar2 ingin memahami pandangan wankhai. Maka tidaklah saya rasa bertanggungjawab sekiranya hal sebaliknya berlaku.
Dan kerap kali saya menyebut di hadapan saudari Amanina, dalam kelas misalnya : Saya ini a heartless person. Ini saya jelas memberitahu akan perihal diri saya kepada orang lain.
Saya menghormati kebebasan interpretasi semua orang. Saya tidak peduli sama ada pandangan saya atau alasan saya mencetuskan kontroversi kerana yalah, pandangan itu kita tidak ketahui adakah ianya benar atau salah. Dan saya secara terang menyatakan prinsip2 seperti yang diutarakan dalam post itu. Kontroversi atau tidak, itu bukan masalah saya, itu masalah pembaca.
Dan sewajarnya orang yang tidak begitu yakin akan pandangan tersebut menanyakan penjelasan terlebih dahulu daripada saya. Saya bukannya allahyarham Imam Abu Hasan Asyairi pengasas mazhab Asyairah yang kitabnya Al-Ibanah masih dalam perdebatan samada beliau kembali kepada methodologi salaf atau kekal dengan methodologi Kalam. Saya masih hidup. Malah amat dekat dengan kalian, ditambah dengan kewujudan teknologi komunikasi. Mencari penjelasan bagi saya lebih bermakna daripada menggunakan kredit untuk menghantar mesej selamat malam buat kekasih nan jauh .
Kesilapan besarlah sekiranya penjelasan tidak dicari, kesimpulan terus dibuat. Sedangkan pemikiran berbeza-beza, keadaan dan situasi juga berbeza. Ini sama halnya dengan apa yang terjadi kepada Ibnu Arabi tokoh tasawuf atau Maulana Jalaluddin Rumi tokoh sufi Mevlevi itu. Ketidakfahaman akan fahaman tasawuf dengan mudah mencetus takfir di kalangan ulama' yang tidak memahami. Dengan semberono mengujar kesimpulan awal tanpa usul periksa dirasakan satu perkara yang sia-sia, kerana itu satu cara menyelesakan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Jikalau pembaca merasakan perkara yang sama pada post saya, maka ini diberitahu bahawasanya saya juga juga merasakan hal yang sama pada kalian. Maka jangan melenting kerana saya tidaklah mahu juga melenting.
Penjelasan yang tidak dicari , dan secara pantas dan lewah merangka kesimpulan sebenarnya tidak menjadi masalah buat saya. Membuat kesimpulan itu juga dalam kebebasan interpretasi . Siapa saya untuk menghalang kebebasan itu. Sedangkan di zaman Abbasiah juga dunia keilmuan sudah mempunyai autonomi sendiri, yang jelas terbukti dengan perdebatan Al-Ghazali dan Ibnu Rusyd dengan Tahafut Falasifah dan Tahafut Tahafut. Akan tetapi, sikap mengadu domba kepada pihak lain saya kira kurang manis.
Anda sudahlah tidak menemui saya dahulu bagi memohon penjelasan , malah lekas mengadukan "masalah" kepada pihak-pihak lain , misalnya kepada guru-guru. Apa relevannya Puan Muna guru Sosiologi dan Puan Nina guru Sastera Bahasa Inggeris diberitahu isu yang masih tidak ada pokok pangkal , atau apa sebenarnya yang terjadi? Apa kalian mahu menggunakan Teori Deconstructionalism Post Modernism ke dalam menganalisis karya seperti mana dilakukan Mohd Arkoun ilmuan Egypt, atau aspek gaya bahasa pengarang dalam menyampaikan mesej secara langsung ke seperti perbezaan karya Jodi Picoult, C.S. Lewis atau Paulo Coelho? Adakah memberitahu Puan Muna yang tidak pun lagi membaca post tersebut bisa merungkai masalah? Jika anda mengatakan bahawa anda kecewa, maka saya juga kecewa kerana sebaik sahaja saya pulang daripada klinik , saya harus menemui Puan Muna , seolah-olah saya seorang kriminal, dan berbincang masalah POST IN MY BLOG. Dan Pn Muna juga tidak dapat menyelesai masalah kerana it's all " but the TESLIans say, but they think, they feel....." . Itu justifikasi anda, bukannya justifikasi si hakim ( dalam isu ini, Pn Muna) . Judgement entah ke mana, quote and facts entah ke mana, sentiment entah ke mana.
And I have to explain it to her, and she keeps quoting from you all. This is what happen when biasness of opinion occur. You like discuss it with the teacher when I'm not around. And quickly make conclusion of my own opinion about ME, MY REASON OF NOT GOING TO PD, AND MY POSITION AS A TESLIAN.
However, as I say, saya menghormati kebebasan berpendapat . Maka, saya sememangnya stick to my belief that apa yang saya utarakan dalam post tempoh hari benar-benar pandangan saya, walaupun disebabkan saya berada dalam keadaan annoyed dan intimidated yang tinggi maka saya menggunakan kata-kata yang kasar. Dan kalian berhak juga memandangya daripada aspek negatif, abstrak, atau karya di bawah pengaruh emosi kerana this post is open to everybody.
Mungkin post ini juga akan membangkitkan perasaan inkuiri orang ynag tidak berkaitan, maka saya dengan rendah dirinya memohon agar bagi yang tidak memahami, tidak perlulah menyiasat apa yang terjadi. Saya tahu keadaan makin kusut dengan kewujudan post ini pula. Tetapi, sememangnya ia memang sudah sedia kusut. Maka, biarlah.
Post ini tidak memberi jawapan dan penjelasan kerana saya kira tidak wajar penjelasan diberi disini. Salam.
No comments:
Post a Comment