Tuesday, October 21, 2008

Pengajaran Daripada Usrah

Usrah hari ini boleh dikatakan memberi banyak pengajaran kepadaku kali ini. Kami bersembang mengenai apa yang kami lakukan semasa cuti raya haritu.

1) ada yang mengatakan bahawa raya baginya kali ini biasa saja sebab dia tak bangun pun semayang raya sebab letih menonton bola malam sebelumnya itu.
2) ada yang disebabkan mak sakit, maka sebarang kelengkapan dan persiapan raya tak dapat dilaksanakan. maka akhi ini tahun ni belajar cara membuat ketupat, memasak rendang dsb. Ini buat aku berfikir mengenai rezeki dan kurniaan Tuhan.
3) ada yang hari raya pertama mereka sudah beberapa tahun disambut bersama anak-anak yatim di rumah anank-anak yatim tersebut. Bagus sekali. Ini boleh saja membuat kita kembali memikir, adakah raya ini hanya sekadar memperagakan pakaian baru, hanya bersembahyang raya, atau membuat kita bersyukur akan kurniaan Ilahi dan melahirkan rasa gembira kerana kita kembali kepada fitrah ( kembali dalam keadaan tanpa dosa disebabkan amalan ramadhan yang memberi kesan)
4) ada seorang ini melahirkan rasa terkilannya kerana dia tidak pergi menziarahi pusara arwah datuknya kerana sibuk beraya bersama kawan (konvoi).
5) aku menyambung pula dengan mengatakan bahawa menziarahi kubur pada hari raya bukanlah satu sunnah, tetapi satu adat. Aku menyesyorkan kepada mereka supaya menziarahi kubur di waktu syuruk, lebih terkesan di hati, kerana bisa mengingatkan pada kematian.\

Apapun, di kala runsing atau stress dek peperiksaan, memang, zikir pada Tuhan lebih menenangkan daripada lagu " I'm Yours " itu.

1 comment:

r a y z i n i e said...

huhu.terbakar jugak dgr.weh sorry x reply msg.aku xder credit